Saturday, July 23, 2011

Bila berkata tentang 'Indian Muslim wedding' di India.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Bila orang cakap negara India, memang ramai yang tahu.. Arranged marriage. Memang kebanyakkan orang India, hampir semua sebenarnya yang masih amalkan arranged marriage by parents ke families ke. Bukan itu sahaja, kebanyakkan mereka menghalang percintaan atau perkahwinan berlainan kasta apetah lagi berlainan agama dan bangsa. Memang cabaran agak hebat sekiranya berlainan kasta, agama, budaya dan bangsa ni nak berkahwin. Sampai ada antara mereka yang berpasangan ( mempunyai hubungan cinta) pada zaman kolej tetapi bila habis kolej habis macam itu je, sebab mereka sendiri sudah tahu at the end bila nak settle down mesti ikut pilihan keluarga. Keluarga yang lagi penting dalam mencari pasangan atau jodoh seseorang. 


Pernahlah aku tanya seorang rakan (INDIA MUSLIM LELAKI), bagaimana dia nak cari bakal isteri.. Dia kata, nanti keluarga akan mencari bakal isteri.. tetapi bukan latar belakang isteri yang dilihat, pertama sekali latar belakang keluarga, dari segi ilmu agama, latar belakang kaum kerabat, sanak saudara, akhir sekali barulah dilihat dari aspek si gadis. Bukan senang bagi mereka nak mencari pasangan. Ada tu, dah elok-elok pilihannya, tiba-tiba pihak lelaki minta DOWRY yang sangat mahal tak terjangkau dek akal. Gila kau nak emas sampai 100-200 pound. mahal kot emassss. dah tu nak siap tanah, kereta, rumah.. DUIT lagi. bukan main-main ok.. banyakkkk! boleh sampai ratus lakhs dan kror. lagi-lagi kalau yang ada title DOKTOR TU. huhu. gilaaaa. nak bergolok-gadai. Itu kalau seorang anak perempuan.. kalau 2,6,10 anak perempuan tu.. kan ke papa kedana jadinya. 


Memang realitilah kalau kita tengok cerita tamil ke hindustan ke.. yang sampai pinjam ceti haram, bergolok gadai nak kahwinkan anak. Ada yang sampai nak bunuh diri kalau tak dapat kahwinkan anak perempuan mereka. Realitinya memang wujud orang yang membunuh anak perempuan dari kecil sebab tak mahu menanggung susah payah untuk mengahwinkan mereka nanti. Begitulah hebatnya penangan dowry ni. esh. Then, kata si kawan aku ni.. Kadang-kadang tujuan si lelaki minta dowry banyak-banyak bukannya apa.. duit itu akan mereka gunakan pula untuk si bapa mengahwinkan adik perempuan mereka kelak. 


Agak seram juga sebenarnya sebab kena kahwin dengan orang yang kita tak kenalkan. Bukan macam dekat Malaysia ni.. Kalau keluarga yang carikan pun, masih lagi bagi peluang untuk kenal hati budi.. kalau tak sesuai bolehlah putuskan. orang kata tak ada keserasian. Tapi kebanyakkan orang India ni pula, keputusan di tangan keluarga. suka atau tidak keluarga yang tentukan.. Ada juga yang tak kenal langsung bakal pasangan, hanya tahu bila dah kahwin nanti. Adoih scary jugakan. Yang kagumnya, mereka semua dah biasa dengan custom sebegitu. Begitulah unik dan incredible nya India. 


Al-kisahnya kawanku si Fabita ni, suaminya ialah rakan baiknya ketika kecil dahulu. Juga anak kepada kawan si ayah. Si suami jatuh hati kepada si gadis lalu merisik-risik. Bila sebelah pihak lagi dah bersetuju, maka urusan pun disegerakan. Mahar (mas kahwin kalau tak silap aku ni maksud diorang), si gadis menerima 2 bentuk cincin emas, seutas rantai emas dan seutas gelang emas. heee cantik wehhhh! Memanglah orang kaya. 


Minggu lepas aku dan 2 orang kawan pergi Pallakad, Kerala. Tujuannya? Nak penuhi jemputan Perkahwinan dari seorang batchmate perempuan Muslim. Haih dah lama teringin sangat-sangat nak pergi tengok India Muslim dekat India ni kahwin macam mana. Sebenarnya, Fabita ni dia nak tunang je tahun ni, dan Majlis Kahwinnya tahun depan. Tapi instead of tunang, pihak keluarga mencadangkan nikah.. So, kiranya Reception tahun depan. Orang Malaysia cakap nikah gantung.. sebab nikah je, tahun depan baru sanding. Macam tu lah kiranya. 


Perjalanan ambil masa lebih kurang 4 jam lebih juga naik train. Lama dah tak naik train.. Rasa macam eksited. huhu. Naik-naik keretapi, seats kami sudah ada orang duduk. Terpaksalah merantau cari tempat lain. Lebih kurang selepas 3jam macam tu, tibalah satu perhentian.. Tiba-tiba ramai orang pula nak duduk compartment tu. Datang seorang makcik nak duduk.. Kami pun bagilah seats.. duduk rapat-rapat sikit. Dah macam sardin pun ada. Tiba-tiba entah siapa datang marah kami sebab duduk tempat orang lain. Sedih gila kena marah. Siap kena halau. Pergi tengok balik seats kami... dah kosong. Nasib baik kosong.. adalah juga tempat nak duduk.



Lama tak naik train, bau ikan. Dari mana datang entah..haha. adeh tu lah Indiakan. Dari bau hancing baik bau ikan. Malam itu, duduk hotel yang disewa oleh keluarga Fabita. Esoknya, ingatkan naklah juga turun round-round area hotel.. Tapi hujan lebat. selebat-lebatnya. Memang bergelumang atas katil layan TV lah, nak pula makan senangnya, main order dari bilik. GEMUK! huhu. Petang tu bersiap, sampai-sampai.. Fabita baru nak bersiap.. Rupanya pengantin dah nikah... Adat mereka, ayah si perempuan akan ke rumah lelaki ( sebab dekat) kalau tak silaplah ni untuk upacara akad nikah. Jadi belah petangnya, pengantin perempuan bersiap-siap untuk menerima pengantin lelaki.. Pelamin dekat luar dah siap.. Jadi pengantin lelaki dan perempuan akan duduk atas pelamin untuk mengambil gambar dengan semua orang! 



Orang sibuk ni dok canangkan wedding orang Islam dekat India makanannya sangat SEDAPPPP! aku teringin benar nak rasa ni sebab selalunya wedding orang India vegetarian je kecuali wedding orang Islam. Hee, malam tu perut dah berkeroncong lagu dangdutttt. gelek-gelek dah perut minta diisi, sekali duduk satu meja adalah dalam 8 orang rasanya. Menu malam itu, Mutton beriyani, Appam, Paratha (roti canai), Chicken 65 ( macam ayam goreng berempah), fried fish, chicken curry.. SEDAP GILAAAA! haha, dalam hati cakap cukup ke makanan atas meja ni. Belum sempat hati aku menjawab balik soalan tu, ZASSSSS makanan tu ditambah, pantang luak sikit nasi kena tambah, kurang sikit ayam ditambah.. kuah dah kurang terus tukar mangkuk.. GILA EFISYEN adik-adik dan abang-abang waiter ni.. Jom keje kat Malaysia jom! huhu. hebat, mantap, cekap. Akhirnya, soalan aku terjawab! Makanan bukan tak cukup tapi berlebih.. haha. Takde peluang nak luak langsung. adeh kembang semangkuk perot. Rasa boleh lelong dah lomak malam tu kalau ada pasaran gelap.



Lepas sesi bergambar, balik hotel. Sedaplah nak tidur. Esok kena siap-siap nak balik Salem. Lepas breakfast tertunggu-tunggu abang si Fabita dan Fabita ni datang nak hantar ke train station. Lambat juga gerak. Huih paham-pahamlah orang India bawa macam mana, macam nak gugur jantung da.. Nausea! Akhirnya, kena tinggal juga dengan train. Rilek gila pergi cari tiket lain. huhu. Terima kasihlah banyak-banyak kepada Fabita dan keluarga for the hospitality. Orang India memang terbaik dengan diorang punya hospitality. Baik sangat-sangat. Terharu.


Jom layan gambar nak? Entri cecah lantai. haha.


sebelum bergerak ke rumah pengantin


sebelum pengantin berhias.



anak-anak dara


big eyes!



kebulur sangat dah.



bahan-bahan make-up, make-up sendiri je ni.



baju pengantin!



bakal pengantin. =P







hero-hero India



 pengapit yang comel.



Mengisi masa yang lapang.



Malu-malu kucing si pengantin bila pengantin lelaki datang.hehe.comel.



Pelamin sentiasa penuh dengan orang.



Makanan yang sodap-sodap belaka.



 Pasangan pengantin baru.



Big families.



p/s: Sweet memories before going back Malaysia. =D

9 si gojes suke membebel:

Affieza said... [Reply]

Great experience that u ever had...

C!k LaYLa PiPi GeBu said... [Reply]

hyeee..si gojes datang menyinggah...hehehe...

bakal pengantin ke kak intan??bila lagi ni..jangan lupa jemput yeee..

deqyalalink in-situ said... [Reply]

hemsem ah lelaki nye hahaha... kesiannnn indian neh , penat2 bercinta last2 dpt calon mak bapak jugak...

Anonymous said... [Reply]

ko makin kuruslar intan.. kongsi rhsia sikit.. hehehe..

-bulat-

Anonymous said... [Reply]

india kalau masa perkahwinan memang banyak makanan, sehingga ada yang terbuang.

Anonymous said... [Reply]

Affieza~ thank u. yep it's too valuable for me.


ciklaylapipi gebu~ hi dear gojes.wee. haha akak nanti-nantilah.dah sampai masanya kompem jemput.hehe


deqyalalink~ haha ensemkan. macam pelakon hindustan.hehe


bulat!!!! wah lamanya tak dengar citemu. huhu. aku kurus ke? hehe rahsianya? HERBALIFE =D

nina suhaina said... [Reply]

wah..meriahnya..efisien dow dak2 waiter tu..

paahsenchou said... [Reply]

salam...kak nak tnya skit boleh....? akak tauw tak pasal adat peminangan india muslim...bukan bertunang tau...ngehee~ kalau akak ada kawan yg boleh tolong...bolh tak akak suggest kat sy..tq..

paahsenchou said... [Reply]

salam...kak tauw tak adat2 peminangan india-muslim...saya bt assignmnt tntg tjuk tu...kalau akak ada kwn yg rsa2 blh tlg saya..akak blh tlg suggest kt saya tak...tq^^

Related Posts with Thumbnails