Sunday, March 06, 2011

Resepi Kuih Bakar Pandan @ Kemboja yang mudah, senang dan sedap!!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


hari ini stop dululah pasal kisah Trip To India ye. huhu. bosan pula nanti korang bacakan. kali ini aku nak kongsikan resepi Kuih Bakar Pandan. aku memang suka sangat kuih bakar ni, huhu hari tu Bam2 datang India aku ada kirim daun pandan.. hee so freshlah ni guna daun pandankan. hmm tak ada lah sehebat tradisional punya, tapikan sedap sahaja walaupun bakar pakai oven in a modern way =D



BAHAN-BAHANNYA:

1 cup jus pandan (12 helai daun pandan + 200 ml air diblender atau air tambah pandan esen )
1 cup gula
2 cup tepung gandum
2 1/4 cup santan pekat ( atau 250ml santan pekat )
2 tbspoon butter
3 biji telur
1/2 teaspoon garam
pewarna hijau sekiranya guna esen pandan, kalau guna daun pandan tak perlu dah pewarna.
sedikit bijan


CARA-CARANYA:

1) daun pandan tadi dihiris dan diblender bersama 200 ml air.
2) setelah blender, tapiskan dan ambil jus pandan tersebut.
3) campurkan semua bahan-bahan tadi gula, tepung gandum, santan pekat, butter, garam, telur dan jus pandan. mix guna mixer atau blender sampai sebati.
4) sapukan sedikit minyak pada loyang dan masukkan ke dalam oven untuk beberapa minit sehingga minyak panas.
5) bila minyak dah panas, masukkan campuran tadi ke dalam loyang, taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 degree sampai brown dan garing.


daun pandan dihiris



letakkan semua bahan-bahan tadi ke dalam mixer.



selepas mix dengan mixer sampai sebati



sebelum bakar



selepas bakar



tak sabar nak makan.hee.



hmmm sodap! makan sekali nak lagi.hee.


tadaaa siap! boleh dimakan semasa panas! heee sodap tau.


memang tak sangka senang sangat buat kuih bakar ni, walaupun bukan in traditional way. but really nice. sesiapa teringin nak makan tu. bolehlah buat. bahan-bahannya pun mudah. nak bancuh lagilah mudah. tak sampai 10 minit kot.huhu....


Selamat Mencuba! hah ada berani mahu cuba kah? kalau berani KLIK SINI laaa tambi!


p/s: hee asik memasak je aku ni. manalah tak gemuksss!

9 si gojes suke membebel:

Nava.K said... [Reply]

Looks so delicious and you made it so easy to make.

nIsYa said... [Reply]

weee cntik je wane dia bila da siap dibakar :)

nina suhaina said... [Reply]

lapar lak tengok gambar kuih bakar ni. hehe..

IntanBerlian said... [Reply]

Nava.K~ heee tq so much. u shud try since it's easy to make.

IntanBerlian said... [Reply]

nIsYa~ cubalah dear! huhu senang je ni..

IntanBerlian said... [Reply]

nina suhaina~ haha dik, belum buat lagi tu.komepem sekali ngap habis kot!

WAK said... [Reply]

Salam Doktor.

Terima kasih di atas perkongsian resepi.
Ada sedikit buah tangan dari isteri saya di sini..

(http://whitewakgreen.blogspot.com/2011/04/menghargai-dan-meraikan-blogger.html)

nora said... [Reply]

hai dikkk...akak da try wat kuih bakar pandan ikut resepi adik... ermmmm mmg sedap n menjadi... tapi akak tak guna daun pandan just guna paste pandan n pewarna hijau..

Timakasih yea sbb bagi resepi yg cukup ikhlas..kirim salam ngan mama adik...

Ahmad Zaki said... [Reply]

Assalamualaikum....

Sama ada kuih bakar yang asal atau berperisa pandan, sedap dan menyelerakan... Tengok gambarpun dah menyebabkan rasa lapar makin membuak-buak.. :-D

Banyak kuih muih tradisional Melayu yang boleh diubahsuai resepinya mengikut kesesuaian citarasa...

Lihat saja kuih bahulu... kalau dahulu cuma campuran tepung, gula dan telur saja, kini dah ada pelbagai perisa seperti coklat, kopi dan juga yang berinti...

Related Posts with Thumbnails