Tuesday, September 27, 2011

Cabut gigi @ tooth extraction.

www.tips-fb.com

Hello readers,




Sekarang ni tengah posting surgery. suka! suka cabut gigi orang, suka cabut bila gigi firm, rasa puas hati sangat-sangat. Mula-mula kalau ambil kes firm tooth je mesti nak ada member teman sebelah.. Bukannya apa nak moral support. hik.


Honestly, hari ni sudah limit.. sakit gila lengan ni.. dah berturut-turut cabut gigi firm. Dulu tengok senior cabut mak aihhh senang betul ek? Sekali cuba sendiri, hah amik kau! Sekali tu, aku pernahlah cabut gigi seorang lelaki berumur 24 tahun, muda lagi.. Jadi gigi tu memang kuat betul. Puas cuba luxate gigi tu tapi tak boleh, akhir sekali gunakan forcep terus je.. Mak aih nervous ni, penonton ramai sangat.uhuk. Juniors, batchmates semua dok tonton macam nak tengok surgery apa je. haha. Semua nak judge keupayaan dan kekuatan muscle power aku. haha.  


Bila bagi traction tu, memang dah sakit-sakit tangan.. tapi gigi ni gerak sikit je.. adoih. Sampaikan beberapa kali aku dok berhenti, amik masa.. rehat sekejap. Ada member bersuara, takpe Intan biar lambat asalkan tak patah root gigi tu, nanti kalau patah satu hal lagi pula nak pergi cungkil keluar root. Akhir sekali setelah beberapa kali bagi traction dan rehat, gigi berjaya dikeluarkan.. terasa sakit dari jari sampai ke bahu. adeh. haha. Berjaya den. 


Firm tooth ni susah nak cabut tapi susah-susah mana pun kalau kita sabar dan teliti memang akan berjaya. Cuma sakit sikit tanganlah. Nak lagi hebat cuba luxate gigi tu dulu, tapi ini biaanya orang laki je mampu buat sebab tak cukup power nak luxate laaaa... Takpe praktis make perfect.huhu.


Kes root stump ( crown dah takde, tinggal bahagian akar je) dan grossly destructed tooth ( gigi ni caries dah teruk sangat sampai hampir separuh crown da takde) memang susah kes ni.. Lagi-lagi kalau pesakit muda sebab giginya kuat lagi. Kalau nak senang gunakan open method je, bagi incision sikit.. patahkan bone sikit bagi exposed gigi.. dan boleh keluarkan gigi. huhu.


Sebenarnya, teruk mana pun kes tu, teruk mana pun gigi tu, jangan risau mesti boleh keluar punya, korang dah tak rasa apa-apa sebab dah bagi bius kan? cuma kalau dengar-dengar bunyi ke.. pressure tu abaikan je. Nak cabut gigi mestilah kene rasa sedikt pressure tu kan, kalau tak macam mana nak keluarkan gigi tu dari soketnya.yang penting sekali takde rasa sakit. =D


Bila dah cabut gigi kena perhatikan soket tu pula, pastikan takde sharp bones.. kalau ada kenalah buang sedikit guna bone ronguer, trim guna bone file.. Kalau tak, after healed nanti pesakit akan datang dengan chief complaint pain disebabkan oleh bony spicules. So, satu hal lagi kena datang untuk alveoloplasty untuk buang sharp bone tu. Dan kena pastikan bone dicover oleh soft tissue, kalau tak boleh menyebabkan dry socket. After few days extraction pesakit akan datang balik sebab soket tu sakit. Jadi semua ni memang sangat-sangat penting. Tak boleh ambil ringan je.


Banyak lagi kena ambil berat, latar belakang, kes history pesakit, ubat-ubat yang pernah diambil, penyakit yang ada.. sebab semuanya saling bersangkut-paut. =D


p/s: dah pendek je update hari ni. 

4 si gojes suke membebel:

Affieza said... [Reply]

Never give up and all the best to you...

Chieda Hafiz said... [Reply]

arghhhh... sakitnye tgk pic tu... saya rasa cam nk pg cabut gigi geraham ni... berlubang teruk lps tu dah naik satu bintil dan kluar nanah dekat tepi gusi. mesti root gigi dah rosak kut kan? lps tu gigi geraham ni dah goyang2 sikit... hmm..

lotikus disarimankan said... [Reply]

pernah sekali nak tampal gigi coz nak ganti simen dia kan, doktor tu dia gerudi punya gerudi punya gerudi sambil bergosip gaji tak abis lagi la hapa bagai, sekali terkena urat. dia punya sakit umaaaanggggg aiiii.nak angkat tangan penampor doktor pun tak larat.sampai skunk tempat palam tu still rasa sakit

Anonymous said... [Reply]

wahhh....dentist rupenye...akak dulu DSA(dental surgery asst)...tp skrg dah wat keje kat ofis...

Related Posts with Thumbnails