Monday, April 18, 2011

Review : Maharaja Lawak 2011 minggu ke-3. Nabil, Jozan dan Sepah terbaik!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Haih dah lambat lah pula nak review Maharaja Lawak minggu ke-3 ni. tapi nak juga review hehe. Minggu ni tema lawak mereka ialah Komedi Muzikal. hmm, memang agak mencabar nak menguji skill diorang melawakkan. Bukan senang nak melawak sambil bernyanyi ni. Ramai yang cakap Nabil best, Jozan lagi hebat dan Sepah lagi terbaik.. Apa-apa pun, pendapat dan citarasa setiap orang berbeza-beza bukan? So pendapat aku? Jozan, Nabil dan Sepah memang mantap terbaik wok! Yang lain tak payahlah den kabor. ye dok?


Akhirnya WAI dan XN3 tersingkir selepas minggu kedua. 


1) Nabil


Photobucket



hehe aku sokong Nabil terbaik, sebab bagi aku lawak Nabil ni lain daripada yang lain.. Nabil memang kreatif. Dari minggu pertama.. sambung kedua lawak bersiri memang tak mengecewakan. Bermain dengan lalat? Siapa terfikir nak buat lawak macam tu kan. Lagi satu Nabil ni berseorangan, so lagi nampaklah kehebatan dia ni. Apa-apa pun keep it Nabil! Lagu Grenade tu.. haha. layan.





2) Jozan


Photobucket



Akhirnya Jozan dah cuba menunjukkan taringnya! yezzzaaaa! superlike! Tapi seperti kata orang ramai, bab-bab menyanyi dan muzikal ni dah memang makanan Jozan. Lagipun suara Jozan memang best pun. Tapi aku sangat kagum dengan susunan cerita lawak si Jozan yang sangat teratur dan setiap lagu-lagunya yang kena pada situasinya. Memang satu homework yang sangat mantap dan terbaik. Memang tak ada siapa boleh lawan Jozan bab-bab muzikal ni. Tengok saja waktu hoskan Rancangan Raja Lawak pun dah memang start melawak sambil bernyanyikan.






3) Sepah



Photobucket



Lawak Sepah memang boleh gelak guling-guling gitu. Bam2 cakap Sepah terbaik. Tapi aku lagi suka Nabil dan Jozan lagi.hehe. Sepah memang maintain je performance diorang, memang hebat. lawak menjadi.. muzikalnya pon best. Comel gila Syuib pakai baju perempuan. haha entah2 pinjam dress Siti Sara =P







Jambu sedikit mengecewakan, dah membazir 2 minit pertama dengan Jinkaliwanya Jinkala tu, hmm kurang sikit isi lawaknya, sebenarnya aku suka si taukeh je boleh? tak nak suka Yus. hoho. Alex suara best! Lagu pun antara yang terbaik. Man pun boleh tahan dengan kecek kelatenya. Amir kesian sangat time dia menyanyi sampai out tempo.. sampai  Shah si guitarist nak bagi gitar.. huhu, kesian memang kesian sampai Mamat, Idham dengan Apek buat gaya suruh berhenti.. Well, nama pun pelawak bukan penyanyi.hehe. Paling kesian R2 tersingkir instead of Amir. Aku lagi rasa R2 lagi mempunyai potensi yang lagi besar dari si Amir. Tak kisahlah orang nak kata lawak Mastika ke lawak internet ke, yang penting lagi lawak berbanding dengan Amir. cuma minggu ni je tak best. Ramai bebenor penyokong si Amir ni ek? 





Usop Wilcha  pun tak kurang hebatnya, nak juga menyelit.huhu suara memang bestlah Usop! cayalah! haha aku rasa Usop ni pun boleh join sekali ML agaknya. kome, kome, kome, kome, kome, kome, kome, kome fullstop!


p/s: Kesian R2 terkeluar, Orang kata tak ada rezeki. 

9 si gojes suke membebel:

nina suhaina said... [Reply]

sepah ngan jozan memang best. suka tengok bila jozan bleh kaitkan lirik satu lagu tu ngan lagu yang lain. memang terbaik la. hihi..

PReDicToR said... [Reply]

daku sokong JOZAN!!!

Mr feckry said... [Reply]

nabil, jozan , sepah, ngan jambu je wa suka

dinie muhaimin said... [Reply]

aku rasa sepah paling bagus minggu ni... tak puas tgk walau byk kali ulang... 2nd jozan... 3rd man. sorry, bg aku nabil punya lawak minggu pertama n kedua lagi baik malah untuk 2 minggu pertama bagi aku nabil yang terbaik.

Azza Firza said... [Reply]

yeahh , azza prefer sukaa bangbil dengan jozan sajork , idea tak putus2 , heee

CikLilyPutih said... [Reply]

paling suke sekali usop wilcha lah kelakar betui lah

mie said... [Reply]

jarang layan maharaja lawak ni..
nasib baik ada review disini..
eheheheee

Diyana said... [Reply]

nabil kreatiff

Affieza said... [Reply]

Jozan paling best klu bab2 nyanyi ni...suara diorang mmg best...hehe

Related Posts with Thumbnails