Tuesday, January 04, 2011

Resepi Kek Coklat Moist yang lebih mudah,sedap dan moist | Happy birthday Casio!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



last time aku ada kongsikan resepi kek coklat moist di RESEPI KEK COKLAT MOIST MUDAH, ok kali ini aku nak kongsikan resepi yang aku rasa coklat keknya lagi sedap dan moist.. aku dah cuba resepi ni sebanyak 3 kali.. memang sedap. aku suka yang moist-moist ni.. so bagi aku ni resepi yang terbaiklah aku pernah cuba.. so tak rugi korang yang peminat kek coklat moist pun nak cuba. hee, aku ni memang suka mencuba pelbagai jenis resepi kek coklat. sebab apa?? sebab bam2 suka sangat dengan kek coklat. haha so kira ni nak improve skill la.. sekarang dah adalah improvementnya sikit. hahaha. perasankan? * lempang sampai pengsan*



baru-baru ini, aku ada bake kek coklat moist ini sempena birthday best friend aku. ni aku kongsikan resepinya.







BAHAN-BAHAN

3/4 cawan serbuk koko Hershey's ( aku suka guna Hershey's, so terpulanglah nak guna jenis lain ye)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 cawan gula ( selalu aku guna 1 3/4 je, tapi kek kira takdelah manis sangat)
1 1/2 sudu camca baking powder
1 1/2 sudu camca baking soda (sodium bikarbonat)
1 sudu camca garam
2 biji telur
1 cawan susu (aku guna susu segar)
1/2 cawan minyak sayur ( aku guna sunflower oil)
2 sudu camca esen vanilla
1 cawan boiling water.



CARA-CARANYA:

1) pukul telur sampai kembang.

2) campurkan semua dry ingredients tadi iaitu serbuk koko, tepung gandum, gula, baking powder, baking soda, garam. kacau sampai sebati.

3) kemudian bahan-bahan kering tadi dicampurkan telur, susu, esen vanilla, minyak sayur dan pukul sampai sebati. lebih elok gunakan mixer with medium speed selama 2 minit. kalau takde mixer, pukul biasa pun layanlah tapi pastikan sebati tau.

4) kemudian dah sebati bahan-bahan tadi, masukkan boiling water tadi ye.. kacau lagi sampai sebati. memang bancuhan tadi akan sedikit cair ye..

5) sapu minyak pada loyang dan alaskan kertas eh untuk elakkan melekat nanti.. tuang bancuhan tadi ke dalam loyang.

6) preheat oven 177-180 celcius selama beberapa minit.

7) bakar kek dalam oven 177-180 celcius selama 30-35 minit, gunakan api atas dan bawah.

LOYANG  berdiameter 9 inci.


KALAU NAK DIJADIKAN DALAM BENTUK CUPCAKE PON BOLEH.

penuhkan bancuhan 2/3 penuh cup. bakar untuk 177-180 celcius selama 22-25 minit.
bancuhan ni bolehlah dapat dalam 30 cupcakes.

CUP berdiameter 2 1/2 inci.








TOPPING FRESH CREAM + KOKO
kemudian aku tambahkan toppingnya. topping kek kawan aku tu, aku gunakan fresh cream campurkan dengan hot choc punya powder tu. so tak perlu dah tambah gula. manis pun sedang-sedang saja. takdelah pahit takdelah manis sangat.


CHOCOLATE FROSTING (bolehlah nak buat topping juga ni, tapi aku tak pernah try yang ni lagi)

bahan-bahannya:
1/2 cawan butter
2/3 cawan hershey's koko
3 cawan powdered sugar
1/3 cawan susu
1 sudu camca esen vanilla

cara-caranya:
1) cairkan butter dan kacau dengan serbuk koko
2) alternately campurkan powdered sugar dengan susu (pukul dengan mixer guna medium speed)
3) tambah susu lagi kalau perlu.
4) campurkan dengan esen vanilla.






ok sekian sahaja, selamat mencuba ye. kalau dah sedap menjadi bagitahu aku ye (^,^)v



p/s: seriously moist. tak caya cubalah buat.huhu.
p/s/s: cake deco nak bagi credit to my dear friend stephanie mok. =D

20 si gojes suke membebel:

♥♥ eija ♥♥ said... [Reply]

wahhh adik dah pandai masak kek hehe...

bagus adik nie hehe..
akak buat kek pun tak secantik adik buat :)

Unknown said... [Reply]

waaaa yong suka ni...

nnti nak try..mcm mudah je kan

ciK LyndaWawa said... [Reply]

nak buat!! sebab saya try tak jadi aritu..huhu

Norasikin said... [Reply]

Saya suka kek coklat moist yg ganache nya dah meresap dalam kek. Masuk dalam peti sejuk sekejap, rasa mcm mkn aiskrim

nina suhaina said... [Reply]

wah..suka kek coklat yang moist. nanti balik rumah nak cubalah gak.

nadhira :] said... [Reply]

oh! so kalau nk wat frosting tu x pyh ltk coklat masakan eh. k thx ~

Mama Zila said... [Reply]

nak buat topping tu brp byk fresh cream dia ek.serbuk koko tu brp byk lak..sorry, first time nak buat cake...huhu

Anonymous said... [Reply]

assalamualaikum, kakak dentist ;)
hihi.
hmmm... saya dah cuba resepi ni, memang sedap dan moist.
tapi kenapa yang saya buat keknya jadi terlalu mampat?
kek tu jadi pejal terus, langsung takde rongga udara :D

Intanberlian said... [Reply]

Nwl Nadhira~

dik ni bukan exactly frosting. just topping =D kalau frosting kene guna choc masakan/dark choc dand butter juga =D

Intanberlian said... [Reply]

Cik Piko~

coklat tu letak sampai rasanya sedap2 je. jangan manis2 sangat sebab kek tu kan dah manis =D

Intanberlian said... [Reply]

Maryam~

wslm dik. biasanya kalau akak buat memang mampat sedikit sebab moist. depends dik cara adik mix. kdg2 overmix pon jadi lain.. =D

Anonymous said... [Reply]

kek tu mmg menjadi dan moist sngt.
:D
mngkin saya silap buat kot hritu, lgpn first try. terima kasih utk resepi ni

Zainab said... [Reply]

Jom kita checkout moist cake terbaik dari Lidari!

Lidari Home Made Chocolate Moist

Alice said... [Reply]

Lihat Tawaran Hebat! ini bagi mendapatkan Choclate Cake yang enak dengan harga yang istimewa.

Maryam said... [Reply]

boleh tak kalau kita nak tukar tepung gandum tu dengan tepung blue key yang dah ada serbuk penaik?

Intanberlian said... [Reply]

@cik.yami

saya tak pernah cuba. tapi pada pendapat saya, kalau tepung yg dah siap serbuk penaik ni tak payah dah tambah sodium bikarbonat dgn serbuk penaik.

Maryam said... [Reply]

selalu nyekn, kita pakai apa ek untuk hiasan atas kek tu? kalau letak fondant boleh tak?

ZARITH SOFIA said... [Reply]

nape kek x jadi?

Anonymous said... [Reply]

nape x jadi ek?

han said... [Reply]

bleh bagi bahan n cara buat topping?

Related Posts with Thumbnails