Saturday, December 25, 2010

Zaman sekolah takut gila dengan dentist!

www.tips-fb.com

As salam readers,



make the children feel safe and secure.


sekarang aku tengah posting di department pedodontics, kena deal dengan budak-budak keciklah jawabnya.. sepanjang aku posting dekat department ni, dah dekat sebulan pun tetapi baru hari ini aku melalui pengalaman yang mengimbau kembali zaman aku ketika di alam persekolahan. Terus-teranglah katakan aku ni sangat penakut dengan dentist..bukan dentist sahaja, malah nurses yang datang merawat dekat sekolah pun aku dah menggigil geletar satu badan. 




Tell-show and do. one of behavioural management. 



kalau dulu, bila tengok ada van klinik kesihatan masuk kawasan sekolah saja aku dah menggeletar, serba tak kena.. kepala aku asik dok ingat saja, bilalah kad hijau tu akan datang memanggil aku mengadap nurse gigi yang mengerikan. Bila setiap kali kad hijau datang aku berdebar. bila nama aku takde fuhhh tarik nafas lega. member-member kelas pula macam hantu sekor-sekor, bila nama kena panggil habis diorang dok kata, hah habislah kau.. mana tak parkinson tangan tu kan? bila balik dari kena check startlah buat cerita sakit gilalah, jarum besar gilalah.. ceh politik habis! nyampahkan?


aku ni, sudahlah ada history buat minor surgery sebab ada bisul time kecik-kecik dulu dekat belakang telinga. mungkin local anaesthesia je doktor tu bagi menyebabkan aku menendang hebat doktor tersebut. sakitlah woiiii... lepas tu mahu 4 ke 5 orang pegang aku. restraint pun aku masih mantap menendang. kesian.. siapa yang korang kesian? mesti aku kan?  disebabkan itu aku trauma ok nak jumpa doktor. walaupun demam.. sumpah aku tak nak pergi doktor.



papoose board @ pedo wrap.



jadi bila kad hijau dari kakak nurse datang, tup tup nama aku dipanggil... panggilan mauttt wehhhhh... dengan tangan parkinson aku sentap kad tu dan terus berlari ke kelas prasekolah di mana mak aku tengah mengajar. haha. aku menyorok tak mahu keluar-keluar. sampai ada orang datang pujuk aku. berkeras aku tak nak keluar kalau mak aku tak teman. maka dengan itu mak aku pun layanlah aku.. sejak daripada tu, bila kad hijau tu datang mesti kelas mak aku, aku singgah dulu.. kalau tak minta maaflah. dalam hati aku, siapa suruh sign parents consent tu kan. aku dah kata tak payah. aku pandai jaga gigi. cehhh kononlah. time tu memang aku kerek sikit.haha.




ok berbalik kepada kisah tadi, budak perempuan bernama Gayatri, berumur 11tahun ok. dah besar juga tu kan.. masa diagnosis nak check sakit apa tangan dia dah sejuk semacam. dalam hati ni, wah lain je ni gayanya. then kes tu diberi pada kawan aku si casio. kawan aku ni kena cabut gigi grossly destructed, memang tak banyak pun dah tinggal sikit je gigi susu tu, gigi kekal pun dah tumbuh sikit kat belakangnya. bila kawan aku tengok-tengok, ok sikit saja ni tan.. tak payah bagi injection (LA). kawan aku guna periosteal elevator nak try umpil gigi tu, tak kena lagi ni.. bila Gayatri tengok benda tajam tu terus dia menangis cakap "sakit" . hah?? tak kena lagi dah sakit? aiyoooo psikologi yang sangat hebat. memang permulaan yang tak berapa nak baik ni.






datang kawan aku lelaki, dia kata tutupkan mata dia, sah siapa mahu kan? memang lagilah dia tak nak. dia dok tepis tangan aku. datang lagi sorang kawan aku.. dia dah siap pujuk-pujuk, pun tak makan saman. cuba juga pegang tangan kaki.. habis bergegar satu department. gegak gempita beb. saat itulah aku teringatkan diri aku.. woo.... rasa macam sentapp je.. aku seolah-olah memahami perasaan Gayatri. cewahh. tapi, masalahnya kalau tak cabut nanti lagi teruk. kena juga cabut. datang pula seorang staff, sir dah siap pakai glove, kena bagi juga injection.. 




akhirnya, dengan  pegang kepala, mulut, tangan, badan, kaki.. sepenuh tenaga ni.. dapatlah bagi injection. tapi hanya injection.. tak cabut lagi. mak dia dah datang sebab dengar anak dia terlolong-lolong. risau... sekali lagi, pegang dengan kuat. cuba cabut.. kawan aku yang lelaki dah amik alih, Gayatri masih menjerit dengan kuat.. dengan tenaga yang kuat menendang-nendang orang yang pegang dia termasuk AKU!! pehhhh rasa sentap beb sebab teringat saat aku menendang doktor. padan muka kau tan, rasakan tendangan mantap!! pakcik attender datang dan memberi sedikit pukulan pada tangan Gayatri serta HOME (hand over mouth exercise). picit hidung selama beberapa saat supaya berhenti menangis. tetapi kena pastikan tak melebihi had yang ditetapkan supaya tak mengganggu sistem pernafasan. hebat gak pakcik attender tu mempraktikkan pedodontics behaviour management. hmm topik menarik dalam buku shobha tandon.hoho.




kemudian aku terfikir, bagaimana kalau aku menghadapi situasi di klinik di Malayia? adakah aku akan terus hantar pesakit balik sebab dah melalak melolong tu.. atau adakah aku mempraktikkan behavioural management tu. tetapi kemungkinan besar pesakit akan mengalami trauma yang hebat kan?? sudahlah doktor gigi ditakuti.. lagilahhhhhh ditakuti selepas itu... huhu. aishhh, aku kena fikirkan ini.. tapi sebelum mengaplikasikan teknik-teknik sebegini seharusnya mendapatkan parent's consent.. hmmm, kerapkali aku terfikir juga, ramai orang benci dan tak suka doktor gigi.. TAPI aku tak nak dibenci. and why m a dentist?? hoho







sebenarnya, semalam pun ada satu kes tu, cabut gigi juga, seorang budak lelaki tapi kurang pasti berapa umurnya.. around 7 or 8 agaknya. dia sedikit pun tak menangis bila kena injection malah siap tersenyum lagi selepas gigi dicabut. memang mengagumkan.huhu... tapi tak semua kanak-kanak macam tu, malah orang yang sudah meningkat umur pun masih mempunyai perasaan kurang senang untuk pergi mendapatkan rawatan di klinik gigi.. as a dentist, i always remember these words, " make the treatment as painless as possible, especially extraction, it's not about pulling the teeth from the patient mouth but it is about to treat the patient. once u make it painful, and your career as a dentist might be gone. since they will tell others not to go to your clinic!"




p/s: susah betul nak pujuk budak kecik dalam tamil. aiyo.

2 si gojes suke membebel:

nina suhaina said... [Reply]

part cabut gigi ok lagi tapi kalo part nak tampal gigi memang haru. haha.

Semarak Api said... [Reply]

sy dr kecik smp beso tkut nk jmpa dentist..adoii..my mom pnh pg cbut gigi,smp kabur mata die effect dr doc tu cbut.huhu..

Related Posts with Thumbnails