Saturday, March 05, 2011

Trip to INDIA : Wonderla Theme Park, Bangalore

www.tips-fb.com


WONDERLA, BANGALORE.

aku dan bam2 ke WONDERLA theme park, lebih kurang 1 jam dari bandar bangalore.


bawah ni gambar-gambar masa dekat WONDERLA. huhu. Wonderla ni macam theme park laa.. hm tapi berkali ganda lagi best dari kat Malaysia. sebabnya, murah dan banyak sangat games. bayar sekali je untuk wet and dry park. dewasa kalau weekdays lebih kurang RM 35 je. masa ni, memang main kat dry park je dulu. seriously, games dia semua yang extreme punya. Bam2 dah pesan awal-awal. awak kena main semua games tau. kene juga! ceh. hampir semua aku main, gigih gila walau dah pening lalat. sampai satu game tu, Mixer kot. tunggang terbalik.pusing sana sini. bila turun aku dah rasa nak muntah. erkk. takmo main dah!! last-last tak main pun wet park. huhu sebab nak kejar masa solat. 



memori paling aku tak boleh lupa, aku simpan no phone driver cab tu dalam phone aku. bukan save pon, dia call tu, aku tak delete lah history recent call tu. kire simpanlah kan? sekali malang gila, hp aku habis bateri. menggelabah aku. argh sudah! macam mana nak cari pula ni. nasib baik bam2 ingat  muka driver. pusing-pusing tempat parking tak jumpa. berpeluh jugalah. driver tu memang dah pesan. dah habis semua call dia. maksudnya selagi tak call dia takkan datang!!! dah berpeluh-peluh tu, tiba-tiba kat atas bukit sikit ada nampak parking and restroom for driver.  nasib baik jumpa! haih. intan2.



huhu then Bam2 nak mandi laut tipu-tipu tu. sebab ada ombak kan.. tapi wave dia tu hanya waktu tertentu. jadi aku dengan bam2 pun tunggulah. tunggu punya tunggu, aku cakap taknaklah mandi.. awak pergi sorang je.. Bam2 masuk dulu walaupun takde ombak lagi.. sekali mbak pasang. entah dari celah pelosok mana.. beramai-ramai manusia bernama India berlari-lari dengan laju pantas dan cergas ke arah air tersebut. lama-lama dah macam lautan manusia aku tengok. Bam2? sudah hilang dari pandangan. dah boleh bergesel kulit ke kulit. ramai gila!!! sedar-sedar Bam2 dah ada sebelah aku. haha. sian, kena hempit. bam2 cakap, gilalah.. tak sanggup duk dalam tu. ramai gilaaa! haha



Antara lagi yang best kat wonderla ni dia punya LASER SHOW dengan MUSICAL FOUNTAIN. memang terbaik. aku ada amik video tapi tak reti nak upload.hehe. tapi ada pula kat youtube ni.layan. hehe. sampai 2 kali masuk. punyalah sukakan bam2.


sebenarnya dekat Wonderla ni ada tempat solat lagi.tu yang bagusnya. kat India sangat susah dan jarang untuk jumpa tempat yang ada tempat solat ni. huhu tapi aku tak tahu ada, jadi tak bawa telekung semua. so tak bolehlah nak solat. surau sini takde disediakan telekung bagai. dan campur lagi laki perempuan..



tiket masuk wonderla.



wonderla!!!



time ni pergi dengan member-member. ada break antara theory paper dengan practical exam. apa lagi.. tak sempat-sempat nak tunggu habis exam.huhu. sebab habis exam dah masuk bulan puasa kan.



ada kaunter tiket untuk loker. boleh simpan barang. bayar Rs180 kot then kalau pulangkan balik kunci dia akan pulangkan balik Rs150. tempat lelaki dan perempuan asing-asing.



satu-satunya water game yang aku dan bam2 main. WonderSplash! hee. orang lain duk jerit-jerit kami sempat posing depan kamera.haha. no more hidden camera. awal-awal dah tahu kat mana.haha. tapikan, sebenarnya aku cover je tu. cover disebalik senyuman manis. lepas kamera tu klik je gambar. menjerit-jerit aku. curam wehhhh. tinggi pula tu.



yang ni pula masuk Dungeon Ride. hmm takdelah takut mana. hoho. disebabkan aku bukan penakut so takde lah takut mana.haha.. poyo tak =P yang ni memang tak tahu pun ada kamera kat situ, kebetulan terpandang situ kan. bam2 poyo betul siap tunjuk tanda GOOD lagi.huhu.



WonderSplash



 yang ni 3D cinema. hmm cerita kartun je. tapi best! bukan 3D la. lebih kurang 4D. sebab seat dia macam dalam keretapi, then ada safety palang.. bergerak-gerak dan bergegar-gegar. huhu rasa semua. angin air. memang best! REAL!



pemandangan sekitar Wonderla.



Maverick yang pusing dan putar tak ingat dunia. sampai aku pening lalat nak muntah.



yang ni ape benda tah namanya. ni pun sama. aduhai. tinggi gila. pusing putar sana sini. kecut perut. 







Sky Wheel. cantik pemandangan atas ni, sampai 2 kali naik.hee.



us



Bird Eye View dari Sky Wheel



Sky Wheel



Budak tembam yang dah kurus.



picture of the day! hee



last time with the girls.




with najie.



sampai 2 kali naik.huhu. macam nak tercampak je.



naik kapal lanun. duk belakang sekali baru best! huhu



Dungeon of Horror.



Y something something. tak ingat namanye. gila lah ride ni. semua pun putar 360 degree. 



Wonderla Bamba. huhu yang ni memula ingatkan yang sempoi-sempoi je. huhu sebab nampak macam takde pon yang nak tercampak ke terbalik ke. sekali punyalah tak perasan, safety dia baik punya. haha. rasa nak terpelanting. 



menguji kaki. sakit woo lalu kat net ni.



shooo. i nak smoke ni =P



aku nak naik yang itu!!!! 



mahu gerak balik dah time ni.



siapa sudi nak klik layan video.meh layan. zasssss~

heh, ni lah maverick yang tunggang terbalik tu.



wonderla bamba ni mula-mula aku ingat macam sempoi habislah. tapi safety bukan main. sekali rasa nak tercampak deh.




hm Rain Disco. yang ni macam dalam cerita hindi tu, pasang lagu.. lepas tu ada hujan.. joget-joget di bawah air hujan. lagu plak hindi.. memanglah sebijik cerita hindi.. huhu..




aku jumpa video orang india mana buat entah ni. hehe. mari menjelajah wonderla =P




water fountain musical show.



yang ini pun sama.





p/s: kalau nak ke India, atau lebih spesifik.. Bangalore. marilah ke Wonderla Theme Park! huhu.

10 si gojes suke membebel:

Oreo said... [Reply]

bestnya wonder la tu

✖sLp mE pLz™✖ said... [Reply]

nape kt tiket msuk gmbo owg afrika.
bkn banglore ke..huhu

IntanBerlian said... [Reply]

oreo~ memang best sgt!!! huhu

IntanBerlian said... [Reply]

Slap Me Plz~ huhu sebab lebih kurang je kot.hehe

Affieza said... [Reply]

Byknya games kt Wonderla tu...smpat main semua x?..hehe

nina suhaina said... [Reply]

fuhh..pernah main game yang ala2 kapal lanun tu kat sarawak..serik da saya ni kak. tak sanggup nak main lagi..haha..

IntanBerlian said... [Reply]

Affieza~ huhu sah2 la tak sempat nak main.. dah pergi 2 kali pon still tak sempat main semua laa...

IntanBerlian said... [Reply]

nina~ haha. seronok main kapal tu.kecut gile perut lagi2 duk belakang sekali.haha

Wonderla said... [Reply]

Thanks for posting Wonderla experience in your blog. To know more on the happenings at Wonderla join us @ www.facebook.com/wonderla .

Fetea Yusha said... [Reply]

bismillah... :) mana nak beli keychain & fridge magnet kat bangalore? n kat mana brg2 leather yg murah? susah btl nak cari fridge magnet cni...

Related Posts with Thumbnails