Monday, September 20, 2010

Antara Kes Pembunuhan Kejam Berprofil Tinggi sejak tahun 1982

www.tips-fb.com


Salam readers,



Bila aku baca berita metro hari ni. entah rasa sebak pon ada bila baca kisah-kisah pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya. entah kenapa wujudnya manusia yang tak berperikemanusiaan yang sanggup membunuh dengan kejam. seolah-olah tak berfikir secara waras. di manakah akal yang Allah kurniakan. atau mungkin mereka dah hilang kewarasan.. Takziah buat keluarga arwah.


sejak akhir-akhir ni.. aku sendiri rasa gerun nak pulang ke Malaysia.. kes jenayah yang semakin meningkat tinggi buat aku terfikir.. kenapa zaman kanak-kanak aku dulu tak sebegini.. waktu kecil dulu aku masih ingat.. bebas ke sana ke mari.. bermain bersama rakan-rakan tanpa emak di rumah bimbang anak kene culik ke kena rogol ke.. zaman semakin pantas berlalu. bumi semakin ligat berputar pada paksinya.. dan yang pasti ke arah yang lebih negatif.. sekarang ni, anak bermain di laman rumah pon boleh diculik....!! bayangkanlah kalau dibiarkan bermain bersama rakan di taman.. dibiarkan ke pasar sendirian.



di mana kedamaian yang dulunya wujud di Malaysia. pecah rumah. pecah kereta dah seakan perkara biasa sekiranya rumah kosong atau kereta tersebut tiada orang.. ahhhhh. sedangkan rumah dan kereta ada penghuni pon dirompak.apetah lagi yang tiada.



apa yang semakin membimbangkan.. orang sekarang takde rasa salah mahupun takut-takut mahu menghunus senjata tajam mahupun senjata api pada mangsa.. kalau dulu, mungkin hanya setakat diikat dan dintinggalkan.. tapi sekarang pasti berakhir dengan pembunuhan.. jeliknya.sudahlah kau rompak.. kau bunuh lagi.. tiadakah sekelumit perasaan perkemanusiaan? atau kau sekadar binatang bertopengkan manusia? aku sentiasa berdoa moga aku dan keluarga dijauhkan dari hal-hal sebegini.. nyawa hanya 1.. 


apa yang pasti tiada lagi bermain-main polis sentri lari menyorok sekeliling kampung, tiada lagi pergi beraya naik basikal bersama rakan, tiada lagi itu semua.. padanlah.. banyak anak-anak kurang cergas berotak lembb kerana hanya terperap di rumah bila mak ayah tak bagi keluar rumah. takot yang tak diingini berlaku.. orang kata lebih baik mencegah bukan... semua ini hanya kerana manusia kurang waras dan tak berperikemanusiaan melakukan jenayah!


ini yang aku baca tadi di HARIAN METRO.
antara KES PEMBUNUHAN PALING KEJAM BERPROFIL TINGGI sejak 1982.


1) PEMBUNUHAN DATUK MAZLAN IDRIS

Pembunuhan arwah Datuk Mazlan ( ADUN Batu Talam) yang dianggap paling mengerikan 17 tahun lalu yang memeranjatkan semua pihak.. pembunuhan yang dilakukan oleh pasangan bomoh suami isteri Mona Fandey, Mohd Affandi Abdul Rahman (suami)  serta pembantu mereka, Juraimi Husin sememangnya kejam dan diluar batas perikemanusiaan. 

Jeremi menetak leher mangsa sebanyak 3 kali sehingga putus, kemudian memotong sendi kemudian melapah kulit dan daging mangsa... semuanya atas arahan Mohd Affandi. kemudian tulang dan daging yang dikerat 18 di letak di dalam besen sebelum dicurah ke dalam lubang sedalam 1.8 meter di sebuah bilik stor.


walaupun terdapat pencanggahan keterangan dari ketiga-tiga suspek. mereka dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.. dan pada 2 NOV 2001 mereka menjalani hukuman di penjara Kajang.



2) PEMBUNUHAN DATUK S.KRISHNASAMY


Beliau merupakan seorang ADUN TENGGAROH (MIC). di tembak mati ketika di dalam lif. tembakan dari belakang leher menyebabkan beliau mati serta merta pada 11 JAN 2008.. pernah menerima ugutan bunuh melalui penggilan telefon. namun, apa yang menyedihkan.. pembunuh masih bebas di luar sana.. walaupun 13 orang ditangkap tetapi dibebaskan kerana tiada bukti kukuh.



3) PEMBUNUHAN DATUK MOHAMED TAHA TALIB

Kes ini cukup menggemparkan apabila bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Mokhtar Hashim dituduh membunuh bekas Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohamed Taha Talib 28 tahun lalu. beliau ditangkap polis dan didapati bersalah. dijatuhkan hukuman mati.. rayuan beliau ditolak. namun selepas bekas Perdana Menteri, Tuanku Abdul Rahman menulis surat peribadi dengan disertai sokongan petisyen orang ramai Yang DiPertuan Agong meringankan hukuman kepada penjara seumur hidup di Penjara Pudu.

kemudian dibebaskan atas perkenan Yang DiPertuan Agong SultanAzlan Shah pada tahun 1991.

tamat tempoh penjara pada 1995.
tempoh perbicaraan 75 hari, perbicaraan kedua terpanjang selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim.



4) PEMBUNUHAN HASLEZA ISHAK


Kes ini menarik perhatian ramai sebab ada kaitan engan kerabat diraja. Hasleza merupakan isteri kedua Raja Dihilir Perak. mangsa dicampakkan dari jambatan setinggi bangunan 5 tingkat. tindakan tersebut sama ada sebelum kematian atau selepas adalah kejam.



5) PEMBUNUHAN CANNY ONG LAY KIAN.


Canny menjadi mangsa lelaki GILA SEX.Canny diculik di pusat membeli belah ketika mengambil tiket kereta yang tertinggal di dalam kereta di tingkat bawah tempat letak kereta Pusat Membeli Belah Bangsar. apa yang memilukan.. mangsa dirogol kemudian dibunuh dengan kejam dan dibakar di dalam sebuah lubang. tertuduh menikam perut mangsa selepas merogol mangsa antara pukul 1 hingga 5 pagi pada 14 Jun 2003.

mangsa dibakar di dalam sebuah lubang.malah mayat mangsa ditutup dengan papan penanda jalan dan 2 tayar bersimen.. sebelum menutup dengan sekeping papan.. ketika mayat ditemui, mayat didapati putus antara bahagian badan dan kaki... bahagian luar kemaluan mangsa turut dibakar.

Pada 23 Februari 2005, Ahmad Najib dihukum gantung sampai mati atas tuduhan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan atas tuduhan merogol Canny.


Nauzubillahhiminzalik.. moga Allah melindungi kita semua dari hasad dengki manusia, perbuatan kejam dan khianat.. amin.moga roh mereka semua tenang di sana. dan moga sesiapa yang melakukannya menerima hukuman setimpal.. kalau bukan di sini.. tapi di sana..
bagaimana pula kisah Al-Tantuya?

SUMBER BERITA: HARIAN METRO


p/s: 3 more practical to go.. wish me luck!~

20 si gojes suke membebel:

Unknown said... [Reply]

dah nak kiamat.....

rammyd said... [Reply]

takotnya jadi orang malaysia sekarang. :(

iidyll iceness said... [Reply]

aiyooooo
ko wat ak seram sejuk ar psl lapah2 org potong 18...mremang ak...

nina suhaina said... [Reply]

memang makin bahaya la rasa..
p/s: all the best sis.

Phantom said... [Reply]

Mona Fandy tu menyeramkan !!

Phantom said... [Reply]

Kes Mona Fandy tu menyeramkan !!

shaa bonitaa said... [Reply]

mintak jauh la bnde2 cm ni kan..huuh~

adrinaqamarina said... [Reply]

takotnye akak.... aduhai. minta jauh.

♥♥ eija ♥♥ said... [Reply]

hai adik :)
lama akak tak singgah blog adik maap laa cuti raya kan hehe...

ermm betul tuu dok kat tempat sendiri pun dah takut sekarang nie...

yanamib said... [Reply]

dunia skrg mmg kejam..ssh nk caya org..kdg² muka nmpk baek tp hati?? hehh~

moga dijauhkn dr org² mcm ni kn...amin =)

Unknown said... [Reply]

malaysia skunk smakin bahaya
manusia semakin jahat
hmm.

p/s : gud luck practical.

zella y said... [Reply]

hurm..mula2 dgr psl pembunuhan ni,rs mcm xcaye je ade manusia sanggup melakukan pembunuhan yg sebegini kejam...

JelinaJoli said... [Reply]

seram nak hidup skang ni... hadoiii

fatian athiea said... [Reply]

ak rse cam duk msia dah xamn..




hari tu ak ad bcce blik sal



sosilawati & mona fandi..


sje2 fullfill keboringn..
smpai terbayng-byg..





amt scary d c2

Unknown said... [Reply]

kalo la saya disana..saya akan cakap ya! check la gigi saya..hehe

mama affan said... [Reply]

mmg takut..org macam dah takde belas kasihan..

Anonymous said... [Reply]

Hi - I am definitely delighted to discover this. Good job!

Anonymous said... [Reply]

pembunuh semua

Anonymous said... [Reply]

Tringat kes mona fendi..ms 2 sy kcik lg..sje nk tau sal kes tu..seram..:)

Anonymous said... [Reply]

tahniah krn mgimbas crita yg ptt jdkan pgjaran dan kslamatan pd zaman moden ni.good job.

Related Posts with Thumbnails