Friday, December 23, 2011

Akibat kebodohan diri, kau hilang harga diri.

www.tips-fb.com

Hi Readers,





Suka pasang telinga bila orang tua bercerita. Tak baikkan?? hehe. Tapi suka jugaaa.. tu yang terdengar kisah budak-budak perempuan yang sudah terlanjur. Haish kesal betul dengar bila memikirkan anak-anak melayu yang semakin pelik perangai diorang ni. Dah tak sayang maruah ke?Tak kisah agama ke? Tak ingat dosa ke? Paling senang, kau dah buang tebiat ke??


Bila dah lahirkan anak-anak yang tak bersalah ni, kalau umur setahun jagung, hingus pun masih dok meleleh, keluarga pula tak mampu membesarkan si anak, susah tentu nasib si anak ke tangan keluarga angkat. Sekiranya keluarga angkat menjalankan kewajipan dan tanggungjawab sepatutnya, Alhamdulillah Jika tak?? kesian si anak kecil. Tak bersalahkan?


Makcik kisahkan cerita dia menemukan si ibu muda ni dengan keluarga angkat. Pelbagai ragam ada. Ada yang amik acuh tak acuh, janji lepas tangan. Ada pula yang sedih meroyan tak nak bagi si anak dekat orang. Habis tu ko nak bagi makan apa?pasir? Tahu buat, lepas tu tak pikir. Nak kata otak letak kat lutut nanti jadi macam PANGLIMA pula. =P Senang cakap, mungkin otak ada, akal tak de. Kalau kita ni ibu yang melahirkan mesti terdetik perasaan hiba nak bagi anak sendiri dekat orangkan. Cakap macam ada pengalaman. hoho. Tapi itu apa yang mak aku cakap.


Waktu nak bagi anak ni dekat keluarga angkat, baby tengah menyusu badan si ibu muda. Bila tiba masa, nak bagi si anak.. Tarik anak yang sedang menyusu.. Menangis si anak. Bagi lagi susu. Seketika lepas tu tarik lagi.. Menangis lagi anak tu.Sampai dua tiga kali insiden tu berlaku. Agaknya si anak pun tahu dia bakal diberikan kepada orang lain. Hiba dengar. Makcik pun cakap waktu tu memang air mata laju turun macam air hujan. Sebak tengok anak kecil tu seolah-olah tahu dia akan berpisah dengan ibu muda.


Apa yang aku tahu, fakta baby ni.. dia kenal dan tahu BAU dan SUARA si ibu sebaik dilahirkan ke dunia ni. Apa taknya 9 bulan darah mereka berhubung. 9 tahun si baby hidup bergantung pada si ibu. Berkongsi rasa, kasih, sayang, darah, nutrisi, sakit dan paru-paru. Betulkan?


Apa juga yang aku dengar, mereka yang melahirkan anak luar nikah takkan rasa 'NIKMAT SAKIT' bersalinkan si anak. Sebab itu dengan selamba badak boleh bersalin di tandas, tepi longkang, di rumah  lepas tu selamba juga dia pi masuk kelas belajar macam biasa ek? Akibatnya, perasaan kasih dan sayang pada si anak seolah-olah ditarik hanya kerana mereka tak merasai betapa nikmatnya bersalinkan si anak. Mungkin perasaan takut melebihi segalanya. Bukan kerana takutkan ALLAH, tapi lagi takutkan ORANG RAMAI tahu. Sahdiskan?


Umur belasan tahun dah boleh terlanjur. Kata mak ayah si ibu muda, padahal pergi ke mana di hantar dan diambil. Hanya kerana terlewat 2 jam menjemput si ibu muda dari sekolah dah boleh terlanjur macam ni. Kuasa Allahkan, orang yang dah kahwin ini, tunggu-tunggu tak dapat juga anak. Tapi bila buat benda maksiat Allah nak tunjuk betapa mungkarnya perbuatan tu dah boleh jadi. Itu pun tak de kesedaran, lepas hari boleh ulang lagi, buat balik. Kalau tak dilahirkan, dibuang anak itu merata-rata, ada yang dibunuh, ada yang digugurkan. ZALIM.


Itulah, dulu aku ni nak pegang komputer pun takde, jangan kata pegang.. nak kenal pun takde harapan. Best zaman aku kecik-kecik dulu.. Main galah panjang, baling selipar. Takde pula mak aku risau. Takpe pula mak aku pesan,





" Along balik cepat,nanti kene culik "

" Tak payah pergi nanti kene rompak "

TAKDE PON. Sekarang anak depan mata pun boleh hilang bai. Punyalah bahaya dunia sekarang. Main bunuh je, bunuh orang macam bunuh lipassss!




Dulu aku takde facebook, aku ada batu seremban.. Dulu aku takde ps2 tapi aku ada main getah. Dulu aku takde ipad tapi aku main baling selipar. Tengok siapa sekarang yang spek mata mengalahkan tembok besar cina. Siapa yang gemuk gedempol macam gajah. Setiap hari dok ngadap ipad, ps2. Aku main lari kejar sana-sini. Sihatkan hidup aku. Siapa yang ada banyak boifren takde badan? Takde badan sebab hari-hari dok ngadap muka plastik dekat facebook. laki ko tak kenal dah jadi pakwe, pakwe ko tak kenal ko dah bagi no telefon. Siap jumpa. EEE.  Ngerilah aku. Bestnya zaman aku dulukan?





Kita ada facebook cari kawan LAMA. Tapi kau cari kawan baru. Pastu lama-lama hidup kau jadi haru-biru.



Gambar: Ihsan Google




p/s: Sekarang budak kecik pun ada iPad sorang satu. 

11 si gojes suke membebel:

Sue Izza said... [Reply]

betul intan...rasanya zaman kita kecik2 dulu lagi happening kot...aktif...sebab tu sihat2...sekrang ni mak bapak nak pujuk anak,bagi je ipad sorang satu,diam la...yang umur 3 4 tahun pun dah pandai godek phone or ipad..aduiiii...

Anonymous said... [Reply]

Suka entri ni...

Mase saya bersalin dulu susah, pastu ade nurse tu cakap, sabar ye dik. Kalau sp (singkatan bg single parent) tu ,selalu senang je baby keluar. Baru faham apa maksudnye...


Btw kite kenal ke? Ni kak intan dr stf ke? Maaf ye kalau silap..

Saya follow!

the HEHS lady

zella y said... [Reply]

salam!!

hurm...btul tu...bdk2 skrg pandai technology...ipad...hp nak canggih...lebih canggih dr org yg dh bkerja...

didikan agama paling penting utk generasi akan dtg....

D'ya Marshmello said... [Reply]

yg penting didikan agama & bimbingan ibu bapa penting utk mgelakkan kes2 sbegini..Igt kita hanya sementara di dunia ;)

slm pkenalan jum terjah ;p

LATEST ENTRY : Wang Kertas Malaysia Yang Baru Bewarna Warni

Intanberlian said... [Reply]

@puteri rimba

Haish sebab itu budak kecik skrg pandai minta hp sorang satu.kite dulu nak dapatkan hp pun tunggu lepas SPM.. itu pun telefon cikai2 je tu.. ini siap ipad, iphone. manjekan sangat..

Intanberlian said... [Reply]

@A'ishah Kamaludin

huhu apa pula tak kenal dik. mestilah kenal duduk satu aras dulu kan dekat blok dang anum. hehe.. akak kenal sangat..

hmm itulah memang siapa yang dah buat tu nak nyesal susah. itulah dia ujian Allah kan dik.

Intanberlian said... [Reply]

@zella y

huhu hp kite pun hp yang boleh baling anjing kak.

Intanberlian said... [Reply]

@Cik Strawberry
ibu bapa sekarang ni susah juga.. ada yang kita tanya ank tu. kenapa tak solat? ala ibu kita pun tak solat. apa nak jawab tu..

Pondok Usang said... [Reply]

comey pic budak2 tu..
tu la..zaman sekarang ni taraf hidup makin tinggi..ibu dan ayah terpaksa bekerja..masa bersama anak2 hanya seketika.. amat takut sekali andai didikan agama entah kemana..

loti mukhtar said... [Reply]

hanset pertama dapat masa berumor 19 tahun.
budak sekarang umo 6 tahun pun dah ada anset.
balckberry lagi tu..
menangis tengok

Anonymous said... [Reply]

mmg bahaya dan dasyat anak2 sekarang...mudah2n ank2 kita menjadi ank2 yg soleh dan solehah insyaallah...


Related Posts with Thumbnails