Saturday, January 22, 2011

Majalah DARA.COM Feb 2011 : " Intan, terokai dunia perubatan di India " | Aku sayangkan India sebenarnya!

www.tips-fb.com

Salam readers,


wweee, lama sangat aku tak update blog ni, ehem. cerita dah basi tapi aku tetap nak cerita. sebelum ni entah apa masalah dengan wireless hostel yang macam kura-kura sakit kaki ni.. memang tak boleh nak buka blogspot. word blogspot tu sendiri dah kena banned!! aigoo.


ingat tak aku pernah bagitahu yang wartawan dari majalah DARA.COM  ada nak masukkan kisah pengalaman belajar di India di LINK SINI. untuk keluaran FEB 2011. dan dah keluar pertengahan bulan Januari hari tu. hmm nak dijadikan cerita, kebetulan sebelah kedai makan atuk aku adalah sebuah pasar mini.. sepupu aku pergi ke sana nak membeli barang, then akak kat kedai tu kata ada muka aku dalam majalah. terus sepupu aku call mak aku... haih sah2 mak aku dah terlupa. jadi dengan baik hati makcik aku pun scan dan upload kat fb. dan2 time tu juga aku suruh BAM2 beli.hahaha.. 






Bam2 kata, akak kat kedai tu pandang sengetttt je kat dia sebab nak beli DARA.COM.hahaha.. 



" kak mana satu buku dara ni?" (lupalah tu ada perkataan COM, manalah orang tak pandang senget!)

" hah dik? buku dara? " haha dah semua akak2 kat situ makin sengettt pandang bam2!

" eh kak bukan untuk saya ni.. pertama kali beli ni kak.. orang kirim.." wakaka. padan mukaaa bam2. hah tahu menggelabah...=P



maafkanlah senyuman lebar tu ek. lebar dah macam iklan ubat gigi.



pastukan ceh ada juga suara sumbang kawan-kawan BAM2. sampai hati tak sebut nama ko BAM2. haha. maaflah sayang.. ni i nak sebut ni...


" terima kasih tak terhingga atas pendidikan guru-guru dari sekolah rendah dulu, Sek.Keb Paya Dalam.. SMKA Sharifah Rodziah dan Sekolah Tun Fatimah.. dorongan, pendidikan, sokongan dan doa dari mama, ayah, adik-adik tersayang, kaum keluarga.. sahabat handai.. dan yang paling tak dilupakan seseorang yang sangat memahami diri ini Danial Izzat Minhat. kejayaan diri ini bukanlah kerana diri ini terlalu bijak, bukan juga kerana cerdiknya diri ini, tetapi hasil usahaku dan orang-orang disekeliling diiringi dorongan, sokongan dan doa dari mereka.maka aku boleh berdiri dengan bangga di atas kaki sendiri di bumi India ini. malah selamanya aku akan terus berusaha untuk menjadi yang terbaik, kerana tanggungjawab yang dipikul bukan sahaja terhadap diri sendiri.. malah harapan mama, ayah, keluarga, Danial dan masyarakat Malaysia"


yepp, sepatutnya begitu bukan. huhu.. ye aku akui.. kejayaan seseorang itu bukan sahaja terletak pada dirinya sendiri.. sebab itu orang pernah berkata, dibelakang seseorang lelaki yang berjaya mesti ada seseorang wanita.. tidak kiralah sama ada ibu, isteri, adik, kakak, tunang atau pun teman wanita.. ye begitu juga aku.. kejayaan aku bukan milik aku seorang.. malah semua orang disekelilingku sejak dari kecil sampailah aku dewasa. namun, segulung ijazah belum lagi boleh dikatakan kejayaan selagi ijazah itu tidak diaplikasikan ke jalan yang sepatutnya. itu pegangan aku.. zaman SPM sudah lama berlalu.. sudah menjadi sejarah bagi aku.. begitu juga zaman ketika di kolej. sekarang, masa akan datang yang seharusnya aku tempuh dan fikirkan.. iaitu alam pekerjaan. di mana perkhidmatanku sebagai doktor gigi bakal diperlukan. 







sebenarnya, aku sedikit gentar hendak menempuh alam pekerjaan di Malaysia. dari sudut hati kecilku terdetik, bagaimana sekiranya aku tak dapat buat yang terbaik? bagaimana sekiranya aku dicemuh orang jika melakukan kesilapan.. " ah namanye belajar kat india!! " memang acapkali kami diherdik mahupun dimarahi guru di sini.. malah dah menjadi santapan harian. tapi nama pun menuntut ilmu bukan. tapi bila dimarah dalam bahasa inggeris mungkin kurang rasanya berbanding bahasa sendiri. cubalah bayang kan ..



" you! STUPID!!! IDIOT "

" AWAK BODOH! BEBAL! BAHALOL! BENAK! "



Mana lagi sakit? mana lagi sentappp???? bahasa melayu kan?? sentapppp wehh! tak sentap ke? haih asam garamlah kan. hee. yang pasti siap sedia jelah kan dari segi mentaliti dan fizikal.. takpe. nak menjadi yang terbaik. ini semua ibarat pengajaran.. ambil yang wangi jeeee.. yang busuk2 pegi buang jauh2 laaaa.



heh, lagi satu pesakit kat India ni.. takdelah macam kat malaysia.. salah sikit nak saman.. hmm, menjadikan india tempat terbaik untuk belajar. bukan sebab kita nak aniaya mereka.. tapi mereka sendiri memahami yang kami masih menuntut ilmu... sebab itu, aku memang terlalu terhutang budi pada pesakit-pesakit aku kat sini. banyaknya jasa mereka semua ni. haih.. tanpa mereka semua belum tentu aku boleh bergelar doktor sekarang ni.. sampai satu ketika , masa tengah nak cari pesakit untuk buat gigi palsu ( deparment prosthodontics ). aku nak bayar makcik tu sebab dia sanggup datang 3/4 kali semata-mata demi aku dan kawan aku nak ambil exam. dah lah agak jauh juga.. sekurang-kurangnya bayar duit tambang bas. makcik tu seboleh-boleh menolak.. katanya " dia hanya nak bantu kami untuk leopas exam!" terharu sangat.. akhirnya, aku bagi biskut dan selitkan duit RS500 kat dalam tu.. besarkan jasa mereka. 



tipu gilaaaa aku tak akan rindukan india. tipu gilaaa aku tak sayangkan india. walaupun acapkali aku kutuk india. tetapi tipu gilaaa aku terlalu bencikan india.. ye aku SAYANGKAN INDIA. ala, tempat jatuh lagi dikenang. inikan pula tempat cirit birit? haha bak kata seorang pegawai JPA aku.Encik Khai.




p/s: mehlah beli DARA.COM keluaran Feb 2011. =P

p/s/s: ADA SESIAPA nak kirim Sari??? macam yang aku jual dulu di LINK SINI.. setakat ni dah ada 2 orang kirim.. siapa nak.. dalam akhir bulan FEB nanti dapat eh. boleh pilih warna. aku cuba penuhi permintaan. 

19 si gojes suke membebel:

sI tEDI said... [Reply]

tahniah intan!! senyum lebar yg manis!

Momoe said... [Reply]

fewit fewit intan dah glamer! :D

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply]

wah..masuk majalah!!best giler doooo....=]

adrinaqamarina said... [Reply]

ha part perasaan rindu tu, rina sokong sebab rina pon rasa homesick kat egypt jugak kalau balik msia. heheh.

E F F A R I N I said... [Reply]

hahaha, yeehhha :) intan fofular :)

cik kodok said... [Reply]

Ok akak akan beli.
Jarang miss sebenarnya kecuali bln tu xde mood nak membaca :P

Syahdu la plaks baca psl pesakit kat sana tu huhu.

Nana iidyLL said... [Reply]

tp ak tetap nk blk msia gak...huhuhuhu

mb sb ak juz 4bln kn..xcam ko bthn..
homesick dh ak..
mula2 smpi mmg smue xok..
tp now dh ley tolerate dgn environment kat cni..

atenchan said... [Reply]

wahh artisssss dah kak intan! :D

iEra said... [Reply]

klu maki dlm bahasa melayu sentapp gile..

tp klu maki dlm bhase tamil lak?? agak2 cane tuh? hee.. ;p

deqyalalink said... [Reply]

wow wow.. in love ! sejak bila berdara dara neh hehe... lama x jenguk , makin manthop la kak intan !

lianalovekhairi said... [Reply]

wahhh!!!intan keluar dalam majalah Dara....nak pergi belilah kejap lagi ;-) ... Cepat2xlah tamatkan pengajian..Boleh menabur bakti kat rayat malaysia pulak

.sweet-ants. said... [Reply]

ramai blogger masuk dara.com kan? ptut majalah tukar nama, blogger.com

nur said... [Reply]

treasure every momen there..

Affieza said... [Reply]

Best tu dpt masuk magazine...org knl kita smbil tu dpt bkongsi pglmn kita ngn org lain..

nina suhaina said... [Reply]

nak beli la..mesti cari ni kat rumah sok. maklumlah baru lepas tempoh kuarantin kat kolej..hehe..

Izhalicious! said... [Reply]

weyh!!aku dah beli!tapi tak baca lagi,...
ooo ada gambar ko eh dalam tu??/tak perasan plak...hahahaha!!!

jap nk tgk
.
.
.
.
.
.
.
.
eh!!ada arrrr!!!pergh...dentist...bila nk blk?nk wat scaling nih..hahaha!

.: lalala :. said... [Reply]

tahniah! sy ex-sharodz jugee. spm2010. (mude lg) ^.^

norina hakimi said... [Reply]

stuju dgn intan, walau busuk, annoying dan tak bestnye india, tapi nanti kita mesti rindu india..

puteri rimba said... [Reply]

salam perkenalan...penah jadi silent reader blog ni masa tak de blog sendiri...so skrg dah ada blog ...terus cari nak follow....

Related Posts with Thumbnails