Saturday, October 03, 2009

Pengalaman di INDIA #1

www.tips-fb.com

 ok.aku cube nk upload video (more to slideshow actually) yang aku buat time En.khai ( wakil JPA merangkap abg angkat kami.hehe )...malangnya,aku yang buta IT dan komputer ini xtau nak resize video yg agak besar nih.shoot.malu aku...cmne nak resize?? kecewa2...xdpt lah aku nk share video ni...


Majlis sambutan kami mase mule2 smpi Salem...

so.sbb aku dah down sgt kan..so aku just post karangan bahasa melayu yang aku buat atas permintaan ramai.cewahh.haha..xdelah..ni senior suruh buat nk msukkan magazine college.. bukan diorg phm pon kalau aku kutukkan..haha..hmm sorry lah beb..aku nye BM damn teruk..dah xde rupe BM...mcm rojak buah ke rojak mee.duh...sedapnye rojak..!!

disebabkan karangan bahasa melayu aku pnjg sgt...(nk dpt A) so aku wat beberapa entri lah ek.. lynkan~

------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGALAMAN DI INDIA

       Pertama sekali,ini bukannya karangan Bahasa Melayu untuk SPM tetapi sekadar berkongsi pengalaman kami yang hampir 4tahun di bumi Salem ini.Penerbangan MAS pada malam 27/08/2006, sudah cukup membuatkan KLIA dibasahi dengan air mata kami ( haha..ok.air mata mak dan ayah lah kan..).Apabila kami sampai di Bangalore pada pagi 28/08/2006...huh..hon-hon melampaui pendengaran kami sungguh menyakitkan telinga.Kejutan budaya sungguh kami dibuatnya.Apatah lagi ada yang tak keruan sampai hamper-hampir dilanggar kereta.Ok..Inilah dia rupanya bandar Bangalore.Perjalanan diteruskan untuk ke Salem dengan menaiki bas..(jauh perjalanan kami hingga pening2 lalat kami dibuatnya).



amacam...klasik x weh diorg wat bangunan..ade sistem takal..



 hostel separa siap....dalam bangunan xtgk lagi..haha.

    Sesampai di Salem,sekali lagi kejutan budaya.ok memanglah expectation kami terhadap Salem ni tak setinggi gunung Kinabalu,tak segah Menara KL apatah lagi seindah Pulau Langakawi.Tapikan tak adalah seteruk ini..ya itulah dalam fikiran kami sesampai Salem..nak menangis pun ada.tapi apakan daya itu lah nasib kami..cubalah bayangkan bila melihat bangunan hostel yang tak siap,itulah hostel yang akan kami duduk sekejap lagi..dan bila melihat bangunan medical college yang gah macam rumah hantu, semak samun disepanjang jalan macam hutan belukar, jalan tanah merah tak berturap..ya minta maaf kalau agak exaggerated,tapi betul ni..umur kami yang semuda 19 tahun berada di negara orang yang rupanya sebegini.Tuhan saja yang tahu bagaimana perasaan kami.Perasaan rindukan keluarga tak hilang lagi.Sememangnya indah khabar dari rupa,bagaikan langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan Malaysia..Kemudiannya,Malam itu kami dijemput ke White House,kedatangan kami dialu-alukan oleh pihak mereka dengan sekuntum bunga mawar seorang satu.(cewahh!!)


dental college



leh thn byklah dental chair..


    Maka dengan itu bermulalah secara rasminya hidup kami sebagai Dental student of Vinayaka Mission Sankarachariyar Dental College, penghuni PIDC hostel dan penduduk di bumi Salem yang sememangnya indah ini.Memang penuh cabaran hidup kami di Salem,baik sebagai pelajar mahupun penghuni dI hostel.Di kelas,perbezaan slanga menyebabkan kami agak ketinggalan bila nak menulis nota kelas, dan pembelajaran yang memang laju gila macam keretapi.sungguh mencabar kepala otak kami nak memahami butir-butir yang cuba disampaikan oleh para pensyarah.Bukan itu sahaja,kemudahan yang sesungguhnya jauh berbeza berbanding Malaysia, sistem jadual yang agak kelam kabut dan tak teratur,ketiadaan senior sebagai tempat rujukan kami..namun itu semua sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin..dan syukur pada Tuhan sebab akhirnya kami semua lulus dengan cemerlang ke tahun dua.Buat pertama kalinya,kami semua merayakan perayaan Hari Raya di India.Kami merancang menyambutnya di Chennai.Sekurang-kurangnya hilanglah sedikit perasaan rindu kepada keluarga dan saudara mara.


ni time fist year...

 
ni lah class kami..tapi Alhamdulillah..sekarang de lah perubahan cket...

 
buat cuci mate..haha...classmates aku..

 
haa..nampak yg etrbaring tuh?? teka cepat pe...


haa...ni time college day 1st year...

 
Ramzan dan diwali...


Raye di Chennai...

 
Top of Yercaud...

 
ok...last but not least..skull ni aku bg name MR.BOBO..sgt2 berjasa kat aku..ni lah peneman aku mase blaja,mkn,tido...haha..tah kepale sape lah yg aku beli ni...time kasih ye.jasamu kukenang... tapi skrg dah xde..aku dah jual kt junior aku...

to be continued.......

p/s: bersyukurlah anda bile menjadi warga Malaysia......




0 si gojes suke membebel:

Related Posts with Thumbnails