Friday, July 29, 2011

Bila perempuan lagi ramai dari lelaki.

www.tips-fb.com

Hello readers,




Betulkah orang cakap perempuan sekarang makin ramai? betulkah lelaki makin sikit kat dunia ni? petanda akhir zaman namanyakan? Apa terjadi bila perempuan makin ramai tetapi lelaki makin sikit? Jadi tak mustahillah kalau ramai perempuan berebut satu lelaki? macam tu? lelaki pula sibuk nak kahwin banyak kononnya ikut sunah Rasulullah. Hello, come on lah. yang wajib belum tentu kau ikut.. sunah lain pun ada buat? yang bab kahwin dok kecoh-kecoh nak ikut sunah Nabi. 


Banyak sangat. Banyaaaakkkkkk sangat-sangat kisah yang terjadi nak diikutkan. tak kisahlah dalam berita ke, dalam drama, dunia realiti. Hakikatnya, memang wujud manusia nak merampas hak orang lain. 






Kononnya, eleh baru kau boipren girlfren dah nak kecoh ke bai? belum sah pun lagi. belum hak mutlak! the best man win katanya.

eleh, baru tunang hoiiii. tak payah kecoh-kecoh.. Tunang tu orang kata tanda milik kau. tapi belum jadi milik kau!

alaaaaa laki orang ke bini orang ke .. kalau Allah dah kata jodoh, jodohlah juga. Tak dapatlah aku tolak. tak baik tolak rezeki ke jodoh ke. Aku bukan nak jadi orang ketiga, jauh sekali nak runtuhkan masjid orang ni. Tapi nak buat macam mana, semuanya qada' dan qadar Allah. 



ye itulah jawapan yang agak bernaskan?






Kadang-kadang kalau difikirkan dari aspek orang yang miliknya kene rampas. Apalah rasanyakan? Hati macam disiat-siat ke bilik orang yang disayangi sejak dahulu tiba-tiba berubah kasih, berubah arah pada insan lain. Kalau dulunya berjanji setia, akad nikah berjanji mahu menjaga sepenuh hati jiwa dan raga. Tapi yang selebihnya SENTAP! Kenapa jadi macam tu? adakah sebab dah tak ada persefahaman? Kasih sayang yang dulunya melambak-lambak macam air dekat empangan, mencurah-curah macam hujan lebat, orang kata dah tak ada "SPARK" tak ada CHEMISTRY? Sukar hati ini nak bayangkan sebab tak pernah melaluinya. Alangkah hibanya kalau yang berlaku itu hanya sebelah pihak, ye hanya seorang yang hilang sudah kasih sayangnya..



Aku terkilan sebenarnya mendengar kisah sebegini, bukan sebab apa.. nak kata pengalaman tak juga. Tapi aku pernah melihatnya dalam hidup aku. Pasangan suami isteri yang dahulunya bahagia.. Anak ramai, orang kata itulah rezeki Allah, itulah penyemarak kasih sayang.. Namun, semuanya dalam sekelip mata hilang bila si suami menemui orang baru dalam hidupnya, tinggalkan si isteri terkapai-kapai dengan anak-anak. Walaupun tidak ditinggalkan, tetapi bila kerapkali menghilangkan diri .. Hati berdetik, tak sayangkan suamiku padaku. Apalah kekuranganku?Ya, perlu dinilai kembali apakah kekurangan diri.. Namun, bukankah semua manusia itu tidak sempurna.. Allah menjadikan setiap orang punyai pasangan supaya dapat saling melengkapi. Kau lengkapkan aku, begitu juga aku melengkapkan hidup kau! Tetapi hakikatnya memang berat, tak perlulah dicari salah orang. mari mencari salah sendiri kata orang lagi. 



Bukankah lebih elok dibawa berbincang, perkahwinan bukannya main-main, sebelum berkahwin ingatkan diri sendiri, cabaran dan dugaan alam perkahwinan ni ibarat nakhoda kapal yang sedang melayari bahtera ditengah lautan.. Tanpa petanda, bila-bila masa hujan ribut petir dan angin kencang bakal menyerang. Kebijaksanaan nakhoda mengendalikan bahteralah yang menentukan tenggelamnya kapal atau selamat sampai ke destinasinya. Fikirlah. 





Ada yang lagi buat aku terkilan, tak dapat cara baik hak orang.. Boleh pula main dengan cara yang kotor. Walaupun sukar nak percaya, dalam arus pemodenan dan serba maju ke hadapan.. masih ada orang yang berfikiran kolot percaya dan sanggup menggunakan teknik kotor seperti sihir. Nauzubillahiminzalik. Jauhkanlah daripada hasad dengki manusia. Sanggupkan pecah belahkan rumah tanggah dan hidup seseorang dengan ilmu hitam semata-mata ikutkan nafsu.Keji sungguh.. Cubalah letakkan tempat kite di tempat orang yang menjadi mangsa tu. Jangan biarkan nafsu dan serakah mengawal diri. 






Bagi pihak yang merampas pula, mungkin bukan niat di hati mahu menjadi orang ketiga.. Tak ada niat mahu mnegecewakan pihak yang satu lagi. TAPI, dah tersuka nak buat macam mana. Ceh, yang pasangannya pula pun sama dok melayan. orang kata tepuk sebelah tangan tak bunyi kecualilah kalau ko tepuk dekat dindingkan? Agaknya kalaulah Allah benarkan perempuan pun boleh kahwin 4, tunggang terbalik dunia ni, Asal usul pun dah bercampur baur. Sebab itu, perempuan hanya kahwin 1, dah kalau kahwin 4 nanti.. bapanya sape pun dah kompiuskan. Ingatlah Nabi kahwin 4 bukan sebab cinta nafsu bagai, tetapi niatnya yang mulia mahu membantu meringankan beban. Tapi sekarang, wahhhh tak nak kalah gitu.. kahwin nak yang lagi muda dan hot je kan? orang cakap, asal adil dan mampu. Apa kisah? ye tak? ingat-ingatkan kembali diri tu, apa sebab kau kahwin ramai? nafsu serakah? tamak haloba? yang mana satu? 






Peliknya, ramai juga kaum perempuan yang memang dah tak tahu malu langsung. Tahu itu hak milik orang. Tahu apa perasaan si wanita bila hak milik sendiri dirampas.. Tahu semua itu. Memang masak benar, sebab mana ada perempuan yang sudi berkongsi kasih? Nak menerima payung emas di syurga bukan senang. Tapi tahu-tahu pun kisah apa, digodanya laki orang, dipujuknya rayunya isteri orang, dikacaunya rumah tangga orang. SEBABNYA? lelaki itu baik, hensem dan kaya.. Aku nak! Bukan aku kisah milik orang ke tak? Aku cuba nasiblah, kalau dia tolak, aku blah! dia layan.. rezeki aku!  kejinya. Ah. dunia. memang macam tu. Kenapa kau layan wahai lelaki? tak sedarkah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah bila kau akad dan nikah. Bila lahirnya permata comel milik kau?  Kalau si isteri itu sempurna dan berlakunya berantakan hanya kerana nafsu si lelaki. Memang kau keji! tapi kalau berlakunya berantakan atas sebab memang tak dapat diselamatkan. memang salah kedua belah pihak, nak buat macam mana. Kembalilah kepada statement, semuanya sudah ditetapkan oleh Allah Mungkin ada hikmahnya.


Perlu diingat, bila jatuhnya talak itu.. bergegar tiang arasyh Allah. Allah sangat membenci perceraian. 

"Perbuatan halal yang paling dibenci ALLAH adalah penceraian - HR. Ibnu Majah " 


Haih, dunia dah hampir sampai ke hujungnya, macam-macamkan berlaku.. tepuk dada tanyalah iman anda. Apa yang ditinta sekadar pendapat hati kecil aku. 




p/s: Saling mempercayai antara satu sama lain dan biarlah kepercayaan itu menjadi teras perhubungan yang kukuh, disamping saling memahami dan berolak ansur. Omputih kata Give and take!

8 si gojes suke membebel:

Dzasc Skachers said... [Reply]

heheheheh..
best entry :)

Unknown said... [Reply]

blogwalking

Intanberlian said... [Reply]

wadud~
hehe maceh.

Intanberlian said... [Reply]

POSH76~

tq!

Yaya MNH48 said... [Reply]

btulx3 stuju dgn post ni.. :D hehe.. :D nk share lha..

nina suhaina said... [Reply]

betul tu kak. sekarang ni bukan peduli. hak orang ke bukan semua kena kebas. erkk kat hospital pun banyak kes skandal di tempat kerja dengan laki orang..

Intanberlian said... [Reply]

Muhammad Nur Hidayat~

hehe sharelah =D

Intanberlian said... [Reply]

nina suhaina~

serious dik? banyak skandal? ceh. susahnyalah kan nak hidup aman damai.

Related Posts with Thumbnails