Thursday, September 09, 2010

oh exam oral surgery dan periodontics!! | salam lebaran semua!

www.tips-fb.com

Salam readers tersayang,


hmmm kejap je kan. dah puasa ke-28 ( ouh yeah malaysia dah ke-29 dah) entah kenapa aku ni tak tahulah nak kata ada perasaan ke tak yang pasti tumpuan utama ialah untuk exam sekarang ni.. final exam bukan leh buat main-main.. inilah yang menentukan nasib aku nanti.. sama ada bakal bergelar DOKTOR atau tidak.


dah settle 2 practical exam.. tinggal 5 saje lagi.. ouh banyakkan..



bukannya sangat senang nak exam practical kat sini. pertama sekali kena cari pesakit sendiri. that's the most difficult thing since i have to convince them for treatment.even worst kenelah berbahasa tamil.


sebelum exam, aku dan rakan-rakan dah jumpa Mr.Principal.bagitahu masalah kami.. susah nak cakap tamil. macam mana nak daparkan pesakit. dengan jumlah student almost 100 candidates. kene bersaing.. adoih.dan seperti biasa.. kata-kata manis dilontarkan.. dan yang paling best percaya je lah kan. so dengan yakin adanya pesakit kami pergi exam pagi isnin tu. sampai-sampai encik Principal kata tunggu je.nanti ada pesakit lah datang.. dang! takpe. bulan puasa tabah-tabah.. kami pon pergi viva voce (oral test).. lepas tu baru lah sorang-sorang dapat pesakit.



pesakit aku. hmm takyah cakaplah. tak pernah aku buat kes scaling SETERUK itu!!! gilalah.. dahla hand scaling.. entah kenapa walaupon sangat-sangat susah.. sampai sakit-sakit tangan aku nak buang calculus yang kerasnya melekat gigi dia tu.. aku tetap tenang cuba habiskan kes tu..takpe intan exam ni.. pujuk hati aku.



settle satu practical.


petang tu, dah lah tak tido malam.. aku dan kawan-kawan gagahkan diri naik auto.. round dekat kampung-kampung terdekat semata-mata nak cari pesakit.. dengan berbekalkan tamil rojak usaha nak convince si pesakit CABUT GIGI!!! dang kan??? tak pernah dibuat orang.. approach orang pujuk dia cabut gigi!! maybe kalau scaling (bersihkan gigi) masih ada harapan.. puas kami pujuk2.. cakap nanti bayar duit.. tapi siapa lah mahu wehhhh??? walau goyang macam mana.. selagi tak interfere dengan mastication.. selagi tak sakit takde orang sanggup korbankan gigi lagi2 dentist ni kan ditakuti ramai... sampai ada pakcik tu cakap. takpe dia tahu cabut sendiri... ada pula yang berjanji nak datang tapi tak datang pon..



misi mencari pesakit!




tapi jumpa ini benda! haha. cube tengok betol2 apekah itu weh??
cepat sape teka betol dia hebat!



bila dah tak jumpa.. dah nak buka puasa pon masa tu.. putus harapan. kami pon balik. kena tido dulu. malam nanti nak study pula.. esoknya, sampai kolej. entah kenapa tak ramai pesakit. selepas viva voce puas dicari-cari pesakit.. tak datang juga. last-last cikgu cakap... awak datang esok saja. buat esok.. adalah 4 orang yang tak dapat pesakit. yang pasti mestilah malaysian... yela kalau kena dengan local. kalah lah kitorang nak convince pesakit.lagipon sememangnya mereka ada senior-senior senegara yang komplot tolong diorang.



pagi-pagi buta dah sampai kolej, tunggu punya tunggu.. hmm akhirnya aku dapatlah sorang pesakit tu. hmm biasanya untuk exam mostly orang akan buat gigi yang dah longgar ( almost grade III). tapi aku takde pilihan.. aku dapat firm tooth.. takleh lah memilih da.. walaupon perasaan cuak tu ada.then lepas diagnosis... tiba-tiba pesakit au hilang.. aku tanya cikgu.. mana pesakit aku?? cikgu jawab.. ouh pesakit awak not willing for extraction...!! ya ALLAH dugaan betol ni. takpe aku tabah je lagi..



sambung cari lagi. dah dekat pukul bape dah masa tu. lewat gak.



antara instruments yang aku gunakan masa cabut gigi


1) mouth mirror
2) explorer
3) bone file
4) periosteal elevator
5) probe
6) tissue forcep
7) tweezer
8) currette
9) scissors
10) needle holder
11) bone rongeur


sorang senior help me out. finally. try convince a patient. walaupon firm. tapi takpelah aku cuba.



bila sampai diagnosis,senior tu tanya aku...


"this is firm tooth.. are u confident enough to extract this?"


dang! aku dah lah cuak.. bertambah cuak aku dia cakap macam tu ok.tapi dengan confident ku jawab,


" ouh yes.. i'l try maam!"


" don't worry.. just try, give nice mucoperiosteal flap.. n then use your force to extract. buccal traction n then palatal traction"


aku angguk-angguk je lah..



aku amik history makcik tu.tiba-tiba sorang cikgu datang..


" eh do u need translator for asking history?"


tak sempat aku jawab, dia dah nak g panggil sorang senior jadi translator. cepat-cepat aku panggil dia balik... aku cakap,


" no sir, it's ok.. already took the history.. now only clinical examination left"


sir tu macam terperanjat je.. huhu. ala kalau setakat tamil sikit-sikit bolehlah aku cakap kot. 4 tahun dah kat sini kot..



aku proceed bagi injection local anesthetic.. Alhamdulillah makcik tu tak sakit.. lepas dah yakin LA aku work. aku terus elevate mucoperiosteum flap.. hmm aku ingat pesanan senior-senior.. pastikan aku elevate flap ( longgarkan gusi atau tissue disekeliling gigi yang nak dicabut) tu dalam-dalam guna periosteal elevator.. biar expose bone dan bahagian akar gigi pon takpe.lagi senang.. yang paling aku takutkan ialah.. akar tu patah.. leceh nanti..



then dah pasti nampak akar, aku gunakan forcep.. grip gigi tu kat bahagian akar ( furcation). bila aku cuba bagi buccal traction (goyangkan untuk cabut) terasa makkkk aiiiiii kerasnya. firm lah intan oi.. kata hati aku. ouh sepenuh tenaga aku cuba.. akhirnya baru terdengar bunyi.. buccal then palatal the  buccal again.. pulled it out.. Alhamdulillah...

forceps aku gunakan tadi.



padanlah agak susah. sebab akar dia dah macam ada granulation tissue due to dental caries. so agak bulkylah akar tu.. and the socket.. memang besar.. cikgu datang check socket.



" so big. did any sharp margin inside the socket? feel it with your finger"


hmm aku rasa-rasa. yep ada lah.


" use bone file to make it blunt "


ouh yeah kene file bone pula.. bony margin kene remove sebab nanti akan interfere dengan wound healing....dah settle entah kenapa aku rasa puas hati gila!! puas hati sebab dapat cabut firm tooth dengan jayanya tanpa masalah.. Alhamdulillah.. tq Allah.huhu 


lega.



selesai dua. 5 lagi menanti. hmm dari semalam aku study dengar lagu raya. sedih tu ada tapi takdelah emo. macam takde perasaan.just aku takleh dengar kalau BAM2 cerita pasal raya, lauk apa mama dia tengah masak.. atau bila adik aku kata, rasa kekurangan takde along.. bilalah along nak balik.. tak sabar..



ouh semua tu buat aku rasa emo.lagi emo bila tengok gambar-gambar orang dah siap sedia nak raya ni.. ceh rasa nak bekukan akaun facebook seminggu.haha.. gila emo kan? boleh tak wake me up when HARI RAYA end???? boleh tak weh????? emo ni.haha.



dah lah. tahun ni,



NO ketupat
NO rendang
NO dodol
NO RAYA!!!


and yesss GOT EXAM!


tabahlah hati.. sikit je lagi intan!! sikit lagi tau.


buat rakan-rakan bloggers, rakan-rakan di luar sana.. sesiapa sahaja yang membaca entri ini.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN... enjoice raya!!!


buat MAMA, AYAH, DIDI, IKA, DIKYA, MAK, ABAH, WAK ADI SEKELUARGA, BIK IJA SEKELUARGA, MAN PAI SEKELUARGA, MAN EPI, BIK AYU SEKELUARGA,MAK USU, MAN EM SEKELUARGA DAN KELUARGA BELAH AYAH...


DAN TERISTIMEWA JUGA BUAT INSAN YANG PALING AKU SAYANG SELAIN KELUARGAKU...


DANIAL IZZAT MINHAT  juga keluarga.


SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN, SALAM KERINDUAN DARI BUMI INDIA...



sekian wassalam.


p/s: salam lebaran !

7 si gojes suke membebel:

bulatkocik said... [Reply]

bapak sedihlar...tp nak wat camner..lu kena rilek sambil g cabut ggi org..hehe

nanti biler lu balik msia waa nak suh lu cabut ggi waa laa..dah bkulat..haha

ap2 pun camat hari raya dari waa..;)

adrinaqamarina said... [Reply]

go akak go! nak jadi doktor bukan senang. tapi hasil nye nantii insyaALLAH =)

salam lebaran dari rina di egypt

Anonymous said... [Reply]

selamat hari raya intan! wat exam elok2 k.. akak xsabo nk g klinik DR INTANBERLIAN nih :-)

sama la kita beraya as anak perantauan.. xd dodol gak tapi ada lemang instant! hohoho! jaaadi laa dr xd langsung..

zella y said... [Reply]

gud luck dear...
salam lebaran..maap zahir batin....

mrnoble said... [Reply]

selamat hari raya aidilfitri!
maaf zahir batin :D

yanamib said... [Reply]

oh u amek dentist? nnt buka klinik kt mesia roger la..leh dtg..hehe..dh lamaaaaaa sgt x pi jmpe dentist..bkn takut..malashh! ngee~


slmt hari raya..sedeynye raya jauh² kn...erm xdpt bygkn =)

nina suhaina said... [Reply]

go kak intan go..bangga akak da berjaya nanti..bleh tolong mama ayah..

selamat ari raya kakak..

Related Posts with Thumbnails