Wednesday, January 26, 2011

Saya Kenal Sayang Saya | Lirik Lagu 150 juta by Fynn Jamal.

www.tips-fb.com

Salam readers,




hmm, entah kenapa alunan melodi dan lirik LAGU 150 JUTA bermain-main dalam minda kepala ni. huhu, memang aku tertarik sangat2 dengan lirik tu sebab sangat-sangat kena dengan diri aku ni, bila tengok lirik, tengok balik diri sendiri. opssi apesal hampir sebijik?? Fynn Jamal buat cerita pasal aku ke *lempang laju2* haha perasaannnnnn! yela, aku suka sangat-sangat semua lirik-lirik Fynn Jamal. ceritanya yang bersahaja, gayanya yang kadang-kadang agak sarkastik gitu!


tipulah siapa tak kenal FYNN JAMAL kan? huhu.


Untuk kali keseratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
“Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?”
“Apa kau buta, apa kau pura-pura suka”


Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


“Aku lagi kenal dia”


Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis, aku ini pula dawai besi


Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku, sambil berkata


“sayang mungkin baran tak kira masa
tapi sayang tahan kalau yang salah saya
sayang mungkin saja keras kepala
tapi sayang manja bila kita berdua–

saya kenal sayang saya”


Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata

Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja, kau saja boleh rasa


Rahsia kita berdua


entah kenapa dia boleh suka aku, aku sering tertanya, entah kenapa dia sanggup buat apa sahaja aku pun sering tertanya, entah kenapa dia sayang aku.. lagi aku sering tertanya.. memang aku tak cantik, aku tak comel, aku juga tak ayu, perempuan melayu terakhir jauh sekali.. aku dengan Lisa surihani jauh panggang dari api, aku dengan erra fazira wallaaa. lagilah ibarat langit dengan bumi.. nak kata lembut macam Rita Rudaini pun keras kaku macam kayu... nak kata sopan macam Heliza, mak aiiii kasar macam jalan tar aku ni...


huhu, aku dulu muka penuh jerawat.. tapi dia tutup mata. haha yeke? aku gemuk! dia kurus.. aku bulat dia lonjong.. aku pendek dia galah.. memang aku dan dia tak serasi.. dia punya rupa yang redup mata memandang.. segak dimata, senang dihati.. tapi aku? berkawat besi di gigi.. senyum pun nampak bling2! heee.  pipi dia kempis (tapi dululah.. haha), tapi pipi aku macam kuih donat! huhu.. dia kata aset! aku kata tak nak!!! nak kurus. nak pipi kempis.. tapi dia kata, kalau kempis dah jadi bukanlah AWAK! dah jadi orang lain yang saya tak kenal nanti. boleh kurus.. tapi pipi biar kembang macam donat. kata dia! haha.


aku tak romantik, aku tak punya suara seksi, aku tak punya nada yang mengada, jauh sekali menggedik.. aku tak punya suara manja.. aku tak punya suara lemah gemalai.. aku lagi tak punya suara yang bisa mencairkan hati yang mendengar.. jauh sekali serak-serak basah.. tapi aku punya suara yang unik. hahaha. sebab suaraku agak kasar. semua kata bila aku jawab phone sangat kasar! ye bukan aku mahu kasar tapi itulah aku.. kerap aku ditegur.. oiiiii jawab phone boipren ka?? macam cakap dengan samseng jalanan jaaaa? haha. kasar sangat kah? hang cakap dengan sapa? kawan hang kaa? tak! Bam2. huiii takde beza pon macam kau cakap dengan aku? haih. perlukah bezanya. yang penting hati. aku ikhlas. aku tahu dia siapa. bukannya dia itu kau. bukannya dia itu kalian. dia tetap dia. aku tahu bezanya. cuma, aku sangat susah menzahirkannya. bagaimana??? dia tegur, haih.. kasarnya cara awak cakap. ye baik! tapi sekarang tak lagi! hahaha. aku semakin lemah gemalai.. adekah? dia saja yang tahu bezanya aku dulu dan sekarang.. jadi yang lain shut up!



kata dia, walaupun luaran kasar tapi hatiku macam tisu.lembutnya lah hai. senangnyalah nak tercarik. kan bagus ku punya hati kertas. bisa mengguriskan jari. kupunya hati batu, tak bisa sakit walau dipijak. haih. itulah aku.. pantang tersalah sikit, aku merajuk.. dengan orang boleh ku kawal. boleh lagi ku elak. boleh lagi aku tak  kisah. tapi dengan dia? maaf awak... kita sensitifkan dengan awak? sebab itu kita makin sayang awak.. sebab awaklah tisu kite, awak serap semuanya air mata kitakan? kita nangis awak pujuk. orang tak tahu itu.. tapi awak tahu.. itu yang bezakan awak dengan dia. awak dengan mereka.. kita tahu siapa awak.. mereka tak tahu... awak lagi kenal kitaaa. kita lagi kenal awak!!



selalu aku keras kepala, tapi dia faham aku. aku lembutkan kepala aku balik!!! tak nak keras-keras.. kesian dia.. asik jadi dinding nak menahan kerasnya kepala aku ini. kita cuba ubah ye awak. ala awak pun apa kurangnya =P bila depan awak kita jadi diri sendiri.. kita tahu awak sayang kita seadanya. awak terima kita walau busukkkkknya kita...kan2? =D. tapi kita sentiasa wangi.haha. awaklah busuk! ok busuk tak sedap. kita tukar bucuk!



walaupun kita jauh berbeza, bagai langit dengan bumi. kita tak kisah. sebab awak tahu siapa saya, saya juga tahu siapa awak.. kalau dari jauh kita nampak awak, tak payah banyak, cukuplah dengan belakang awak. kita dah tahu dah awak tu dah mandi ke belum.. cuba teka kenapa? sebab bau bucuk awak lah.. hahahaha.


kadang-kadang aku terlebih cemburu, tapi aku sedar cemburunya aku perlukan batasan bukan? hanya kerana sayang. mungkin aku tak pernah jumpa orang sebelum dia, apetah lagi selepas dia, jadi aku tak betah membataskan cemburu itu, walaupun jauh di sudut hati aku tau, dia hanya ada aku. =D tapi emosi perempuan sukar ku kawal. awak, awak tahukan.. kita hanya sayangkan awak!  walaupun kita tak cantik macam lisa surihani, kita tak comel, kita tak ayu.. tapi kita adalah kita.. kita hanya untuk awak..  walaupun kita tak lembut, tak punya suara seksi, suara menggedik mengada.. tapi suara kita ni laaa yang selalu  awak nak dengarkan? hee. walaupun kita tak romantik macam orang lain, pendek kata.. romantik macam awaklah... tapi awak tahukan. huhu.. manja kita ni. romantik kita ni.. walaupun sebesar kuman. biarlah orang tak nampak.. yang penting awak tahu... bahagia kita, biar kita sahaja yang tahu.. orang lain.. kalau nak tahu juga. diam2.! haha.



kita suka lagu kat atas tu. lirik kat atas tu, kalau kita pandai main gitar.. kita nak mainkan lagu ni untuk awak.. tapi kita tak pandailah.. nak main gendang-gendang meja pun bunyi sumbang. monyet kalau dengar pun mesti ingat gempa bumi punyaaa.. kita tak pandailah.. kita nak nyanyi, tapikan kita selalu sangat lari tune. (T.T).. aish, selalu sangat kat karok tu. awak tegurkan.. tak mo dah la nyanyi. selalu lari tune. salah liriklah. jadi kita pun letaklah video orang lain nyanyi. takpekan?



ok papai. kita sayang awak. tak sayang orang lain. alaaa, mama dengan ayah mestilah kita sayang.. awak ni. kita nak awak jadi teddy bear boleh? tahu tak kenapa? sebab teddy bear, makin lama teddy bear ni.. orang makin sayang.. sebab makin lama, memori itu semakin bermakna.. masyamnya pun makin kuat.. heee. jadi nak awak jadi teddy bear. berapa lama pon, walaupun dah bucuk pun. iaaa makin bermaknaaaa.. macam AWAK!



saya kenal sayang saya!

right? =D




ni Ainan Tasneem cover. hm lain sikit dengan suara fynn.
siapa tak kenal Ainan kan? huhu.
aku tak punya suara semerdu ini.
jadi kupinjam yeee.




ni Fynn Jamal.




p/s: sorry kalau tak dapat reply komen dan kunjung balas ye. tenet cam cipan. tak boleh buka blogspot!

p/s/s: menanti minggu depan dengan tabah. hee. harap semuanya berjalan lancar..amin~ 

4 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

ainan ni cantik kan akak? hehe.

kadang3 rina pon pk mcam akak pk jugak, tapi pecayalah, di mata dye, akak lah paling istimewa :)

saya kenal sayang saya kan? hehe

Si DauN CeRi said... [Reply]

salam.

kte suke bace kisah kak intan ngan bam2 akak tu.. shuit sangat!
kte doakan akk ngan die berkekalan..amin.. :D

nina suhaina said... [Reply]

mari kita bukak kelab baru kak..kelab "kami bukan penyanyi" ekeke..psst..memang romantik dow lagu fynn jamal ni..

Anonymous said... [Reply]

saya kenal pemain saya

Related Posts with Thumbnails