Sunday, March 20, 2011

Yeah! dapat jumpa Datuk Nicol David! | Squash World Cup 2011 Chennai Open.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


sambungan entri Dinner bersama TPM. keesokkan harinya kami dijemput pula untuk menyaksikan Team Squash Negara beradu tenaga untuk World Cup 2011 Chennai Open di Shopping Mall Express Evenue. ni kira play-off untuk tempat ketiga dan keempat antara Malaysia dan Australia. 


Jom layan gambarlah ye.





squash world cup
First time tengok live ni.



Photobucket

masa lunch dekat  Express Avenue yang padat gila dengan manusia. Puas cari seat tak dapat-dapat. Nasib baik ada budak-budak Mysore offer seat. tapi terjumpa pula dengan Dato' Salleh (Ketua Pengarah DBKL) huhu. sian Dato' kena berdiri macam orang India pula.. memang full habis laa.. padat. sampai dekat tembok-tembok pun orang masih duduk. Tiba-tiba ada pakcik berbaju batik hijau dari Malaysia orang DBKL juga ajak Dato' duduk dengan mereka. Paling tak sangka Dato' cakap cukup tak ni untuk 4 orang. err. kitorang dah segan nak duduk sekali.. tapi Dato' ajak juga. sekali lagi terjumpa pula dengan Dato' Sharifah Aminah ( Lembaga Penasihat DBKL). berborak punya borak. memang best.. diorang semua tu mesra, rendah diri.. huhu paling kelakar, junior-junior aku yang duduk semeja tak tahu mereka ni pangkat Dato'. semua pun main panggil pakcik, auntie. haha. comel gila.. lepas dah tahu, hah baru tutup mulut tersipu-sipu malu. hee. tapi I bet they didn't mind at all. Pesanan Dato' kalau balik Malaysia jumpa tegur-tegurlah.. =D InsyaALLAH panjang umur boleh terjumpa lagi.



nicol

Nicol David tengah beraksi menentang musuh tradisinya Rachael Grinham
and as expected, She won!


kamran khan

Kamran Khan tengah beraksi menentang Aaron Frankcomb



kamran

malangnya, Kamran kurang bernasib baik apabila tewas di tangan pemain Australia ini.
not bad Kamran!


nicol

Pasukan Malaysia



kamran

minta ambil gambar sekejap ye Kamran. dia ni berdarah Pakistan-chinese.
kalau tak silap anak kepada Pemain squash terkenal Pakistan.



with nicol david

Nicol penat-penat pun boleh tersenyum lebar lagi.cayalah! Nicol sangat kecil dan slim. aku sangat jeles, sebab dia cantik! huhu.



with iidyll@nana

paling best, aku terjumpa kawan blogger yang sangat baik dengan aku di Chennai. first time jumpa in real life laa dyl.. omai. dekat Malaysia pun tak ada peluang nak jumpakan. terjumpa dekat Chennai pula. IIDYLL @ NANA. sebenarnya iidyll buat Elektif posting dekat India dalam bidang Optometrics. Dia datang sini untuk 3 ke 4 bulan kalau tak silap aku. hee. nak balik Malaysia da pun 1 APRIL. huhu. Selamat pulang ke Malaysia, walaupun sekejap je jumpa kau kan. tapi tetap bermakna!



with nicol david

ceh dia pun sibuk nak ambil gambar dengan Nicol.haha. Paling kelakar, waktu ni tengah jumpa Iidyll then tiba-tiba Teha datang berlari (padahal tadi dia nak pergi beli botol air, disebabkan dah kecewa tak dapat ambil gambar dengan Nicol.. yela Nicol tak keluar-keluar dari bilik rehat) Teha cakap Nicol dah keluar. hah? celah mana pulak dia tahu. Kitorang pun berlari masuk balik gelanggang. haha. dengan si Iidyl pon berlari masuk. keh3. layanlah.. rupanya, masa nak beli botol air, Teha ternampak Nicol dari tingkat atas. botol air pon ke laut la jawabnya =P



with Malaysian Squash players

hee, masa ni kami semua dok tunggu semua orang berkumpul dekat tempo di tempat parking, sekali ternampak sekumpulan pemain Malaysia ni tengah jalan nak ke transport mereka. apa lagi semua pun sibuk bergambar. hee. lengkap yang ini.. Nicol David, Muhd. Asyraf, Choo Kam Hing, Low Wee Hern dan Kamran Khan.



Australian squash players

tiba-tiba ternampak pula pemain Australia kan? apa lagi snap lagi gambar. haha tinggi gila mamat tu. hampir separuh wanicik dengan zana =P






delegasi ke chennai

Bersusun kereta Merz putih khas untuk Menteri-menteri yang hadir.



Mercedez Benz

Jeles tengok. nak juga! 


Squash

ehem khas ok!




our Mercedez Benz

tengok! kami pun naik MERCEDES BENZ ye! 




dinner with TPM
pas ahli kehormat =P



walaupun Pasukan Malaysia hanya berpuas hati dengan tempat ke-4 Dunia tetapi pencapaian itu sendiri sudah cukup membanggakan Malaysia apatah lagi kejayaan itu dilakarkan oleh pasukan Malaysia yang hampir kesemuanya terdiri daripada pemain muda (Junior) atau pelapis. banggakan? lagipun hampir kesemua pemain mempunya World Ranking yang agak membanggakan. Tahniah Malaysia! boleh cuba lagi yang terbaik untuk masa akan datang..


baru aku tahu rupanya Nicol berlawan dengan Rachael saingan dan musuh tradisi Nicol yang merupakan 3rd World Ranking. padanlah saingan hebat dan mantap gila. Ternyata Nicol lagi hebat! Low Wee Wern pun apa kurangnya 13th World Raking kot.huhu.. tapi kenapalah Azlan Iskandar dengan Ong Beng Hee takde ek.huhu


aku dah macam reporter Squash pulaaa dahhhh! haha. apapun, peluang ini bukan datang selalu.. jadi yang dah bergolek depan mata ini jangan dilepaskan bukan.. hee bukan senang nak duduk melihat Nicol dan pemain lain beraksi di gelanggang. Apatah lagi dapat bersalaman dan mengambil gambar.. ternyata kesemua pemain sangat rendah diri dan mampu tersenyum lebar walaupun dalam keletihan. cayalah! =D tak rugi aku ke Chennai.huhu.


p/s: Majulah sukan untuk negara

6 si gojes suke membebel:

Merckbiey said... [Reply]

wow..bestnyer dpt jumpa ratu squash..jelez nih..hehehe..=)

nina suhaina said... [Reply]

wah, bestnya dapat jumpa nicol..jeles ni. haha..

zella y said... [Reply]

amboi...seronok nyer dpt jmp dato nicole...

kamran pon hensem!!muahahhaha...

Nana iidyLL said... [Reply]

huhuhuhu
kt sm pendek...
satjer jmp..
tp kat indio plak tu..

aih...gmbr ttp bgmbr...:)

Oreo said... [Reply]

Kamran handsome

Hehe

IntanBerlian said... [Reply]

Merckbiey~ hehe. peluang sekali seumur hidup ni.


zella~ kamran sangat hensem.haha


iidyll~ haha nasib baik jumpe kan?


oreo~ btul. sangat!

Related Posts with Thumbnails