Saturday, March 05, 2011

Trip to INDIA : Bam2 di Salem

www.tips-fb.com

Salam Readers,


huhu, lama berkurun tak update belog ni. bersawang sana sini. haih. ini semua wifi hostel punya pasal. entah kenapa asik takde je, device rosaklah. paling BEST sekali FACEBOOK kena BLOCK! dengan alasan sumber ENTERTAINMENT!. taik kucing sungguh.aku dah penat sebenarnya nak bertegang urat leher dengan manusia2 kat sini. redha je laaaa.. 


cerita dah basi gila. buat-buatlah fresh ek, tanggal 29/1/2011 Bam2 sampai ke INDIA. hari ini dalam sejarah patut direkod, manalah tahu sekali seumur hidup jejakkan kaki ke India kan.hehe.. masa kat airport puas dia call aku.. huhu comel je.. tanya nak gi mana lepas ni sayang. nak kena buat apa ni.. beg ni kena scan ke tak? kaunter kat mana.. huhu sebenarnya berbulan sebelum lagi dia dah selalu sangat cakap. asal aku call je ayat diaa... "sayang apa kata awak ajar kte.. cerita kat kita apa nak buat bila dah sampai airport nanti" hehe. comel tak? entah berapa kali dok ingatkan aku, call teksi yang nak amik kite kat trichy airport nanti.. dahlah kite sorang2. huhu... puas aku dok call pakcik tu.. sampai sekali tu, pakcik tu kata... " oh danial right? i'l pick him up today.. 4pm right?" ouh yeah pakcik! gud job right2. dah berapa kali aku call mana dia tak ingat, haha.nasib baik dia tak cakap " hoiii perempuan tak cukup sekali ke kau ingatkan aku ????" hehe. 


sekali bam2 kata, orang tu siap tulis sepanduk tulis nama DANIAL sebesar-besarnya lagi2.haha. BIG BOSS pula tu yang pick up. OWNER travel agent tu. macam VVVVVVIP pulaaaaaa. haha. sayang2. macam-macam kan awak ni.kelakar! hmm nervous juga aku bila bam2 nak sampai tu. 3jam perjalanan dari airport ke hostel aku.. entah kenapa nervous pun aku kurang pasti.huhu...


tapikan perasaaan tu macam pertama kali nak dating.hahaha. petang tu aku dah tak boleh nak lelap, tengok jam pukul 5 petang. awal lagi ni.. Bam2 kalau sampai pun dalam pukul 9 malam.. aku pun terus bangun masak.. sampai rumate aku rasa pelik.. haih awal masak.. nervous ke tan? huhu terus terang memang aku nervous ni.. adeh. nape ek. semua aku buat tak kena. sampai terjatuh-jatuh barang, sampai tertumpah tin sos prego. amik kau habis separuh!! masuk bilik, lagi terbalik spagetti. adeh. semua dok kacau. haih, danial nak sampai nervous ke tan? hah????? KENAPA dan mengapaa???? tidak. hilanglah kemachoaaan aku! cehhh!



dalam pukul 9 lebih malam. Bam2 sampai. heee. aku rasa aku senyum macam McDonald dah kot! lebaaaar mulut. boleh ngap sebiji tembikai! lepas rest mandi dan solat, aku jamu Bam2 dengan spagetti aku masak. hee. malam Bam2 tidur awal dah. tido bilik Iggy. friend of mine. esok pagi, awal-awal Bam2 dah kejut aku subuh. wahhhh, pesan aku kejutkan dia.. dia yang kejutkan aku. katanya tak boleh tido. haha.awal gila sayang. tak masuk subuh lagiiii. kelakar!



Iggy dan Steph ajak pusing-pusing Kolej dengan kereta Iggy.. bawa pergi rumah junior. hm tengah hari dah ada orang request masak ayam masak merah. nasib baik ada rumate tolong masak, nak jamu sekali Steph Iggy dan rumate sebab tumpang bilik semua. 







Kolej Tercantik kat SALEM. sumpah tak tipu!
tak caya? tanyalah pakcik guard kat kolej ni weh.. 
cuba tengok bangunan tu. semua tu luaran je. 
dalam macam kondo kot.



pakcik ni tumpang ambil gambar katanya.
sebab kolej tercantikkan. kena ada kenangan.hehe.
bukti dah jejak datang kolej.haha


banyak sangat gambar, senang jadikan satu.. aku jadi jurugambar peribadi. habis semua pelosok kolej dia nak jelajah. kalau bilik princi buka, kerusi princi pun dia nak amik gambar ni. huhu. tu ha Department Pedo yang sangat scaryyyyy! yang putih macam taj mahal tu. taj mahal ke? haha. tu namanya White HOuse Salem ok.. Hee. itu bangunan admin. mula2 Bam2 cakap, eh Intan ada masjid. besarnya. aku dah blank.. sejak bila?? ngeng! rupanya White House ala2 salem.




" ouh macam ni rupanya rupa bentuk kolej TerCANTIK kat Salem"



bawa Bam2 makan Puri Masala dekat Hotel Anandham. haha, 
orang India panggil restoran HOTEL! jangan ingat rupa bentuk Hotel
India macam ni cikai lak ye. Iggy belanja!! hehe.



inilah rupanya Puri Masala. 2 biji Puri yang kembung. dalam kosong je
ada angin.. huhu. sedap!! tapi deep fry kot. so paham2 lah kan.haha.
sangat menggemukkan =P



hmm, time ni dah saat-saat akhir Bam2 dekat Salem. bawa Bam2 merayau meroyan dekat Salem.huhu. naik bas.. hmm rasakan baik bas, tapikan tak ramai macam sardin pula, so tak dapatlah bam2 merasai bau hancing manusia di sekeliling, tak dapatlah rasa betapa sesaknya nafas. tak dapatlah rasa betapa terseksanya jiwa. huhu. tak dapatlah rasa bas senget sebelah sebab ramai orang bergayut sebelah tangan dan kaki di pintu bassss! paling penting tak dapatlah tengok bekas orang meludah atau muntah yang melekat kat dinding bas tu, haih pelik gak.




hah ni lah orang kata, luar macam setinggan dalam macam kondo!! haha
LCD TV kot. lol.




Stesen BAS kat Salem. hehe, aku bawa nak tunjukkandekat Bam2 tandas awam kat sini bagaimana rupanya. dan sememangnya dikhaskan untuk lelaki lah. tak berani gue nak amik gambar. takot kena kencing plak.haha. kat tepi sinun.. ada satu tempa tterbuka.. memang TERBUKA. khas untuk orang kencing.haha. sampai dekat situ, aku kata.. awak jalanlah sorang. takut kite pengsan bau hancing nanti. kalau pengsan masalah juga.sebab kalau pengsan kite tak nak jatuh atas tanah.. geli. bekas orang kencing. boleh ke pengsan berdiri? tak bolehkan? baik awak jalan sorang-sorang. baik-baik kalau pengsan, pastikan awak pengsan berdiri yeeeee...  Alhamdulillah nasib baik bam2 tak pengsan. Bam2 cakap.. coool gilaaaa! ahak. ngeng!



hah tengok. ini pun Bam2 minta amikkan gambar. 



saja bagi Bam2 makan makanan India sebelum balik.huhu. masa  ini aku rasa 4 ke 5 kedai aku bawa masuk makan.. sampai Bam2 merayu.. dahlah tu sayang.. kite tak larat dah ni nak makan.. buncit dah kite. eleh awak memang buncit pun. hahaaa 

ouh yeah yang bam2 makan tu namanya Masala Dosa. hmm Dosa tu macam Tosei tapi lagi sedap sebab tak masam.. tengah-tengah Dosa tu ada Masala.. kentang hancur. sodap!! huhu Bam2 suka sangat makan ni tau. memang dia tak pandang kiri kanan dah makan. before tu dah bawa pergi makan kat Saravana Bakery. minta Pizza Bun. pastu makan berdiri kat luar kedai. dah macam orang India. sebijik cume putih sikit je.haha.


time ni bawa makan pergi SUKHSAGAR. hmm saja bawa gi makan Chat. aku order Special Masala Puri. hmm pastu Bam2 try makan terus berkerut-kerut.haha. dia cakap apa bende ni pelik sangat. taknaklah. awaklah makan.haha. last-last akulah yang terpaksa habiskan dorang-sorang.. ingat nak order lain lagi, Pav Bhaji ke, Pani Puri ke.. tapi Bam2 dah kata kalau awak order awak habiskan.huhu tak mampu aku. ceh, baru  nak bagi rasa dah tak nak. 


Solat kat Masjid. tengok Bam2 kiri kanan shopping sari. huhu. puas aku bawa kedai sari.. yang kirim sari pula tu macam-macam. nak kaler isi ketamlah.. nak kaler biru burung meraklah.. haih. kenapa tak kaler hijau taik lembu ke, kaler kuning kain sami kee.. dari new bustand ke old bustand bawa round. huhu. nasib baik jumpa kaaann sayang??? 



Last sekali, makan lagi!!! haha. bawa gi makan Felicita. makan burger, minum coffee frappe. hm mulut omputih, yang ni baru dia boleh telan... ehem, SWEET tak baju X kami =P




macam biasa, makan banyak mana pun kat kedai, mesti Bam2 nak aku masak. masakkan kali terakhir sebelum Bam2 balik Malaysia time ni.. hee, masakan fav aku.. AYAM MASAK PERCIK! sodap hingga menjilat jari kata Bam2 =P




p/s: sambungan seterusnya next entry ye. nanti berjela cecah lantai pula. =P

4 si gojes suke membebel:

zella y said... [Reply]

wah...seronoknyer dpt berjompa kekasih hati... ;)

IntanBerlian said... [Reply]

hee zella. seronok smpai senyum ke telinga =P

Nava.K said... [Reply]

the puri looks so yummy and surely a lovely place to visit.

nina suhaina said... [Reply]

wah, bestnya ba,2 round india sampai tour kat kolej kakak..

psstt..kapel tshirt ke tu? hihi..

Related Posts with Thumbnails