As Salam Readers,
Kenapakah India dikenali sebagai Incredible India? Uniknya India ni, hanya mereka yang telah jejakkan kaki ke India dan merasai kehidupan seharian sebenar di India sahaja yang faham. Bukan itu sahaja, hanya mereka yang dah menempuh dan menghadapi kerenah dan pelbagai ragam masyarakat India tak kira sahabat atau pun orang asing sahaja faham Dan percayalah kenangan itu amat bermakna dan pasti mencuit hati bila dikenang-kenang balik. Sangat-sangat berharga. Entah kenapa bila memikirkan hanya tinggal 5 bulan sahaja sisa-sisa pengalaman di India, hati terdetik.. Adakah aku akan merindui suasana dan ragam mereka. Dan tanpa hesitation aku mengiyakan persoalan itu.
Well, Ini hanya berlaku di India. hehe tak tahulah tmpat lainkan. Sudah ini sahaja tempat selama hampir 5 tahun aku menimba pengalaman.
Suasana yang agak uniknya aku terjumpa gambar ni di internet. Punyalah dahsat sangat nak tengok tv sampai tak sempat nak tungguair surut. Ada satu tips di sini, silalah berhati-hati dengan air banjir kalaudi India ni ye, Yelah India ni kerap sangat banjirnya, padahal bukannya hujan tu lebat mana pun, hangat-hangat tahi ayam pun air dah boleh naik sampai betis. Haih padanlah kolej aku kalau time hujan je, mesti separuh hari.. bukannya apa takut bila hujan nanti, sampai ke malam tak boleh balik rumah sebab jalan dah dibanjiri air.
Sistem pemparitan yang teruk dan jalan raya yang tak rata sampai air boleh bertakung... Memang bau busuk pun menerjah laju ke hidung. Apa taknya, dah semua orang jadikan parit, longkang, sungai sebagai tempat pembuangan sampah.. Oh tak lupa tempat membuang air besar dan kecik. Hancing busuk macam-macam ada weh.haha.Jadi silalah fikir empatploh juta kali ye kalau nak main air hujan mahupun air banjir di India. Errr sangat geli bila fikir air sungai bercampur baur air kencing dan taik jutaaan penduduk sini. Minta Simpang. kalau klorok sebulan pun belum tentu bersih oii.. Pernah satu ketika, aku naik auto sampai dah macam naik autoboat. haha. Punyalah dahsat banjir kat bandar tu. Nak pergi kedai pun punyalah payah, air naik sampai ke muka pintu kedai.
Salah ejaan ni sudah biasa huhu, Tapi macam comellah pulakan? hahaaaa.
Oh oh, ini adalah perkara biasa di India. haha, kerbau lembu pun turut sama duduk di tengah jalan, dan yang pasti tiada orang kisah mahu menghalau ke apa, biar je.. Kena hon pun selamba badak je lembu ni. haha. Kerap sangat berlaku, selain lembu ada lagi.. Kambing! nak lagi dahsat? Babi pun melambak. Tapi babi ni takut sikit. dia duduk tepi-tepi jalan sahaja. Anjing? tak payah lah cakap. Anjing dah macam kucing dah.
hah, padan muka buat si pencuri selipar. hehe. selipar jepun kan orang suka curi.
haih, kalau amik je dua-dua pastu takleh juga pakai. haha.
haha nice!
ehem, sangat common di India, di mana ada tong sampah yang sememangnya jarang sangat ada.. di situlah sampah sarap berkumpul di sekelilingnya. Lagi-lagi kalau dah tertulis jangan buang sampah merata-rata, takpon tong sampah tu tulis please use me! orang sini macam tak reti bahasa!
hehe,yang ni pun aku pernah nampak. Bukan setakat muatan naik motor melebihi 3-4 orang, ada yang sampai lebih muatan sebab letak barang macam ni lah. hmm bukan bas dan lori sahaja yang lebih muatan. Naik motor pon boleh. betapa hebatnya orang-orang di sinikan. Kagum betul tengok orang depan siap pakai topi keledar. Punyalah mematuhi undang-undang. Tapi yang belakang tu, silap haribulan boleh jadi superman terbang! Hey berbahaya betul.
Pokok di tengah-tengah padang! India punya padang ni memang tak ada rumput.Namanya padang bola ke, padang kriket ke, trak nak lumba lari ke semuanya hampeh tak ada rumput.
Kekurangan sensitiviti. Lebih elok disebut Mentally Handicapped.
Tenaga buruh nak pergi bekerja. Selalunya kat tempat aku yang aku nampak naik lori kecil. Penuhlah dalam tu dengan makcik-makcik pakai sari, pakcik pakai dhoti.. hmm kadang-kadang rasa penuh simpati sebab usia yang sebegitu tua dengan keadaan yang sebegitu uzur merka bekerja sebagai tenaga buruh. Semua orang pun tahu yang India memang masih lagi menggunakan tenaga buruh berbanding di tempat lain yang telah menggunakan mesin-mesin canggihkan. Hebat sangat nenek-nenek bersari menjunjung batu batan yang berat di kepala dengan bersahaja. Simpati membuak-buak sebab terbayang nenek sendiri di tengah-tengah panas bekerja keras hanya kerana sesuap nasi untuk keluarga. Dengan kedut-kedut kulit di muka dan tangan yang semakin dimamah usia, air muka letih yang menyebabkan hati sayu. Memang tersentuh sangat hati. Sekurang-kurangnya mereka berusaha dalam mencari rezeki yang halal, bukan ada yang sanggup menipu, merompak dan membunuh nak cari duit haram!
p/s: Sambung lagi di lain entri!
8 si gojes suke membebel:
Ya Allah,bersyukur duduk di Malaysia
Woww,kira orang india mmg hebat duduk tmpat camtu
kak intan!! tak bleh blah gambar banjirrr tu...gila porkkkk...hahahah..yelah......tak short ke kene air??banjir tu mcm takda masalah jeee..kalau kat malaysiaaa...dah sibuk nak cr bantuan tolong angkt dan derma barang..ehhehe..
yang seliper tu lagi dhsyt..t saya nak shorkan kat orng malaysia lah buat mcm tu..hahahah....
btw..seronok baca entry ni..gmbr jeee dah bgtau seribu makna... =P
http://ciklaylapipigebu.blogspot.com/
intan, comel dan lawak la entri kali ni..tak sabar nk tunggu part 2:)
wah, lamanye tggu update pasal india.. akhirnya ada.. :)
First time tgk selipar wak camtu..pencuri pn fikir 2 3 kali nk ambil...hehe
keadaan biasa samapai banjir paras lutut pon masih relaks lagi...kalau kat sini, baru paras buku lali dah mengalabah...huhu..
bila baca entri ni teringat da lama tak main air banjir..hihi..
bila baca entri ni teringat da lama tak main air banjir..hihi..
Post a Comment