Sunday, September 12, 2010

Gambar Syahdu Aidilfitri di Salem, India 2010

www.tips-fb.com


Salam Lebaran readers,



ini boleh kan jadi salam perantauan 2011~!


hmm sekejap je dah raya ke-3 kan..memang cepat masa berlalu.. memang cepat bumi berputar di paksinya. iye tak? sampai sekarang aku tak caya aku dah nak 23 tahun.. rasa macam awet muda belasan tahun je.tapi memang pun. sume cakap aku macam belasan tahun..wahahaha. *pitam*


tahun ni disebabkan aku dan rakan-rakan satu batch FINAL YEAR. semua sangat busy.. sebab sekarang tengah final exam.. belum habis pon lagi.. ada 5 lagi practical exam nak ditempuh. total 7 weh... bukan sedikit.. yang parah lagi... semua pesakit kena dicari sendiri.. gila kan? gila sebab kalau nak cari pesakit cabut gigi tu.. agak-agak ada tak kalau-kalau aku tanya soalan macam ni kat korang.korang layan aku...


" ada tak gigi yang goyang-goyang mahu dicabut "

" ada sakit gigi tak yang nak dicabut?"

" cabut gigi tu nak tak.. saya bayar awak"

" cuba nganga mulut jap, saya nak chek"

ouh yeah situasi ini berlaku diluar klinik ye.

pelikkan wehhhh.hoho.bayangkanlah kesusahan aku mencari pesakit untuk exam!!!


hmm, macam tahun lepas, kami sebagai penganjur sambutan raya.. memang masak besar lah.. memang letih gileeeee... tapi nak mengelakkan perasaan tak best beraya di Salem. maka kami pon plan baik punya nak masak-masak.. dan jemput rakan-rakan lain yang bukan beragama Islam turut sama meraikan Aidilfitri di Salem.


tapi tahun ni tak dapat buat camtu. mulanya plan tak mo sambut langsung. tapi sangat tak elok dan tak baik pula kan.. orang dok meraikan raya kami pula bantaiiii tidooo atas katil.. so akhirnya langkah terakhir buat POT LUCK! boleh kurangkan penat dan banyakkan menu sekaligus kan...



pagi raya, aku masih tak bernyawa.. jangan di tanya kenapa.. kalau telefon orang Malaysia. cayalah cakap aku.sorang pon tak mo layan aku.. semua tengah sibuk siapkan juadah raya and semestinya nak pi jalan raya.. tahun-tahun sebelum ni.. mak aku busy gilaaa... so nak tido tu baru call aku.. so langkah terbaik.. aku tido je.. tak wujud ok kat malaysia orang tido sampai tengah hari di raya pertama!~~ hmm nak solat raya pon.. di India mereka tak menggalakkan orang perempuan solat raya di Masjid.. pernah di Bangalore.. kami just solat syukur di rumah seorang doktor tu.. katanya.. orang lelaki solat raya di Masjid. perempuan solat syukur di rumah....



tapi mandi sunat raya aku tak kan lupakan.. bangun tengah hari..lepas mandi solat.. aku call orang malaysia,. satu-satu aku call... tapi HARAM!! sorang pon tak angkat.. ok fine, sume pon busy.. takpelah. aku dah biasa kot... orang kat malaysia ada baju raya.. aku selai pon takde baju raya.. member-member sampai 2 -3 lai mak kirim.. aku??? takpelah juga.. sudah biasa.. nak buat cam mana.. terimalah kenyataan kan intan. ko raya kat india. bukan kat malaysia. buka almari cari-cari baju kurung yang rasa-rasa jarang dipakai.. nampak sikit baju baru kan... tudung pon pinjam orang... waahhhhh SAHDISNYA!!!!!



pukul 2, aku dengan rumate start nak masak.. takot tak sempat.. majlis sambutan raya pukul 8. ramai nak masak.. tapi dapor ( pakai hoplate je pon) tak cukup..

menu kami;

nasi minyak + ayam masak merah + acar nenas + air katira


banyak gakkan.. by pukul 6.30 ptg cam tu.. dah settle.. mandi-mandi.. siap-siap.. tunggu semua orang datang bawa makanan masing-masing.. baca doa makan... pasang lagu raya dan..


SERBU!!!! sebab semua tengah kebulur.hehe.



antara menu yang ada.. hoho tak nak kalah ok!~

MENU UTAMA
nasi minyak
nasi tomato
nasi empit
ayam masak merah
rendang ayam
rendang daging
kari ayam
acar nenas
ayam goreng berempah
kuah kacang

lasagna
chicken pie


SIDE DISH
sandwich ( telur + sardin )
kek coklat ( ada 2 jenis)
key lime pie
kuih bakar


AIR
air katira
ice lemon tea
air bandung
air ribena




banyyakkkkkan???? huhu. aku rasa kat malaysia pon tak sebanyak macam ni..dahlah sedappppp2 semuanya... memang dah boleh kahwin!!!! haha


papepon memang terbaik lah semua. aku happy gilee sebab takdelah nak rindu food kat malaysia di raya pertama...


ok layan kan gambar pula ye.



antara menu yang ada.


menu utama




























































oklah lastly, raya di salem not so bad... kali ke-4 diperantauan... dan tahun depan semestinya juga di perantauan. akhir kata, salam aidilfitri semua.. moga kita boleh bertemu lagi Ramadhan dan lebaran untuk tahun 2011... amin~



p/s: hah banyak tak gambar makan raya ni? jemput join kontest aku ye...bye!

13 si gojes suke membebel:

.:: Miu Miu ::. said... [Reply]

selamat hari raya... mesti bestkan beraya kat oversea dgn membe2 :D

✿nenek moden✿ said... [Reply]

wow...banyaknyee makanan!!!
saya nak cek gigi..gigi saya sakit..hehehehe...betul2 ni..xtipu..hehe

afifaa. said... [Reply]

kak, selamat hari raya. sedih plak baca. takpe, nt raya kat mesia celebrate biar gempak punya! hee. (:

Mr Noble said... [Reply]

gigi saya pon teruk gak, bleh la kalu nak cek, tp jgn cabut ok :D

ok la tu beraya kat oversea dgn kawan2, drp beraya kat malaysia tetapi sorang2 :D

wau! air kathira tu! my faveret!!

adrinaqamarina said... [Reply]

paling takot jumpa dentist. ggrrr. haha.

see. tak kurang meriah oke kat rantauan pon! :D

Nana iidyLL said... [Reply]

dear....sadisnnyer ak bca entri nie...

tp bl dh scroll down...walawei...ak LAPAQ!!!
sodap ooo...

ok ar tu kn..hdp mrantau..
xpe..sbr2...t dh blk msia,rya ar puas2...xdpt ct pn wat ct sdri..opsss..

SELAMAT HARI RAYA DEAR
agak2 ak de TER... TER... tu,hrp dmaafkn...

y@n@ M!B said... [Reply]

mantop ah intan msk..wewiit wewiit~
setahun je lg yeh nk abes..huu sbr sbr =)

lotikus disarimankan said... [Reply]

aselamat hari raya intan
tak pe...tak per...taun depan balas dendam
pulun raya semua umah.kasi abiskan diorang punya ketupat lemang rendang
hohohoho

Fitrihadi.com said... [Reply]

nak cuci gigi bleh? hehehe

takpe la..bukan selalu dapat beraya di perantauan..

sebelas said... [Reply]

salam aidilfitri :P



http://nomborsebelas.blogspot.com

Nudi said... [Reply]

selamat hari raya

last year raya kat sana kan...?

enjelinajolipit said... [Reply]

tengok gambo2 ni, buat gua teringat si dia... ahhhh!! keji lah ko taruk gamba banyak2 ;p

nina said... [Reply]

akak..selamat ari raya..erkk..raya tahun depan panjang umur akak kat salem ke kat malaysia?

Related Posts with Thumbnails