Tuesday, December 21, 2010

Kisah Pengalaman di India dalam FOKUS SPM 2010 dan DARA.COM FEB 2011.

www.tips-fb.com

Salam Readers,



ingat tak dulu aku pernah buat satu entri bertajuk Pengalaman di India; cerita disebalik gambar.. entri itu aku post sebab kak naimah ada invite aku untuk ruangan DARI KAMPUS KE KAMPUS untuk majalah FOKUS SPM... ruangan itu lebih kepada interview sebab kak naimah ada hantar soalan-soalan tertentu melalui emel dan aku jawab bersertakan gambar-gambar. Kemudian ada juga aku tanyakan pada kak Naimah tu, bila artikel tu akan keluar.. tapi tak ada jawapan. 



kemudian satu hari itu, seorang kawan aku ada bagitahu aku, cerita kau masuk FOKUS SPM. sebab seorang sahabat kepada kawan aku ni seorang cikgu, mungkin sebab itu dia tahu. tapi aku pun tak tahu keluaran mana. huhu.. bila aku balik malaysia pula hari tu, adik makcik aku cakap dia beli FOKUS SPM ada gambar aku, profil aku dan kisah pasal india dan universiti aku. entah berapa orang cakap tapi aku masih tak dapat-dapat nak tengok majalah tu.. dengan baik hati, adik kawan aku telah ambil gambar pastu tag aku kat facebook. haha. jadilahkan walaupun tak berapa nak clear.. 










terbaru, seorang wartawan dari majalah DARA.COM ada message aku di Intanberlian's blog. nak minta izin untuk masukkan kisah yang sama dalam DARA.COM untuk segmen 2 BENUA. Fiza kata semua cerita dan gambar akan diambil dari FOKUS SPM cuma Fiza nak minta izin gambar aku seorang.. dan insyaAllah ini untuk DARA.COM keluaran FEB 2011. Fiza kata boleh dapat kat pasaran pertengahan Januari 2011.






huhu tunggu dan lihat sajalah kalau ada nanti ek.. hmm dalam FOKUS SPM tu memang siap lengkap profil diri aku sampai result SPM pun ada. huih malu juga aku orang semua tengok result spm aku.huhu tapi zaman tu dah berlalu..heee.  nak kata hebat dulu tak adalah hebat mana macam si Amalina Che Bakri tu.18 A1? entah aku pun tak ingat.. tapi syukurlahkan.. agak-agaknya nanti adakah kisah aku tu boleh memotivasi atau membangkitkan semangat juang bakal-bakal pelajar yang akan ambil SPM nanti. huhu wallahualam. huhu apa-apa pun SPM tahun ni dah nak habis ke dah habis ye? aku dah lost track pasal SPM ke PMR ni.huhu. 



bagi aku SPM dulu memang zaman yang sememangnya rasa nak pecah kepala. yeke? huhu. 2 tahun belajar untuk SPM kan.. memang sememangnya agak mencabar. dan SPM itu yang menentukan masa depan kitakan. bukan bermaksud orang tak berjaya SPM tak boleh berjaya dalam hidup bukan begitu sama sekali. malah kalau kita rajin bekerja tak kisah pekerjaan apa pun kita boleh berjaya yang penting keikhlasan kan. huhu.cuma kalau nak pergi ke bidang professional seperti doktor,engineer dan sebagainya SPM itu seolah-olah batu loncatan yang sememangnya kita anggap seperti selangkah ke arah cita-cita.



zaman dulu, aku sekolah asrama penuh.. semua cikgu berlumba-lumba nak buat kelas tambahan sampai ada yang bermasam muka sebab nak buat kelas tambahan untuk kami.. paling aku ingat STF terkenal dengan betapa hebatnya ADD MATH dan MATH MOD (hoho poyo jap). jadi cikgu-cikgu yang berkaliber tu semua nak melatih tubi kami agak mencapai standard yang dikehendaki. bukan sahaja nak mengekalkan keputusan senior malah nak memperhebatkan lagi. masa tu, aku rasa tengok nombor saja dah naik muak. dah nak muntah buat addmath. terus-terang aku cakap aku rasa masa itu aku agak hebat addmath.haha. math mod lagilah macam hujung jari. sampaikan cikgu aku cakap " awak kalau tak dapat A MATHMOD awak GILA!!!" huhu. siap kena cakap lagi siapa yang fail kena buat pasukan kawad bersepanduk "SAYA FAIL MATHMOD" hihi. malukan. tapi Alhamdulillah aura cikgu-cikgu math semua tu memang sedikit pun tak merugikan. cuba tanya aku addmath kat aku sekarang.. HANCUR LEBUR.... haha. yang aku tahu pasal GIGI semata.lol.




lagi-lagi sejarah, nak hafal.. mak aihhhh. memang menguji jiwa dan raga. huhu.. banyaknya nak kena hafalkan.. fizik, kimia bio.. huih. huhu tapi bila lepas SPM tu betapa leganyalah kan. heee. bila teringatkan homework. adeh.. cuti seminggu homework macam berbulan-bulan. gila tak? separa gilalah juga. mak aku kata, kenapa cuti along macam tak cuti.haha. normallah hidup di STF. Aku rasa mana-mana sekolah pun macam tu kan.. tapi yang pasti homework tak pernah siap walau struggle macam mana pun.huhu jadi daripada cuti aku habis macam tu, tapi akhirnya homework tak siap. baik takyah buat!!! huhu.  tapi honestly tanpa latih tubi dari cikgu-cikgu dulu haih mana mungkin aku berjaya sampai sekarang. berjaya macam mana pun aku, penghargaan tetap kepada guru sebab guru @cikgu lah segalanya tempat kita bermula menimba ilmu. sebab itu, sampai tua pun seorang cikgu itu tetap dipanggil CIKGU. itu membuktikan betapa besarnya jasa dan peranan seorang guru.




p/s: hargai guru sebab guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi kita. klasik tak, macam puisi zaman sekolah dulu-dulu.

12 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

wah, bestnye, tapi tak dapat baca. :(

simpan satu copy untuk rina eh ;;)

Syima Emi said... [Reply]

saya mmg suka baca blog ni.. terkekek2 kdg2 baca pengalaman2 kat india...

mama affan said... [Reply]

waa..bagus2..nanti glamer la adik akak sowang nih..:)

bulatkocik said... [Reply]

ptutlar jarang dtg jenguk aku... rupanya dah pemes lOrh.. pasni rmai lar dtg nk amik sign dekat uma ko..hehehe..

nina suhaina said... [Reply]

oh, ok2..mesti beli DARA.COM feb nanti ni. rugi lak kalo tak baca kisah akak :)

Unknown said... [Reply]

xdpt bace dlm fokus spm..dara.com la plak nnt..nnt bgtau kalo keluar..hehe

dara.com xmau ltk org yg belajar kat malaysia ke??haha

iidyll iceness said... [Reply]

ehem......lm xlawat blog ko....:)
sowi dear...busy lar\...

A-N said... [Reply]

waaa. kak intan femes :)

Ali ridha said... [Reply]

minat belajar kat Malaysia atau Asia sahaja.hehehe........

Unknown said... [Reply]

waaa...masuk majalah..hehe

mcm artis sat~

Semarak Api said... [Reply]

owhh..dedua terbitan karangkraf tu.tmpt akak kje.hehe.tahniah2!

Merah-Merah Semarak Api

siti hazreen said... [Reply]

'p/s: hargai guru sebab guru ibarat lilin, membakar diri demi menerangi kita. klasik tak, macam puisi zaman sekolah dulu-dulu.'

kat sekolah tadi, penceramah isra' mi'raj cakap kat murid, awak jangan jadi lilin, awak kena jadi lampu stadium haha :)

Related Posts with Thumbnails