Friday, October 14, 2011

It has been 2 years without HER.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,




Baru ada peluang nak menulis kembali,  lewat malam tadi sebelum terlelap hati aku terdetik. Esok 13/10/2011. Tarikh itu muncul lagi.. Tarikh yang membawa seribu satu makna yang cukup mendalam buat aku dan rakan-rakan di sini. Apetah lagi keluarga Arwah Fatimahtussolihah. 


Macam kebetulan, telinga mendengar alunan lagu Hijjaz- Kau sahabat kau teman sejati. I just can't help it. Makna lirik yang terlalu mendalam buat air mata bergenang. Sedih aku Tim, bukan menangisi pemergian kau yang tak sudah. Tapi aku terharu, walaupun 4 tahun tempoh perkenalan aku berpeluang mengenali seorang sahabat seindah kau. 


Kebetulan lagi, 11/10/2011.. Aku dan kawan-kawan yang lain baru je meraikan Hari Graduasi kami, TAK. Bukan KAMI tapi KITA Tim, Kau tak pernah kami lupakan. Kami meneruskan perjuangan kau yang belum selesai.. Kami merealisasikan impian kau juga. Kita sama-sama sudah bergelar doktor Tim. Kita sama-sama sudah bergelar graduan! Kau ibarat wirawati bagi kami. 


Aku takkan pernah penat bercerita tentang kau di sini, biarlah beribu tahun berlalu, biarlah apa yang orang mahu kata, kau akan tetap segar di sini dan di hati aku.. Kenangan terindah bersama kau akan aku sisip kemas dalam lipatan memori aku. Bagai baru semalam kau di sini, ia akan tetap mekar dan segar dalam ingatan. Kini sudah 2 tahun berlalu. Aku doakan yang terbaik buat kau di sana. Moga kau tenang dan aman. Ya Allah, tempatkanlah sahabatku di tempat yang Engkau redhai. Tabahkanlah hati kami di sini terutama keluarganya. Perginya dia kerana kasih sayangmu. Tenangkanlah rohnya di sana. Amin.








Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu

Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati






Kepada sesiapa yang mengikuti blog aku dari awal mungkin pernah baca tentang tragedi ini dahulu,



"Wahai Allah, ampunilah sahabat ku ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya."


.AL-FATIHAH.


p/s: Siapa pun kita, kepada-NYA juga kita akan kembali.

3 si gojes suke membebel:

nina suhaina said... [Reply]

al-fatihah..
semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman..

gummybear said... [Reply]

al-fatihah untuk arwah kwn awk intan..melalui post tntg kemalangn kawn awkla kita dpt berkenalan di alam maya ni...semoga kwn awk ditemptkan di kalangan orng yang beriman..ameen...

Mr feckry said... [Reply]

kan tuhan jadikan adam dan hawa...

Related Posts with Thumbnails