Sunday, May 08, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-6, Aku suka Sepah!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Review Maharaja Lawak untuk minggu ke-6 pula! Minggu ni walaupun aku rasa kurang menarik. hm  entah kenapa masig-masing macam dah ketandusan idea atau kehilangan taring mereka. Apa-apa pun mereka masing mampu menarik perhatian penonton sehingga tak kering gusi. 


Here we go,


1) SEPAH







Bagi aku, kumpulan Sepah menarik perhatian aku dengan lawak mereka yang memang boleh buat orang gelak sakit perut walaupun takdelah sampai guling-guling tu kan. hehe. Minggu ni gaya mereka sedikit muzikal dan bak kata Idham terlalu sama template mereka setiap minggu. Walaupun mereka antara yang terbaik tetapi juri mahukan satu kelainan yang boleh me'WOW'kan mereka. Well, aku takdelah tak setuju,tapi aku memang yakin Sepah ni memang lain dari yang lain sebab trio mereka ni bersahaja dan memang punyai chemistry antara satu sama lain. Selain dari muka poyo, lawak sempoi, mimik muka dan suara sedap. Haha kira pakej lah kan. Tapi benar juga kata juri, terlalu banyak cakap pun susah juga..hehe. So, sahut cabaran juri untuk melaksanakan SILENT COMEDY minggu depan ye!






2) JAMBU



Minggu ini juri kata, Jambu merupakan persembahan yang terbaik. Mengapa? Sebab mereka tak banyak berdialog, sekadar pergerakan dan mimik muka pun da boleh buat orang pecah perut. Haha. aku rasa itulah kelebihan Taukeh dan Yus. Dengan gaya dan mimik muka je aku dah rasa sangat lawak. Paling best aku rasa waktu minggu ke-4 kalau tak silap, Taukeh jadi Nora Danish pondan tu. Haih tengok banyak kali pun masih boleh gelak.Siap dah kene puji dengan juri mereka ada style Monty Phyton. Siapa mereka silalah Google ye. hehe. Kira diorang ni macam di luar zone tipikal lawaklah.. Minggu ni, lawak mereka pada asalnya perlawanan pingpong, kemudian boleh pula jadi badminton, bowling. Memang penonton sendiri kene berfikir dan berimaginasi. Last sekali dikir barat? haha. kesinambungan yang pelik tapi lawak. 







3) JOZAN



Jozan hmm, bagi aku macam kurang taringnya, kurang lawak. Tapi seperti biasa aura Jozan tu macam ada. hehe. So, tak lawak sangat pun still boleh nak gelak tengok gaya mereka. Aku mengharapkan sesuatu yang gah dan lebih berisi serta lebih banyak punchline. 







4) NABIL





Kalau sebelum-sebelum ni, Nabil memang kreatif dan mesti ada sahaja prop yang dia bawa setiap minggukan. Minggu ni aku rasa macam tak berapa bestlah Nabil. Dan betullah sangat-sangat kata juri tu, Kenalah pandai bajet masa. Rugi sahajakan kalau tak cukup masa. Tapi Nabil ni kira antara terbaik sebab dia sorang pun boleh melawak. Tang dia tiru gaya GPS punya suara tu. Memang sebijik weh! haha.







5) MAN




hmm, minggu ni agak better berbanding minggu yang lain-lain. Tapi mungkin Man ni kurang pengalaman lagi jadi masih kurang umppphh nya. Rasanya Man kene bawa satu kelainan pula, sebab sudah terlalu banyak immitation. 





Rasa tak sebar nak tengok minggu depan punya. Nak tengok sehebat mana mereka boleh buat prang pecah perut tanpa mengeluarkan suara. Silent Comedy! Hebat macam Mr.Bean tak? haha.



p/s: Siapakah bakal bergelar Maharaja Lawak? hehe

2 si gojes suke membebel:

Budak Botak said... [Reply]

he3, saingan makin sengit...

Entry terbaru -> Wajah2 Facebook Dari 2004 Hingga 2011... (",)

Anonymous said... [Reply]

yg jd nora danish tu Yus la.bukn taukeh.

Related Posts with Thumbnails