Friday, September 10, 2010

Nostalgia Hari Raya Aidilfitri cukup buat mata ini bergenang.

www.tips-fb.com


Salam readers,





hari ni dah malam raya kan, aku puasa lambat sehari tapi raya sama pula dengan malaysia.. hmm, berbezanya suasana di india dan malaysia.. bila aku sorang-sorang macam ni.. mulalah terkenang nostalgia beraya dengan keluarga tersayang.. dari kecik sampai besar. suasana raya memanglah takde kat india ni.. takbir raya pon aku yang dok pasang kat laptop berulang-ulang kali..



masih ku ingat 18 tahun lepas waktu tu aku mungkin baru 5 ke 6 tahun. belajar puasa terkedek-kedek. dengan upah RM1 sehari. berusaha habiskan puasa walaupon masa tu apa erti puasa pun tidak kutahu. hanya kutahu.. tahan lapar dan haus sikit.. nanti ayah bagi duit..yeah! 


bila aku makin membesar, menjangkau usia 7 tahun. aku kian tahu apa itu puasa. tahan lapar dan dahaga. supaya kita belajar erti susahnya orang tanpa makanan.. walaupun perit nak habiskan puasa. tapi aku gagahkan juga.. balik dari sekolah.. terus tukar baju. tidor bawah kerusi..bawah meja.. cari tempat sejuk.huhu.. masa tu rasa diri ini bagaikan puteri.. apa sahaja aku mahukan ayah dan mama pasti tunaikan waktu berbuka.. 
ketika itu, ayah sangat sibuk berniaga air di pasar malam.. memang kuperhatikan kegigihan ayah berniaga dengan panas terik seolah-olah membakar rambut. tungkus lumus ayah.. masa tu aku terpikir.. macam ni susahnya mahu cari duit ye? hmm aku pon sibuk nak tolong ayah.. lepas sahur aku tak mahu tidur lagi. mula-mula aku perhatikan setiap tingkah laku ayah.. ayah basuh balang-balang air bekas jualan semalam.. ayah jerang air untuk masak air gula.. lepas tu, ayah sisik tebu.. kemudian ayah ambil kacang soya yang dah direndam semalaman.. ayah mesin dalam mesin pengisar... bila dah keluar, hasilnya ayah perah untuk asingkan dengan habuk-habuknya.. memang ayah tak pernah rasa letih.



bila siangnya. aku tengok ayah sibuk pula susun-susun balang-balang air an perkakas-perkakas dalam lori kecil ayah.. aku nampak ayah lelap sebentar je sekadar merehatkan badan dan mata.. tepat pukul 3 ptg ayah dah siap-siap mahu ke pasar ramadhan.. ayah tanya, along nak buka apa? nanti ayah balik solat asar ayah bawakan ok? aku hanggukkan saja.


bila aku meningkat besar, aku kian tahu perit jerih ayah.. aku dan adik-adik mesti nak tolong ayah walaupon sekadar basuh balang-balang air.. rasa seronok semakin menguasai diri. masa tu aku terpikir.. ouh patutlah ayah tak penat seronok rupanya.. huhu.. lagi-lagi bila aku tolong ayah kisar air kacang soya..


bila aku dah besar lagi sikit.. aku tanya ayah.. aku nak ikut ayah berniaga ke pasar ramadhan.. ayah tegah.. eh tak payahlah..panas.. along kan puasa.. mana boleh.. nanti along nak buka.. adik aku pon sibuk nak ikot.. bak kata mama, ayah takkan sesekali susahkan anak-anak ayah.. apetah lagi nak tolong berniaga. tapi aku mahu.. ayah boleh je tahan.. aku mahu rasa susahnya mencari duit. aku mahu rasa keseronokkan menjual air-air buatan sendiri.. lagi-lagi bila lihat air-air tu laku,.aku mahu rasa penatnya juga menjual air di bawah teriknya matahari. aku mahu rasakan semua itu... lama-lama ayah izinkan.. seronok. memang seronok.. pelbagai ragam orang dapat kulihat. ayah pula bar aku perasan.. bila orang nak beli air.. ayah pasti lebihkan 1 air.. bila orang beli 2.. ayah bagi 3.. aku pelik.. kenapa? ayah kata.. tak apa. bulan-bulan puasa ni.. elok kita bersedekah kan.. kita buat baik orang balas baik..



memang ayah suka begitu.. bila ayah tolong pekerja-pekrja indon kat kebun ayah.. nanti mak aku tanya.. ayah kata, anak kita kan duduk negara orang.. takpe. kita tolong orang yang datang kat negara kita ni, mudah-mudahan anak kita nanti ada orang tolong macam ni.. kata ayah.



setiap kali malam, bila ayah dah mandi solat.. selesai semua, malam-malam ayah duduk keluarkan bekas duit ayah.. ayah bentang surat khabar.. aku suka datang masa ni.. aku suka tolong ayah susun-susun duit yang basah atas surat khabar.. tolong ayah kira berapa ayah dapat malam ni. walaupun tak banyak mana tetapi rezeki Allah itu pasti ada.. kan sumber rezeki dari berniaga 9/10..  esoknya aku tolong ayah susun duit yang dah kering. ayah mula agihkan.. nah ini untuk along, ika dan didi.. yang ni pula nak beli barang-barang untuk berniaga hari ini.. kata ayah.. ni bahagian mama... aku tersenyum lebar dapat duit dari ayah...



bila raya semakin dekat, perkara paling kunantikan beli baju raya dan kasut raya. itu yang ku paling tunggu.. masa tu walaupun aku tahu ayah susah cari duit. tapi aku tak kisah mana. yang aku tahu aku punya baju raya dan kasut raya.. aku nak mahal-mahal.. kejamkan aku. aku tak mahu dah macam tu.. kalaulah boleh diputarkan balik masa tu.. memang aku takkan meminta-minta.. ayah dan mama pula.. raya adalah saat yang paling membahagiakan buat anak-anak.. susah mana pun keadaan itu, baju raya... kasut raya.. mesti ada.. pikiran cetek ku ketika kecil dulu. memang.. memang tak semenggah.hoho..



ingat lagi.. masa tu, hanya aku berdua je.. aku dan ika.. adik yang lain belum ada. pagi-pagi lepas ayah solat raya.. naik motor berempat pergi raya rumah jiran tetangga.. pastu balik rumah nenek yang tak sampai 10 minit jaraknya dari rumah aku.. huhu. seronoknya. masya ALLAH. ialah. sape takmahu kan.. asal salam nenek atuk makcik pakcik mesti dapat duit raya.. macam magic pon ada. tak minta pon tapi orang bagi..hee.



oklah sambung nanti.

salam lebaran semua.

6 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

mama pun salu cakap jugak, moga3 kalu kita tolong orang, orang pon akan tolong juga anak kte kat tempat orang ne. :)

mrnoble said... [Reply]

selamat hari raya aidilfitri!

Nabiel said... [Reply]

rndu kat ayah yea intan?heeee~
Selamat Hari Raye=)

nina suhaina said... [Reply]

baiknya ayah kak intan..
semoga ALLAH terus murahkan rezeki ayah akak..

psstt..time bebudak u mmg kita pikir nak pakai baju raya je kan..hihi..

hazman aka species1980 said... [Reply]

Agak terharu jugak dengan citer nie....ye la kan... biler kecik2 memang tak tahu susah payah cari duit...

kisahsensasi said... [Reply]

sesungguhnya bile kita berjauhan... pasti akan mengimbau balik kenangan lama...

Related Posts with Thumbnails