Tuesday, December 21, 2010

Nak pandai makan tahi cicak?

www.tips-fb.com

Salam readers,


dulukan zaman kecik-kecik ada tak rahsia ke perkara menarik yang korang semua buat sampaikan sekarang ni pun mak ayah ke makcik pakcik selalu sebut-sebut.. huhu.. kadang-kadang agak menarik gak bila imbau zaman kecik-kecik. teringin sangat nak kembali ke zaman kecik-kecik. selalu ikut je mak ayah pergi mana-mana, tidur pun bawa ketiak mak.heee. bestkan. sekarang dah besar ni pun sesekali balik mesti aku nak tidur peluk mak aku.. 


hmm, mak ayah pakcik makcik atuk nenek dan segala kerabat akulah kerap gila usik aku.


" kalau nak jadi pandai macam along senang je"


pastu semua pun dah tersenyum sipu-sipu.ada pula yang menyambung ayat kat atas tu.


" makan taik cicak " gegak gempita semua gelak.


cehhhh dang tak! itulah ayat femes kalau nak ungkit cerita lama aku.huhu. mak aku kata, dulu masa aku kecik-kecik.. bila semua tengok aku hilang je, mesti semua cari aku.. bawa mejalah, tepi almarilah.. maklumlah aku ini anak sulung, cucu sulung pula tu. memanglah jadi kesayangan ramai.haha. 


" eh kenapa mulut intan ada hitam-hitam ni kak?" tanya makcik pada mak aku.


" eh entahlah. cuba kau bau sikit dik "


" laaa kak anak kau makan taik cicak ni haa... dah habis telan. sedap agaknya " 


yuckkkk takkkkkk. euwwww takkkk.. hahahaha. selepas itu intan dan taik cicak dah menjadi sinonim dah, pantang aku hilang je, mak aku kata pergi cari taik cicaklah tu.haha. jangan tanya aku rasa macam mana, aku tak pernah cuba lagi sejak akil baligh.. sampai sekarang makcik aku usik, kalau nak pandai.. hah makan taik cicak macam along tu.. 



satu lagi usikkan best, mak aku kata aku ni pemalu.. kalau aku hilang dari depan mata orang ramai ada 2 sebab, satu sebab aku ni pergi cari taik cicak.. satu lagi sebab aku tengah nak meneran untuk berak. selalu aku amik port belakang pintu.. kecik-kecim dah tau malukan? haha. pakai pampers ke lampin ke aku tetap pergi menyorok.. bila dah selesai hajat pun aku masih duk menyorok tunggu orang tukarkan pampers.hee. huhu mak aku kata juga, aku ada habit pelik bila tidur dulu. selagi tak peluk tangan mak aku mesti aku tak boleh tidur. bukan peluk saja, aku hisap-hisap tangan mak aku. huhu.. itulah ubat tidur aku. 



bestkan zaman kecik-kecik dulu, nak apa-apa senang je, menangis kompem orang datang layan kau. pastu kau tembam pun orang kata comelnya... kau nak makan banyak pun orang kata tak apa nak membesar.. kau kentut pun orang kata eee kentut comelnya... kau gelak sorang-sorang, kau menangis, kau tidur.. semualah orang kata comel.. sekarang cuba kau gelak sorang-sorang. mahu gila orang kata.. kau tembam, makan banyak pun orang pandang senget.. kentut lagilah senget habis orang pandang.. nak berak dalam pampers lagi lah macam sewel pula.. 



dulu aku kecik-kecik aku bagitahu mak aku, nanti along dah besar along nak jadi doktor tau, along nak belajar luar negara jauh-jauh. nak naik kapal terbang.. macam best je naik kapal terbang. tapi sekarang aku rasa macam dah tak nak pergi jauh dari mak aku, kalau boleh nak duduk je bawa ketiak mak aku. bila makin besar aku dapat rasa aku makin jauh.. dan akan terus jauh. sebab itu, aku selalu ingatkan diri aku.. aku janji lepas ini apa-apa pun aku tak nak dah jauh-jauh dari mak ayah aku.. nak berbakti selagi aku masih ada peluang, nak peluk cium selagi masih ada masa, nak isi masa yang selama ini terjurang.. 



huhu oklah, hargai orang tua yang tersayang selagi ada peluang. betul. selagi tak kehilangan selagi itu tak akan rasa. syukur aku duduk jauh sekurang-kurangnya aku tahu apa perasaannya bila berjauhan dengan mak ayah. jadi bila balik saja, aku hargai setiap masa dan detik yang ada.



p/s: zaman paling best? sure zaman kanak-kanak =D. apa pula kenangan korang masa kecik-kecik dulu?

5 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

sis, rina penah dengar pasal nak pandai makan tahi cicak. haha.

adik rina pulak, kena, kalau nak pandai makan belacan~~~

manggosteen said... [Reply]

haha..mcm anak sedara aku..
berak mesti lepak blakang pintu ..

amy syifa said... [Reply]

haha...nak mkn taik cicak la..
mesti blh jadi coktor gigi..

Oreo said... [Reply]

Betul ke kak

Waa,nak try tapi geli.Haha

nina suhaina said... [Reply]

saya lak dulu time kecik2 mesti nak tidur tengah2 antara mama ngan bapa. haha.

Related Posts with Thumbnails