" tak sabar nak balik raya"
" I'm home! Home sweet home"
" bershopping sakan di jalan TAR"
" bahang raya kian terasa! "
" ho ho ho balik kampung! hati girang"
dang you facebook! Status-status orang yang buat aku rasa nak tutup facebook sampai lepas raya. Mulanya hati yang utuh, hati yang nak berlagak cool, hati yang bajet takde perasaan raya ni sikit-sikit berubah arah. Kurang asam kau hati. Ada hati kau belot dengan tuan sendiri. Janji nak berlagak cool. nak berlagak tak mahu emo sebab kununnya raya last dekat perantauan. Ala 6 kali raya dekat perantauan apalah sangatkan? Dang! Ala, tahun ni lagi gempak, pagi raya dekat oral surgery. Yess jom cabut gigi orang di pagi raya.
Aku bajet cool. Aku scroll down facebook, lama-lama macam ada empangan nak pecah. Relax lagi. Macam cool habis. Ambil hp, terus call mangsa pertama dan utama. Yep the only one that I can call bila rasa empangan nak pecah. NOPE. not my mom. Kalau my mom definitely it won't stop. It never was. Makin laju adalah. At last end up make her more worried about me. I won't do that. She's my mom. Obviously she will be more touching. uhuk. Lagipun tengok jam dah pukul 1 pagi dekat Malaysia.
Bila dengar suara Bam2, masih berlagak cool.
"tak nak buka facebook dah!"
" aik kenapa? tiba-tiba je"
"semua orang pun nak letak status, balik rayalah.. shopping rayalah"
.gelak.
kelakarnya eh?
tak dapat tahan, air mata laju turun, suara dah mula berubah. tersekat-sekat sambil hidung sumbat.
"eh awak nangis ke?"
"takdelah, mana ada nangis, sejuk sini.. selsemalahhh"
"tipu, awak nangis ni.."
"TAKDELAH"
" awak cakap takde tapi ada.. "
tak dapat tahan dah. terus tersedu-sedu. deng!
dengar suara hujung dok pujuk-pujuk tapi ada senyuman dekat bibir. cesss! cesss!!!!! zassss!
kejap je, dah puas.. senyum balik. hahahahahah. ngada kau intan. tu pun nangis. tu lah rasa macam cool, rupanya tak.. keh3. Takpelah berkhidmat untuk Vinayaka Mission Kolej aku pada raya pertama. rasa bangga tak? rasa cool tak?
Aku macam dah lupa apa ye perasaan raya beramai-ramai dekat Malaysia, dikelilingi sanak-saudara, malam raya masak-masak. hmmmm sedapnya, aku dah telan air liur. Pagi raya, makan-makan. terhibur dengar suara budak-budak kecik main kejar sana-sini. Lepas tu, dok kumpul ramai-ramai kluarkan sampul duit raya sambil kira-kira. Bila tak puas hati,
' kenapa kau dapat banyak dari aku!! tak aci '
'haha sebab aku lagi besar dari kau, kau pendek.. dapat sikit je la'
Senyum simpul. Happynya. zaman aku dah berlalu. Jangankan duit raya, dapat salam tangan mama dengan ayah di pagi raya pun aku dah terlalu gembira. Lama tak salam peluk cium mama ayah di pagi raya, rasai kesyahduan raya memohon ampun dan maaf bersama. Bergambar raya. Bila last aku ada gambar raya dengan keluarga? Ades. Paling best, buat konvoi ziarah rumah saudara-mara. Happy. Bila penat, baring depan tv, layan cerita-cerita best. Yang pasti semuanya happening. Lagu raya sendiri dah jadikan happening. Oh takbir raya yang mendayu sangat mengusik kalbu. Rindu.
Takbir India takde mendayu. Bila malam dah penat masak, maklumlah hanya bergantung kepada hotplate T_T. Esok pagi tak siap masak lagi. Tengah hari makan ramai-ramai. Mama call waktu tu aku tengah mamai di alam mimpi. Maklumlah Malaysia awalnya 2 jam setengahkan. uhuk. Bila lepas makan, cuba call balik.. sedihnya takde orang layan aku, takde orang perasan aku call sebab semuanya tengah busy raya. Sedar-sedar mama nak tidur baru call balik. uhuk. sahdis. Dekat India, dah habis makan, kemas-kemas balik. dah penat. BAM! tidur dan tidur lagi. hari raya pertama berlalu di alam mimpi. NICE!
Sampaikan aku lupa perasaan raya di Malaysia. Jangan kau kata kau faham kalau kau duduknya di Sabah, tapi jarang balik Melaka. Tapi raya kau dapat balik. Jangan sesekali kau kata kau faham perasaan aku. uhuk. Lagi sedih, bila seorang demi seorang insan yang tersayang hilang.. Tahun demi tahun tak dapat jumpa, tahu-tahu sudah tiada.
Tabahlah wahai hati, mari kita berlagak cool sekali lagi, tapi kau janji ok, jangan sesekali kau belot sama tuan lagi. kau kena tabah, setabah tembok besar cina. Kena kuat dan utuh Tak mahu lagi menitik air mata, tak patut. Kau nak balik dah.. Tahun depan raya bersama ye. belum terlambat! yesss, wahai hati mari berlagak cool..
Buat bam2 tersayang, terima kasih sayang.. Terima kasih coolkan balik hati yang mengada-ngada ni kan. hee.
Selamat Hari Raya Aidlifitri Maaf Zahir Batin.
Eid Mubarak!
p/s: Kuih raya yang mama pos nak habis dah. =.=' .
7 si gojes suke membebel:
alaaa kak intan jgn la sedih.
perjuangan belum selesai tu. nnti raya la puas2 kt malaysia dgn org tersyg. hehe.
selamat hari raya kak intan ! ^^
selamat hari raya kakak :)
semoga lepas ni KKM bagi kakak posting kat melaka..dekat ngan family :)
selamat beraya di perantauan~~
jangan sedih2 okeh. nnt boleh jgk beraya kat sini. =)
sabaaa je laa kan.. :) tp tak semua dpt pglman mcm yg akk dapat kan? dat's da advantage.. cool ;D selamat hr raya jugak :)
tabahlah duhai hati.selamat hari raya di perantauan! at least u got the feeling missing ur family very much instead of other ppl dat dont really appreciate their family sbb family depan mata 24/7 ( merepek di blog org )
i know how u feel deknon..akak dah 3thn tak cium tgn makpak d pagi raya gak ni, ilang dah semangat raya.. dah rasa mcm raya tu semata2 cuti panjang je..
and yes! FB did not help at all!stress tgk status2 kengkawan..sibuk up status raya, then suddenly everyone STOP, sume sibuk makan lemang rendang! huwarrrghh im alone~!
walaupon akak duk kg. tetap sedey bace post dik non.. da berkace2 da nih.. taun depan raye bersame yerk.. dtg la umah.. hihihi
Post a Comment