Thursday, September 30, 2010

SoalJawab Dengan Bloggers Hebat DiTV3 memang menarik!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



baru saja sekejap tadi aku tengok rancangan SOAL JAWAB di TV3. hmm apa yang menarik perhatian aku ialah segmen ini berkaitan dengan blog dan bloggers. apa itu bloggers. apa itu blog. tapi malangnya aku hanya sempat tengok separuh sahaja segmen tersebut.


3 orang tetamu yang diundang untuk segmen ini, tetapi honestly aku tak pernah jengah blog ketiga-tiga tetamu tersebut. mereka adalah:


1) Syed Azidi Syed Abdul Aziz @ kickdefella
siapa tak kenal beliau kan. huhu

2) Datuk Dr. Ridzwan
3) Puan Munirah Hanim
seorang suri rumahtangga sepenuh masa 
yang mempunyai 3 orang anak comel.



1) JAGA ETIKA
antara isi-isi yang aku sempat dengar adalah berkaitan dengan ETIKA.  bila kita berkata soal etika mesti ada kaitan dengan undang-undang dan adab bila menulis. Tuan Syed kata sebelum menulis sesuatu semestinya kita kena mengkaji dahulu undang-undang yang ada agar kita tidak tersilap langkah.. Tuan Syed atau lebih dikenali dengan kickdefella memang pernah ditahan di ISA sebagai orang ke-4 yang ditahan di bawah Akta Hasutan pada Ogos 2008.Isu mengibarkan bendera Malaysia terbalik pada Hari Kebangsaan Ogos 2008 sebagai memprotes kerajaan telah menjadi isu yang menyebabkan beliau ditahan atas dakwaan menghasut rakyat. Namun kata beliau, sebelum itu beliau dah mengkaji dari segi undang-undang.. tak salah di sisi undang-undang.. kerana ada diadaptasikan dalam tentera dan juga pengakap..


tetapi beliau terlepas pandang suatu perkara. Jika di British, mengibarkan bendera British secara terbalik bermaksud isyarat pertolongan cemas. tapi sekiranya dilakukan ketika aman dianggap menghina institusi DiRaja.


2) BANYAKKAN MEMBACA
sebelum kita menulis sesuatu di blog.. pastikan ia sudah mendapat rujukan.. jangan main tulis je ikut sesedap hati.. contohnya, Doktor Ridzwan merujuk dan google serta web-web tertentu.. contohnya tentang drugs dan food sebelum menulis di blog milik beliau. sebab apa sahaja yang kita tulis sedikit sebanyak memberi efek kepada pembaca. lagi-lagi yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. jika berkaitan ubat.. semestinya ia berkaitan dengan nyawa manusia.. 

tetapi dinasihatkan agar merujuk kepada doktor yang sebelum ini melihat kes si pesakit.alam maya tanpa melihat pesakit kan susah.


3) ELAKKAN KONTROVERSI

Puan Munira pula lebih kepada menceritakan kisah beliau membesarkan anak-anak beliau, jadi seboleh mungkin beliau mengelakkan dari menulis perkara yang boleh menimbulkan kontroversi dan irihati... contohnya: ada ibu-ibu bloggers yang mengatakan produk A murah je. padahal harganya mencecah 3ribu. kan ke dah menimbulkan sifat riak dan irihati.. melalui blog gossip sangat cepat tersebar


4) PENULISAN TERLALU LUAS PEMAHAMANNYA.

Kadang-kadang apa yang kita tuliskan memang sukar dipahami oleh sesetengah pihak. kita tulis lain dia paham lain. itu yang susah. sebab penulisan adalah TANPA NADA. jadi si pembaca juga tak boleh lah main terjah sesuka hati betol?


5) KOMEN TAK BERILMIAH

hal ini menyebabkan bloggers tak melepaskan komen-komen tersebut sebab tak berilmiah. Tuan Syed pula kata, ada komentator yang bergaduh sesama sendiri.. ada juga yang menyatakan sesuatu tentang agama tetapi dengan nada yang kurang sesuai.. Doktor pula berkata, di blog beliau lebih universal. sebab kebanyakkan komentator bertanyakan pendapat tentang sakit dan ubatan.. tetapi masih ada limit kerana lebih elok kalau dirujuk kepada doktor yang merawat pesakit tersebut. 




6) KENAPA GUNA NAMA LAIN

topik ini telah diutarakan kepada mereka, bukankah menjatuhkan kredibiliti bloggers sekiranya mereka tidak menggunakan nama betul dan hanya sebagai nma samaran.. Tuan Syed kata, hal ini lebih kepada nak menjaga peribadi si bloggers. dan melindungi diri dari pihak berkuasa. =D


memang seronok juga aku tengok rancangan ni tadi.huhu.. hmm baru tadi aku jejak blog-blog mereka. nyata tak rugi pergi ke blog mereka.. mungkin aku not really into politics kan. huhu.. tapi sebagai bahan bacaan bolehlah.. hmm blog Doktor pula banyak info yang sangat berguna berkaitan dengan ubatan. Blog Puan Munira pula lebih kepada kisah beliau sebagai surirumahtangga dan cara beliau membesarkan anak-anak.. sangat-sangat berguna buat ibu-ibu dan bakal-bakal ibu di luar sana.



ceh dah macam reporter pula aku.haha



p/s: hmm bukan senang nak jadi bloggers.

16 si gojes suke membebel:

mama zharfan said... [Reply]

selamat berblog yer :) bagus gak entry ni :)

nabil_potter said... [Reply]

kickdefella bukan yang kena tangkap tu ke?

manggosteen said... [Reply]

tak sempat tgk tadi..
byk hal la..
tq sebb review balik..
haha..

fikaryna said... [Reply]

tepuk dada..tanya hati..kalau ikhlas..dan tidak ada sebab2 atau agenda negatif..blog kita tntg kita dan sekeliling..jgn ganggu privasi org suda la kan..

p/s : intan bila nak balik? huhu..

Mr Noble said... [Reply]

komen tak berilmiah.. nak upkan trafik kot. pastu makin masyuk la income :D

y@n@ M!B said... [Reply]

bila ni eh?? xtgk pon =(

bgs pendpt dorg ni..harus jdkn panduan =)

.sweet-ants. said... [Reply]

malaysia byk blog2 yg bagus di buat oleh mereka yg mementingkan ilmu dan bukan populariti. bangga

toyolkiut said... [Reply]

bukan calang2 orang boleh di iktiraf blogger..tp semua orang boleh punya blog asal boleh baca dan menulis..emm.. TK bukan blogger!!

bulatkocik said... [Reply]

uit..ko citer lar pasal diri ko..dah lama rasanya aku tak baca citer2 yg mnarik dari ko..pasal india ker..bam2 ker..alam psekolahan ker..hehe

tp aku suka klu pasal ko & bam2..byk kali baca pun gelak sorg2..mmg tbek wokk..;)

cik Syafiqah said... [Reply]

a'ah laaa, intan... macam orang buat review nak tempel dalam majalah... heeheehehehe.. gurau2...

oh... bagus sangat perkongsan ni... huhuhu... terima kasih daun kelladi, dear...

IntanBerlian said... [Reply]

@mama zharfan~ tq sis =D

@nabilpotter~ haah kat ISA dulu.

@mangosteen~ huhu tu je yg sempat review sbb tu je yg sempat tengok tadi.


@kak ryna~ intan dah kat malaysia kak..

@Mr.Noble~ hmm kadang-kadang orang suka je provoke dengan komen yang tak berilmiah.


@yanamib~ hmm malam aku tulis entri ni.huhu.


@sweet-ants~ hmm masih ramai lagi bloggers yang kite tak kenal diluar sana yang bukan oentingkan populariti dan income semata.


@toyolkiut~ betol2 setuju dengan kamu.


@bulatkocik~ haha nanti den story ye!


@cikSyafiqah~ haha.cettt.sama2 dear.

bardboo said... [Reply]

ada kat kedai mkn ms rncgn tu kaur..blh plak org kedai tukar tgok bola...ciss, geram btol! huhu..

cik helena said... [Reply]

dpt tgk kejap jek pastu dah ngantuk,..nak jadi blogger senang tapi bukan senang,,haa paham tak?kekeke

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply]

sesungguhnya saya termiss tengok rancangan tu...

ops...
arini kontest abis ar..
tak sempat nak join..
adoi..
=(

Nana iidyLL said... [Reply]

uiks....ak perasan psl temubual nie.iklan kat tv...tp lp tgk.....

nina said... [Reply]

tak sempat nak tengok temubual ni :)

Related Posts with Thumbnails