Wednesday, September 07, 2011

Gigi hitam akibat merokok dan kunyah tobacco! bukan senang jadi dentist ni.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Lama tak update blog. Demam raya pon dah habis. Wah banyak mende nak story pasal raya tapi nanti dululah. huhu, nak kena transfer gambar semuakan. So, post raya ni aku nak letak gambar.. hah jangan terperanjat pula ye. haha. Aku kalau tengok tu dah biasa sangat. Orang cakap ala bisa tegal biasa. Betulke pepatah aku tu? 



pemandangan bila masuk musim hujan. Mendung je. sejuk pula tu. Happy
betul aku kalau cuaca macam ni. Nak tidur pun nyenyak.haha.

EH eh, bukan ini yang aku nak tunjuk.hehe.



Tapi yang ini!





hah kau ada berani tengok ini mulut? KAU ADA? takdeeeee kan?? haha. Bagi seorang doktor gigi, pemandangan indah sebegini memang dah menjadi asam garam kehidupan seharian. Bau mulut? ala, setakat bau busuk tu, relax jeee.. Kaler hitam macam ni, pun dah biasa. Lali dah. huhu. tengok pun ala, macam gula-gula HACKS je kot. 


Masa ni aku duty diagnosis di Oral Medicine. First time aku diagnos, aku perhatikan gigi pakcik ni lama sangat.. lama..memang lamaa... aku cuba nak cam, gigi ke apa ni pakcik? kataku dalam hati je la.. Puas aku kuis-kuis, ketuk-ketuk guna mouth mirror, guna probe, guna explorer.. Crown alaf baru ke macam ni? Permukaan gigi tu memang hitam berkilat. 



Itulah dia pakcik, dok makan sireh kuat sangat.. Habis gigi tu hitam berkarat. Aku tanya pakcik tu,

" Tata, poigala sapdek ireka? Vetula pakka sapdek ireka? paan? hans? bidis? "

" elamae ireka" 

" evlo warasyem ithe elamae sapdek ireka "

" patte warasyem"
ceh ada ke 10 tahun  je jadi macam ni, tipuuuuu gila, tengok gaya ada dekat 20-30 tahun ni dah dok kunyah sireh dengan tobacco.. 



Haih lupa pula, korang faham tak aku berbahasa tamil. haha. hah paham? paham? takkan? padan muka sape suruh tak belajar tamil macam aku? *riak* masyaAllah. Ampun. haha. Aku tolong jadi google translator la ye. korang jangan pula pi google translate. Pening pakcik google nak fahamkan slang aku yang berabuk tu nanti. Aku main tibai je ejaan tu. Janji ada bunyik.



Aku tanya pakcik tu, dia ada ke habit kunyah betel nut, tobacco, merokok, areca nut.. Sebab memang sangat penting nak determined semua ni.. Tobacco, betel nut, areca nut chewing habit ni memang boleh lead to cancer. Sangat berbahaya. jadi sebagai seorang dentist sudah menjadi tugas kite untuk menasihati pesakit, ceritakan keburukkannya.. Suruh mereka stop habit ni. Jangan dah jadi cancer baru nak stop. Memanglah mengundang bala namanya. Tapi kita hanya boleh menasihati, selebihnya itu hak mereka mahu berhenti atau tidakkan.



Yang terbaiknya dekat India ni, boleh jumpa pelbagai jenis penyakit.. Sebab kebanyakkan mereka masih mengamalkan habit mengunyah tobacco ni. Kadang-kadang tu umur masih muda remaja lagi. Kesian aku tengok. Apalah nak jadikan. Jadi kita yang ada kesedaran ni, nasihatkanlah mereka. Umur muda remaja tu. Contohnya, Lichen planus, candidiasis, leukoplakia, oral submucous fibrosis etc banyak kes aku boleh tengok dekat India ni, dekat Malaysia bukan senang nak jumpa sebab kebanyakkan orang di Malaysia sudah ada kesedaran dari aspek Oral cancer ni. 



Pernah satu kes tu aku diagnos, umur baru 21 tahun, tapi sudah ada habit HANS chewing selama 2 tahun. Hans ni sejenis tobacco, di mana mereka akan kemam dan letakkan si sesuatu tempat contohnya di vestibular area. Hakikatnya, mereka kemam di tempat berhampiran dengan saraf-saraf tertentu supaya ada feeling HIGH. Biasanya kes sebegini memang takkan nampak sangat kesannya, jadi tanya di mana dia selalu kemam. Bila diperhatikan terdapat TOBACCO POUCH KERATOSIS dekat area tersebut. Kesiannya, sayang sungguh. maksudnya seawal umur 19 tahun lagikan.. Belum lagi usia tua. Kalau habit ini diteruskan sehingga berpuluh-puluh tahun, kemungkinan untuk dapat ORAL CANCER sangat tinggi.



Yang paling kelakarnya, sebab nak cakap tamil nak explain aku tak khatam lagikan.. panggillah seorang kawan tamil tuk translatekan. Jeliknya, tengah explain.. dia boleh pick up phone call. Hello, it's about your life man! Tapi, apa boleh buat, dia tak mahu dengarkan. It's your choice.



Tobacco Pouch Keratosis






yang ni lidah gigi pakcik bergigi hitam tadi.
we called this Coated tongue.



Bila dah jadi dentist, perkara pertama aku perhatikan ialah gigi orang.. Dah jadi habit. Entah kenapa, bagi aku.. mulut dan gigi melambangkan peribadi orang tu. huhu. Sorrylah beb. Kalau gigi berkarat semacam aku sendiri kurang selesa sebenarnya.. Rasa nak tolong scalingkan je. hehe. Tapi mulutlah paling banyak bakteria, jadi mestilah dijaga seeloknya. Gigi kekal takkan tumbuh balik, takkan elok balik kalau rosak. Tampal lah banyak mana, dah cabut, gantilah dengan material yang hebat mana.. crown? bridge? implant? Hakikatnya, ciptaan Allah takkan sama. Jadi yang asli itu juga yang paling terbaik. Jadi jagalah sebaiknya =D



Sebagai dentist, memang takde pilihan lain selain tengok mulut orang. Walaupun pada mulanya, rasa mual, geli geleman memang ada dalam dirikan. Huhu. lama-kelamaan dah jadi perkara biasa bagi kami. Lagi-lagi kalau cabut gigi, bau mulut campur bau darah pehhh memang terbaik. hehe. Suprisingly, aku boleh je makan dengan enak tanpa dihantui gambaran dan bau tersebut. hee.



Paling kelakar bila posting periodontics yang kerjanya dok scaling @ cuci gigi orang. Dahlah yang datang calculus tebal entah bape inci. huhu. Tak payahlah explain. ada pula orang tak boleh makan nanti. Setiap kali lepas scaling mesti member tanya, ada pape tak kat muka? AHA, apa taknya.. calculus dok melayang sana sini sampai hinggap dekat pipi dan muka. HAH! GELI TAK? haha. ADA BERANI?



depan hostel waktu petang-petang. Redupkan? cuba kau tengok
time musim panas. haha. silau!



Apa yang aku boleh simpulkan, BEST jadi DENTIST! serious, tak tipu. =D



p/s: Balik malaysia treatment gigi mahal!

6 si gojes suke membebel:

zool said... [Reply]

Pergh lidah dia memang menakutkan betul...

ISZA said... [Reply]

agaknya gigi dia jadi macam tu sebab tak jaga kebersihan sama kan?
boleh lak kunyak tabacco tuu..

Intanberlian said... [Reply]

zool~

haha lidah dok asik ngunyah tobacco je keje nye..

Intanberlian said... [Reply]

cikgu isza~

betul tu cikgu. memang tak jaga kebersihan satu hal.lagi dok kunyah sireh, tobacco semua..

Anonymous said... [Reply]

saya bekas perokok dulu..tp x adalah teruk gg smpai mcm 2..biasa2 je..cuma bhgian blkg ada karat2..skrg sy dah bhenti isap rokok..boleh x mana2 dentist hilangkan karat2 kat bhgian blkg gg tu?ada apa2 kaedah rawatan gg x utk mslah ni?juz nak bertanya..tq~

Anonymous said... [Reply]

Salam.. klau sya xambik bio but kimia/fiz/AM ambik still boleh mintak ke dentist??

Related Posts with Thumbnails