Saturday, July 30, 2011

Bersyukurlah bila kita dilahirkan sebagai seorang Muslim @ Muslimah.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,





Hari ni, ada seorang rakan bertanyakan tentang ISLAM. Sambil bertanya dia bercerita keinginannya mahu memilik sebuah Al-Quran. Perasaan ingin tahunya tentang Islam agak kuat. Katanya, seseorang pernah bagitahu dia.. " there is no harm in finding the truth". Perasaan kagum terdetik dalam hati. Baru hari itu dia bertanya mahu memiliki sebuah tafsir Al-Quran sebab nak sangat mengetahui isi kandungan Al-Quran. Malamnya, dia ke satu pesta buku.. Dia terjumpa kedai menjual buku-buku tentang Islam. Katanya dia dah beli sebuah Tafsir Quran beserta hadith Nabi Muhammad SAW.Dia tunjukkan beberapa buah buku tentang Islam yang lain. 



Aku katakan padanya, cubalah baca kisah-kisah nabi yang lain.. Banyak sangat ajarannya yang boleh dijadikan panduan hidup dan pedoman. Setiap kali aku bersuara tentang Nabi, mesti dia tolong sambungkan. Wah dahsatnya.. Katanya, dalam kitab BIBLE pun ada juga tentang kisah-kisah sebegini. Sama kisahnya. Rasa malu menerjah diri, sedangkan kita yang sememangnya ISLAM tidak berusaha untuk mendalami ilmu yang di depan mata, menghargai.. mempelajari.. menghayati dan terus mencari betapa indahnya ISLAM itu. Tetapi orang yang bukan Islam, mereka berusaha dalam mencari sesuatu kebenaran. Malu rasanya, Allah dah tetapkan kau Islam, Islam hanya pada nama.. Islam sebab mak ayah kau Islam.. Bersyukurlah kita dilahirkan dalam Islam. Itulah nikmat yang paling tak terhingga yang patut kita syukuri.



Walau ada ketika soalan yang mencabar diminda tak mampu ku jawab, namun.. usaha untuk memberikan jawapan terbaik tetap diberikan. Sebab itu, adanya rukun IMAN. Percaya wujudnya Allah, wujudnya Syurga dan Neraka.. Tak semua perkara mampu dek akal fikiran untuk difikirkan, ada kalanya.. kita tahu ia wujud sebab kita ada IMAN. 



Ada juga yang bertanya, siapa yang menulis dan menyampaikan isi-isi dalam Al-Quran. Bagi sesetengah orang yang bukan Islam, mereka kata.. itulah ayat-ayat manusia zaman dahulu, ditulis oleh manusia sendiri.. Dari dahulu sampailah sekarang pasti ada yang telah diubah. Namun, itu semua adalah wahyu Allah yang disampaikan menerusi para nabi dan rasul. Suruhan Allah yang menjadi panduan dan pedoman. Setiap apa yang tertulis ada hikmah dan pengajarannya tersendiri.. Betapa hebat dan indahnya Al-Quran ini memang tiada tandingannya. Kalau Allah kata jangan minum arak, mesti ada sebabnya. Anjing dan Babi itu haram.. kenapa? mesti ada sebabnya.



Dan sempena Ramadhan Al-Mubarak yang bakal tiba ini, doa aku moga sahabat ini dikurniakan Hidayah Allah Taala. Moga kebenaran yang dicarinya terbentang luas.. Jalan yang ditempuhinya disuluhkan cahaya rahmat dan hidayah-Nya. Dan kita sebagai Muslim dan Muslimah yang bertuah ini, sentiasa mencari dan mendalami Islam agar kita tetap berada dalam keredhaan dan jalan Allah.


Amin.



p/s: Islam itu mudah, Islam itu indah.Kitalah yang kena bijak menafsirkannya.

8 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

syukur nya dilahirkan sebagai seorang islam. diharapkan moga islam ni bukan nya hanya islam warisan lah~


susahnya orang lain yang kena cari sendiri hidayah tu~


:)

nina suhaina said... [Reply]

semoga kita semua memperoleh keredhaan ALLAH :) selamat berpuasa kakak :)

Nava K said... [Reply]

great sharing and I simply love the way you have shared the details.

Intanberlian said... [Reply]

adrinaqamarina!

ye dik, kire kite ni bertuah dilahirkan sebagai seorang Muslim @ Muslimah.

Intanberlian said... [Reply]

nina suhaina~

insyaALLAH dik, selamat berpuasa juga dear =D

Intanberlian said... [Reply]

Nava.K~

tq sis =D

Dari sudut Hati kecilku said... [Reply]

hai intan..lama x comment entry awk.Btw sgt suka baca blog intan ni esp xperience kat India and tentang dentist kat india ni. i selalu share cerita2 awk ni kat my personal dentist. interesting kan...sbb dia study kat London klu i xsilap. too much diff dia ckp. apapun, selamat berpuasa..keep blogging ya.

Intanberlian said... [Reply]

Dari sudut hati kecilku~

huhu thx for reading my blog. Kebanyakkannyaa memang banyak perbezaannya lagi-lagi kalau dari negara seperti India yang serba kekurangan berbanding negara seperti London penuh dengan arus kemodenan. Apa pun, rawatan pergigian back to the basic to make the patient relieve from toothache n make the treatment as painless as possible. salam ramadhan ye =D

Related Posts with Thumbnails