Wednesday, September 21, 2011

Kali terakhir beraya di India, unik dan happy!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Hish lamanya tak menaip. Lamanya tak membebel. Nak cerita benda basi boleh? haha. Orang dah nak habis raya tapi aku baru nak post pasal raya. Tapi disebabkan tahun ni aku raya paling UNIK dan paling "BEST" maka, tanpa kira basi ke tak basi aku tetap nak tulis. Biar korang tahu betapa Uniknya raya aku tahun ni.



Tahun ni, tahun akhir aku beraya di India. Alhamdulillah. Setelah sekian lama dok beraya di India, berjauhan dengan keluarga dan Bam2, tahun depan insyAllah bolehlah menyambut Ramadhan dan Aidilfitri di Malaysia. hik. Tak sabar. Tak bestnya, dah 5 kali aku tak dapat duit raya, tup tup tahun depan dah kene bagi duit raya?? Peh ini mana adil weh. Konspirasi!!!



Tahun ni, waktu raya memang kebetulan aku posting di Oral surgery! Kebetulan juga aku duty diagnosis dan instrumentation! Sangat kebetulan.  Mungkin ditakdirkan aku ada pengalaman beraya paling unik ni kan. hik. Memang ada cuti 2 hari dari pihak kolej. Tapi department Oral surgery dengan oral medicine tak pernah off. Memang sentiasa buka walaupun cuti umum khas untuk kes-kes emergency. Jadi memang aku wajib datang. Kebetulan pula duty diagnosis dan instrumentation. Kalau amik cuti nanti kene extention 2 hari, nak tukar orang leceh benar... amik sign orang tu la orang ni laaaa...



RAYA PERTAMA


berbaju raya ke klinik!



Intrumentation duty with Jithin C.N.



sambut raya dengan rakan-rakan dan staff.
Bawa kuih raya. Bagi diorang rasa betapa sedapnya kuih
raya Malaysia.huhu.

Apple pie & Egg tart made by Farah.



Muka-muka gembira dapat makan free. haha



Kuih raya untuk madam H.O.D



kebulur sekor-sekor ni. tak pernah cukup. Batchmates semua lelaki 
macam ni lah gayanya. Bawalah apa je makanan, kompem habis. licin.
lesap sepantas kilat!



Dah licin. 



Suasana sunyi sebab tak ada pesakit. 


well, these are the instruments used to extract your teeth!



Habislah hari pertama, balik kolej me and farah tolong-tolong rakan-rakan yang lain memasak.. Sebabnya malam tu kami buat pot luck makan di malam raya beramai-ramai. Banyak sangat menu untuk malam tu.. Sampai banyak juga yang berlebihan.


Esoknya, aku dan Farah pergi kolej siap bawa Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Kari  Ayam, Kuih Tepung pelita dan Lepat Pisang. Pagi-pagi tu sampai kolej terus buat open table. haha. kelakarnya, mula-mula ada orang jual mahal tak nak.. Tapi bila dah rasa.. hah baru nak tambah lagi.  Siap ada yang cakap, sedap tapi pelik.. macam mana boleh mix rasa pedas dan manis. haha. Ayam masak merah kan macam-macam rasa ada. huhu.



RAYA KEDUA


Muka ceria dapat makanan.







Tepung pelita yang aku buat! hik.











Dr. Saravanan try makan tepung pelita.



Pesakit masih hibernasi dekat rumah. 
Takde keje jadilah macam ni. huhu.
debate 'love marriage vs arranged marriage'



the happy faces



the happy faces



Alhamdulillah tahun ni walaupun raya pertama dan kedua sibuk ke klinik, menjalankan tugas di oral surgery. Aku rasa syukur. Inilah pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. The happy faces bila mereka makan makanan yang kami bawa sambil mengucapkan EID MUBARAK. Siapa kata raya di perantauan itu tak best? haha.


p/s: Nanti nak upload gambar pot luck di malam raya pulaaaaa bersama usaha gigih menyiapkan kuih tepung pelita dan lepat pisang. hik.

2 si gojes suke membebel:

lotikus disarimankan said... [Reply]

taun depan boleh la mintak duit raya dekat doktor Intan:-D

Affieza said... [Reply]

Pasti kenangan raya ni akn terimbau bila beraya di Malaysia tahun dpn dan seterusnya...btw nice experience dear...

Related Posts with Thumbnails