Hello readers,
yang mana satu Bam2. haha.
Lama tak menulis jiwang-jiwang ni, rasa kaku nak menaip. haha. Kugagahkan juga jemari comel aku nak menaip khas untuk si Bam2. Siapa kenal aku, siapa baca blog aku dari awal, siapa benar-benar "follow" blog aku memang kenal siapakah gerangan insan bernama BAM2 ni. walaupun bukan nama sebenar, dia sangat glamer dalam blog aku bila hormon jiwang aku melepasi had kritikal. hehe.
Tanggal 10/8 tu birthday Bam2. ok bukan nak cerita pasal tu. zas! Tanggal 13/8 tu anniversary aku dengan Bam2. Rasa gedik tak? rasa nak sepak laju-laju tak. Sibuk nak ada anniversary macam orang dah kahwin. Haha. lantaklah. whatever! tahun ni, Genap 6 tahun kami bergelar pasangan paling comel sedunia. Genaplah juga 7 tahun aku mengenali si bam2 kesayangan hamba. Lama tak? ada orang cakap kalau kau dah kahwin ni tan, anak kau dah 6 tahun T_T
Buat si dia tersayang,
perangai dia selalu tak semenggah. tapi tu yang buat
aku sayang agaknya =P
rasa macam kejap je kan dah 6 tahun, 7 tahun exactly. tak puas hati nak juga cakap 7 tahun kan, hehe. Sebab rasa lagi legend. Macam-macam dah kite tempuhi bersama, paling dahsyat.. sepanjang 7 tahun ni jugalah kite bertahan sebagai long-distance relationship. Even it's hard, we get used to it kan? Tak pernah ada sesal dalam diri ni kenal awak. Tak pernah rasa sedih mengenangkan kenapa kita berjauhan. Sebab jauh itu mengajar erti rindu, erti setia, erti kejujuran yang jelasnya awak miliki semua itu.
Ramai yang persoalkan, tak kira dari pihak awak, pihak intan.. Persoalkan boleh ke kau bertahan jauh-jauh ni? bolehkah kau percaya dia jauh-jauh macam ni? Bolehkah kau tak jumpa dia setakat dengar suara di hujung talian.. Semua tu bermain dalam kepala, ada kalanya mengganggu kesetiaan yang ada di awal waktu dulu. Tertanya, bolehkah aku percaya dia bila dia kata TIDAK, TAK ADA, TAKKAN.. bolehkah hati ni percaya dia adalah DIA yang aku kenal. Namun, semua itu di awal waktu yang kamu dan kamu bisa menggoyah perasaan yang baru saja tumbuh, orang kata bagaikan pucuk yang bila masa sahaja bisa dipijak. Kalau sekarang kau tanya aku, dengan sejujur dan seyakinnya aku mengatakan, sedikit pun tak bisa menggoyahkan perasaan aku pada dia. Kami tolak semua persoalan yang kau persoalkan. Aku yakin, dia yakin. InsyaAllah selebihnya kerja Allah.
Bila terbit perasaan yang tak enak, cepat awak kata.. Dalam hubungan ini, tak perlulah awak jaga kita, kita jaga awak sayang.. Yang penting jaga diri sendiri. Kita jaga diri untuk awak, awak pun begitu. Bukankah mudah. Kalau awak benar-benar sayang kita, awak takkan buat perkara yang boleh melukakan kita. Ada logiknya di situ. Aku berpegang pada kata-kata dia.
Mulanya hubungan ini, memang bukannya mudah. Seawal umur 17 tahun kenal awak, mula terbit rasa suka.. Mana ada mama dan ayah yang nak percaya. Bagi mereka umur muda-muda itu cinta monyet. Kerapkali mama berpesan padaku,
' betulke along ni, along tak nak ke pergi universiti dulu.. umur muda lagi. buat apa nak ada komitmen suka dekat orang. Pergi dulu, jumpa orang lain.banyak lagi pilihan dekat luar sana'
' long, kalau belum tentu suka, jangan.. jangan mainkan hati lelaki.. orang lelaki ni kalau dah suka.. lain. memang betul-betul suka. along tu, muda lagi.. berkawan-kawan je dulu.. '
My other half. He completes me.
dari ayat sebegitu, kita buktikan pada mama dan ayah. awak cuba ambil hati mama dan ayah. Bukannya mudah. kalau dulu, bila awak datang rumah je, ayah mesti keluar rumah tak mahu bertentang mata dengan awak. Begitu juga awak, takut mahu bersemuka. Namun sekarang, siapa sangka? boleh jadi teman berborak. Bila awak nak datang lawat, mama boleh masakkan lauk feveret awak. Sampaikan mama dan ayah lagi sayang dekat awak dari kita ni. huhu. terima kasih sayang. Terima kasih atas usaha awak. kita hargai.
kata mama, ' biarlah anak kita berkawan dengan seorang lelaki dari ramai-ramai lelaki. Sekurang-kurangnya kalau apa-apa terjadi senang nak cari siapa.'
haha dengar tu sayang?
budak kecik yang nakal!
Awak sendiri dah buktikan betapa sayangnya awak dekat kita. Perkara paling buat kite terharu bila tahun akhir ni, memang kite takkan dapat peluang mahu balik Malaysia. Setahun tak pernah selama itu tak balik. Awak cakap, tak apa.. nanti awak datang India. Senyum. Dalam hati ingatkan awak sekadar bergurau. Tapi bila awak bagitahu lagi selepas beberapa bulan suruh arrangekan semua cuti sebab awak nak datang India. Memang speechless. Seriously sayang? haha. Sampai mama cakap, tak apalah mama tak yah datang India, mama wakilkan Bam2 ye. teehee.
awak ni kan degil! Apa awak nak, awak cuba juga buat. Cuba yang terbaik. Determination awak buat kita jatuh sayang dekat awak. Kalau 7 tahun dulu, kita tak suka awak kerana perangai awak yang sangat annoying tu kan masa dekat PERFECT SCORE 2004. Tapi sekarang, dengan bangganya perangai awak yang suka kacau kita tu lah buat kita happy! Kalaulah waktu itu tak berlaku, i will never have u, the best my other half.
Mungkin aku tak ada pengalaman bercinta selain dia, mungkin aku takde pengalaman mahu dicerita punyai 9-10 teman lelaki, mungkin aku tak ada pengalaman keluar dengan teman-teman lelaki yang lain.. Mungkin aku tak punyai semua pengalaman itu.. Mungkin aku dah engaged with him di usia muda. Mungkin aku tak punyai peluang temui lelaki lain di luar sana. Mungkin aku tiada peluang mahu memilih yang terbaik.
TAPI,
aku tak perlukan semua itu sebab aku sudah jumpa yang TERBAIK BUAT AKU. buat apa memilih kalau sudah jumpa yang terbaik. Mungkin dia tak sempurna. Mungkin dia banyak kekurangan. Tapi, dia melengkapi aku.
Semua itu sudah berlalu, sekarang kita dah berjaya mencapai cita-cita. So, tibalah masanya giliran awak pula untuk mengejar cita-cita awak. kita tunggu awak biarlah selama mana pun. =D 7 tahun kenal dah kenal awak, tapi kite sikit pun tak ada rasa jemu dan penat. Malah hari demi hari makin sayang adalah. haha. Bila masanya tiba, InsyaAllah hari yang selama ni kita tunggu, hari yang kerap orang persoalkan akan menjadi kenyataan. Benda baik, perkara baik.. kita doa, DIA akan permudahkan. Amin.
I love you Danial Izzat Minhat!
p/s: Hope Allah grant the best for us!
25 si gojes suke membebel:
Ulat bulu dah naik dah oii.. haha! Kawin cpt2 tan ;) lg best woi.. hihi
lama gila aku tak jenguk blog ni,
kau dah jadi doktor gigi eh?.. bertugas kat mana skang?...
semoga jodoh berpanjangan, mmg lama dah 7 tahun. untunglaaaahhh. =)
akak! rina suka part jaga diri masing masing tu :)
insyaALLAH, rina doakan moga akak kekal jodoh dengan bam3 sampai syurga sana~ :)
aha.cpt kawin tan...
sedapnya nma, pggl bam2..
so suweeeeeeeeet..!
HAHAHA
kak intann! heeeeheee. sweet la baca. bam2 cair tak? :D
hee, semoga berkekalan kak! :)
panjang yer...naik haus tekak membacanya...semoga berbahagia hendaknya...hehe
semoge kekal dan bahagia sampai akhir hayat, hehe ;)
humang aihhhh!!!
7 tahun tu.ni nak kena berguru dengan intan ni. yang nak masuk 3 tahun pun kekadang macam perang dunia ke 2
aku suka baca klu ko selalu update jiwang2 nie.. teruskan bjiwang.. hehe
-bulat-
wah..5 tahun dah....=] semoga berkekalan ye....
hhehehehhe...
aah...dr dulu dh tau sape bam2 hik3...
semoga cecepat kawen...semoga bahagia2 selalu..amin...
hhehehehhe...
aah...dr dulu dh tau sape bam2 hik3...
semoga cecepat kawen...semoga bahagia2 selalu..amin...
zunitaramli~
haha aku tgh tunggu si dia masuk meminang. haha. tak masuk pinang camne nak kawen ta =P
Puteri Biru~
huhu tq dear! Alhamdulillah dah jadi dentist. tgh tggu masa je nak balik khismat dekat malaysia ni.
adrinaqamarian!
huhu tq dear, muahhh.
Ahn~
amin.hehe.insyaALLAH. SOONER.
afifa~
haha mana mungkin dia tak cair. =P
Bigdaddyz~
haha mmg suka buat entri cecah lantai ni.haha
Nurul Iman Rosman~
tq dear!~
lotikus disarimankan~
haha. takpe sabar tau. ala mula2 mmg mcm perang dunia. tapi lama2kan dah tak macam tu. sama2 dah matang kot loti.
bulat~
hehe tq. aku akan berjiwang tapi takot orang muntah pula.haha
cik lyndawawaiguana~
huhu tq dear! amin
zella y~
hehe. tq so much dear!
beb..bila aku baca blog ko ni..aku teringat lak kat diri aku...sebijik macam citer ko..mula2 kacau yang menyakitkan hati..tapi lama2 sangkut jugak...cuma bezanya aku ngan ko..aku ader kat malaysia je...ko kat luar negara..dan bezanya aku ngan ko..tahun ke 7 aku dah dapat kahwin..ko bila lagi?aku suka tgk ko ngan bam2.sesuai sangat..aku doakan semoga ko bahagia ngan bam2 dan cepatlah2 kahwin...
Post a Comment