Monday, December 27, 2010

Pengakuan berani mati SAYA GAY, SAYA OK!

www.tips-fb.com

As Salam


hmm bila aku terjumpa video ni dari OHBULAN, aku sedikit tergamam dan terlopong besar yang sememangnya agak besar.  mungkin Malaysia atau pun Melayu semakin open minded? atau semakin berani menegakkan benang yang basah?


Azwan Ismail, 32 merupakan seorang jurutera, penyair dan penulis. dia ni telah dipilih untuk menyertai kempen ' Seksualiti Merdeka' yang mendapat sokongan daripada pergerakkan It's Get Better Project.







tapi siapalah kita nak menghakimi orang lain walaupun terus-terang kita dah tahu ia salah dan bertentangan dengan agama. orang akan kata, satu jari kita menuding ke arah orang lain, maka 4 jari lagi tertuding ke arah kita. tetapi kadang-kala tak salah mendengar kata orang sekiranya kita sendiri yakin bahawa kita ni tergelincir atau tersasar dari landasan-Nya dan tiada kekuatan nak melangkah ke arah-Nya. ambillah kata-kata orang sebagai kekuatan diri jika kata-kata mereka itu benar. walaupun kita tak memahami perasaan mereka yang homoseksual tapi perlu diingat ia perbuatan yang sangat salah di sisi agama. ingat sahaja contoh KAUM NABI LUTH A.S dulu.. jadikan pengajaran semua ni.. takkan nak berulang lagikan. tak ingatke dulu Kaum Nabi Luth dihancurkan oleh Allah Taala.aish, bangga betul dia kata dia semakin konfiden sejak buat pengakuan bodoh ini. 



hmm, pendapat aku.. it's just so wrong untuk membuat pengakuan sebegini. Nauzubillah..


dan aku jumpa komen ini di bawah video tersebut,

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak ...di kalangan mereka” [Hadith Riwayat Muslim]
Ini bermakna kita boleh menegur kemungkaran yg berlaku tetapi jgn sekali-kali mencerca dan mencela mereka dan seterusnya menganggap diri kita lebih baik dan mulia drpd mereka. Berilah teguran dgn penuh hikmah dan penuh dgn sifat rendah diri dan tawaduk. Wallahu a'lam (nasihat utk diriku sendiri dan sesiapa yg sudi berkongsi)


sama-samalah kita doakan moga Allah beri hidayah untuk elakkan daripada saudara ni makin tersesat jauh.. SAYA GAY, SAYA OK. this is so wrong. bak kata OHBULAN, sini bukan NEWYORK CITY tapi KLCC.



p/s: kegembiraan di dunia hanyalah sementara.

8 si gojes suke membebel:

-telOrDibAsuh- said... [Reply]

hehe
hai sy telor..sy ok.. hahhaa

man yusoef said... [Reply]

dia ni sakit mental kot..haha

Pn Razlina said... [Reply]

wah. sangat bermakna entry ni. aku pun bengang masa mula2 tgk vdeo ni. naseb ko bg kata2 nasihat..

jay said... [Reply]

bile dunia dah nak akhir zaman

http://sukasuki2u.blogspot.com/2010/12/soalan-dan-jawapan.html

IntanBerlian said... [Reply]

telor dibasuh~ huhu telorrr ye awak ok!

IntanBerlian said... [Reply]

man yusoef~ haish dunia nak terbalik da.

IntanBerlian said... [Reply]

lynnn~ kite doakan je la dia ni cepat2 terbuka hati dapat hidayah.

IntanBerlian said... [Reply]

jay~ hmm ye. tepat sekali.

Related Posts with Thumbnails