Friday, July 22, 2011

Resepi Molten Lava Cake yummy! Hanya 10 minit sahaja~

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


gambar ni cilok dari internet sebab cantik sangat hiasannya.


hah yang ni gambar aku buat.hehe



Pernah dengar Molten Lava Cake tak? huhu siapa pernah beli dekat Domino's Pizza  mesti tau punyelah. Peh kalau sebut Molten lava cake ni.. terbayang-bayang dalam kepala tengah-tengah dia yang best gila. pudding-like center.. kalau tak, yang cair meleleh-leleh tu.. sedappppnya! kecur air liur dah ni.. Teringin sangat nak buat sendiri.. walaupun takde bekas bernama RAMEKIN tu. Den teringin bebenorlah nak buatnya. Jadi gunakan tray muffin@cupcake pun layanlah.


Biasanya orang makan waktu panas-panas. Biasanya makan dengan coklat sos cair, vanilla aiskrim, whipped krim ke. Kalau ada lebih, boleh simpn dalam peti sejuk.. esoknya boleh panaskan balik. Oh ye, sebenarnya kalau nak buat molten lava cake ni tak semestinya gunakan Ramekin.. Boleh juga gunakan molds, custard cups atau muffin tins. Waktu cakes ni dah habis baked, tengah-tengahnya macam masih basah dan wobbly. Tapi as the cakes cool, the choc sauce in the center of the cake continue to set =D



BAHAN-BAHANNYA:

113gm  (4 oz) semisweet baking chocolate ( kalau tak pakai apa-apa coklat bar pon bolehlah)
113gm unsalted butter ( potong dadu)
2 eggs
1/4 cup flour @ 35gm flour 
1/3 cup granulated sugar @ 67gm ( agak-agak, kalau pakai choc bar yg dah manis tu, kurangkanlah gulanya)
butter for ramekin @ muffin tray



CARA-CARANYA:


1) Patahkan coklat masakan@bar Gunakan teknik double boiler untuk cairkancoklat supaya tak hangus, bila dah cair, masukkan dalam butter yang dah siap dipotong dadu, kacau sampai butter cair dan sebati.. Tapi aku masukkan dalam coklat + butter dalam microwave je. hehe senang!

2) Bila dah cair asingkan ke tepi dulu.

3) dalam bekas lain, Pukul telur dan gula sampai keputihan warnanya. (kalau nak guna tangan tak payah mixer pun boleh)

4) Masukan coklat + butter cair tadi ke dalam hasil pukulan telur tadi dan kacau sampai sebati.

5) campurkan tepung dan kacau lagi ye.

6) Ramekin @ tray muffin tu kene sapu dengan butter ye.. Kemudian barulah tuangkan ke dalam bekas acuan.

7) Bakar selama 10 minit! Gunakan teknik waterbath untuk elakkan rekahan di permukaan Molten lava cake.

8) terbalikkan ramekin @ tray muffin. dan Voila! yummy!


ni namanya Ramekin. (ceramic)


coklat bar cadbury


unsalted butter


boleh dah masukkan dalam microwave
atau gunalah cara double boiler ye.


coklat + butter yang dah cair


* disebabkan choc bar cadbury tu manis, so aku alter sikit, tambah choc powder.. jadi takdelah manis sangat. sebab, choc bar tu aku kurangkan kuantitinya. kalau guna choc masakan. tak perlulah ye.


kacau sampai sebati


bolehlah sapukan butter pada tray @ ramekin



tuang jangan sampai comot ye. hehe.


bake gunakan teknik water bath. so tak crack atas tu.






terbalikkan dia!!! 



hehe pudding-like center. love it! kalau tak nak pudding-like center, nak cair macam lava tu. ikutlah exactly 10 min bake ye. aku buat lebih sikit. so tak cairlah.jadilah pudding. ni pon sodappp!



orang ni masak guna ramekin. haih naklah juga! huhu



hiasan yang cantik~



p/s: stress therapy!

5 si gojes suke membebel:

fatt said... [Reply]

nak satu ntaaann :)

lotikus disarimankan said... [Reply]

intan, nanti bukak klinik gigi sekali dengan kedai kek tau...ngeeeeeehhhh ngeeehhhh...
dah boleh kawen dah ni(ayat orang sudah tua)

Anonymous said... [Reply]

hehe, adeh loti.part kahwin tu kene tunggu dululah. hehe..

nak buka kedai kek dgn klinik gg sebelah2. sape dah puas makan kek. sakit gg meh datang klinik kat sebelah.hehe.

Anonymous said... [Reply]

hehe, adeh loti.part kahwin tu kene tunggu dululah. hehe..

nak buka kedai kek dgn klinik gg sebelah2. sape dah puas makan kek. sakit gg meh datang klinik kat sebelah.hehe.

Nava.K said... [Reply]

lovely filling inside and so yummy.

Related Posts with Thumbnails