Wednesday, May 11, 2011

Kejutan Budaya bila di India.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Ehem, bila terserempak kejadian sebegini kadang-kadang ada perasaan yang berbaur-baur sama ada mahu keliru, mahu senyum, mahu gelak atau mahu kesian. Sungguh! sukar nak memahami apa yang difikir oleh manusia-manusia tempatan dekat sini. Haih. Memang pelik sampai diluar jangkauan kepala hotak aku nak berfikir.


Bermulanya tadi, pergi ke pasar mahu membeli ikan. Kemudian mahu ke kedai sayur pula.. Dalam perjalanan tiba-tiba auto stuck di tengah-tengah jalan raya. Pelik pun ada, biasanya situasi tu berlaku bila adanya eksiden dekat India ni. Biasalah kalau nak tahu ada eksiden ke tak, bila nampak satu kampung kerumun. Hah eksidenlah namanya tu! Eksiden sikit tapi satu kampung kerumun. Tolong tengok aje. Yang bawa kereta tak kira laju ke perlahan semua dok turun menyibuk. Berhenti bukan nak tolong, tapi nak tengok! Bukan sekejap. Lama sebab tu kalau eksiden je traffic jam nya MasyaAllah.


ok Sambung tadi, bila dah tengok-tengok takde pula eksiden, tiba-tiba seorang pakcik marah-marah driver auto kami, suruh ke belakang.. Marah lagi driver lain depan dan belakang. Tak paham sebab di kecek tamil. Ingatkan ada lori terlepas simpang nak patah balik. Laaaa rupanya ada mercun. Bakar mercun tengah-tengah jalan raya weh. Apa ke bangangnya tengah jalan? Panjang betul mercun cina tu. betul-betul atas double line jalan raya tu. Dahlah kene marah, kena pusing balik cari jalan lain. Rupanya ada orang mati. Peh dahsat benar sampai bakar mercun? ingatkan perayaan je bakar mercun. 


Kes kedua, on the way nak pergi gym, tiba-tiba jalan jam. Pelik pula kenapa sebab ada orang pukul gendang dan segala jenis bapak mak gendang dan tng drum. Bergegar kejap gegendang telinga. Hiruk pikuk gegak gempita. Oh ada perayaan apa pula ni?  Dahsat betul meriahnya. Siap gelak ketawa. Meriah.  Sekali bila lepas kereta kami.. Aik ada mayat orang? Laaaa ada orang mati rupanya. Siap gelak ketawa. Happy semacam je. Macam ni ke kalau orang mati?


Soal aku, 

" Eh orang mati macam takde orang mati pun. Gembira je semua orang, Meriah!"

kawan aku menyampuk, 

" Eh, orang tempatan ni.. sekarang diorang gembira-gembira.. Nanti bila dah nak bakar baru menangis tarik-tarik rambut, tarik-tarik baju, hentak-hentak tanah " 


Macam itukah? haih tak tahulah aku nak komen apa, adat resam dan budaya semua orang berbeza-beza bukan. Sebab dekat Malaysia aku tak pernah nampak tu yang macam kejutan budaya sikit bila datang India. Memang orang di India ni taksub bebenar dengan mercun bunga api bagai. Al-maklumlah tak salah di sisi undang-undang. Takde siapa nak tangkap.. Sampaikan sambut birthday pun nak bakar mercun cina., nak bakar bunga api cantik-cantik macam orang sambut Hari kemerdekaan tu. Paling menarik, orang mati pun pasang mercun.



p/s: That's what we called Incredible India. 

5 si gojes suke membebel:

C!k LaYLa PiPi GeBu said... [Reply]

kikikiki..tu kak intan yang terkene kejutan budaya..blom lagi sy yang mmg tak pernah jejakkan kaki kat sana..hehehehe...mest byk lagi kan???

http://ciklaylapipigebu.blogspot.com/

EpoLįƒ¦siKunang2 said... [Reply]

India kat Malaysia pun sama pelik. ^^"

zunitaramli said... [Reply]

mmg incredible betol lah india ko ni tan. ehem, nnt ko kawen, bakar mercun cina tak? wink2

Noor Aqillah Majid =) said... [Reply]

woooo! incredible india! wahaha.



p/s : kak, mintak pendapat.. ade di blog sy :)

Puteri Iqa Izyan said... [Reply]

ishh..pelik2 je =.=

malaysia jugak lah tempat plg best ^_^

Related Posts with Thumbnails