Friday, September 10, 2010

sambungan Nostalgia hari raya milik aku.

www.tips-fb.com



bila aku makin meningkat remaja, bila kau mula berada di asrama.. aku baru tahu apa itu sahur dan buka tanpa mama dan ayah.. tanpa lagi boleh memilih-milih mahu makan apa.. belajar menerima apa sahaja rezeki yang ada didepan mata.. belajar bersyukur dengan nikmat Allah.. tapi aku masih berkesempatan beraya bersama keluarga... sama-sama membuat persediaan raya..



kadang-kadang malam raya.. tidur rumah nenek.. ramai sepupu semua balik.. masak beramai-ramai.. seronok sangat raanya saat itu.saat yang sudah lama aku tak merasa kenikmatannya.. saat yang mungkin aku hampir lupa kehangatannya keindahannya di sisi keluarga tersayang.. kalau tidak pon, dapat merasa bersama-sama buat kuih raya dengan mama, ika.. tolong ayah dipasar ramadhan.. tolong nenek dan atukku berniaga lauk-pauk dan kuih-muih di kedai makannya waktu petang-petang.. seronok nya perasaan ketika itu.



sekarang ni, mama cakap ayah dah tak berniaga lagi.. ayah dah tak larat. sebab dah banyak lebun-kebun ayah yang perlu diuruskan. ayah dah tak punya banyak masa untuk menjual air. takpe. ayah pon tak leh dah kerja keras-keras sangat.. ( ayah dah makin tua ke? huhu tapi ayah masih gagah ). 



sejak aku berada di bumi india. tiadalah lagi malam-malam raya yang indah.. bersama keluarga, menukar apa yang patut sebagai persediaan raya, menyusun kuih raya dalam bekas, memasak beramai-ramai... dan yang pasti.. tiadalah lagi semangat berkobar-kobar bangun pagi raya.. nak pakai baju raya.. melangkah kaki ke rumah nenek dan atukku.. berjumpa sanak saudara.. menolong menghidang makanan..


tiada lagi suasana meriah di pagi raya.. riuh rendah suara sepupu sepupuku.. sarapan bersama-sama..lepas balik solat raya, berkumpul ramai-ramai.. saling bermaaf-maafan.. oh rindu mahukan mencium tangan mama dan ayah.. selepas bersalam-salaman.. makan bersama-sama.. kemudian.. bergerak ke rumah sanak saudara.. begitu juga hari-hari berikutnya.. makanlah ketupat dan rendang sepuas-puasnya.. tapi di sini.. no komen.




yang pasti. malam raya. aku di sini. dibilikku di pelusuk salem. menulis ini blog. meluahkan apa yang kurasa. aku mahu semua ini berakhir dengan secepat mungkin. mahu berada disisi keluarga secepat mungkin. bukan kerana aku si manja.. mahu berkepit di ketiak emak. tetapi aku mahukan mereka sebab mereka saja yang aku ada.. selagi mereka masih ada.. aku mahu bersama mereka.



tapi, bila aku balik nanti. aku bukan lagi anak kecil seperti 18 tahun dahulu. aku sudah dewasa, aku sudah 20-an.. aku bukan lagi si penerima duit raya. aku kini pemberi duit raya.. aku bukan lagi yang memerhati orang didapur menyediakan juadah. tetapi aku kini yang menyediakan juadah.. bukan lagi anak kecil yang sekadar bersalam tapi tak tahu apa itu erti memaafkan dan momohon maaf.. bukan lagi kanak-kanak yang bisa meminta-minta baju raya dari mama dan ayah tapi kini aku yang membelikan buat mereka.. yang pasti sudah tiba masa aku mula membalas jasa mereka walaupon sekelumit pon belum tentu mampu kubalas..



aku kena bersedia untuk semua itu.


makin lama, aku rasa masa semakin cepat berlalu.. kalau dulu ramadhan sebulan terasa lama sangat. tapi kini.. eh kejap je dah raya? baru je sambut raya tahun lepas. ouh bumi berputar semakin ligat dipaksinya.. siapa sangka, anak mama dan ayah yang dulunya sangat cengeng.. kuat menangis kat.. boleh hidup dengan sendirinya tanpa mama dan ayah di bumi india. ouh i feel proud of myself...



kenangan lalu banyak membuat aku bergenang. memang masa cepat berlalu.. tetapi kenangan yang tinggal itu.. masih ada buat kita.. sebagai memori terindah yang bakal terpahat sampai bila-bila.. memori indah itu mengajar kita mengorak langkah ke depan dengan lebih yakin demi mencari sinar yang ada.. walaupun hanya sekadar sisa-sisa kenangan yang lalu.. walaupun raya di bumi india tak seindah malaysia.. namun kenangan lalu sudah cukup buat aku.. buat apa mengharap lebih kalau apa yang ada ini pon boleh buat kite tersenyum dalam air mata.. terima kasih nostalgia terindah. jika bisa ku putar balik ke masa dahulu. akan ku cuba hargai setiap saat.. setiap waktu bersama mereka.. yang lalu tetap berlalu.



air mata bergenang. jatuh laju.. lalu kuseka dengan pantas. aku malu.. malu dengan Allah sebab. diluar hujan lebat.. hujann sehujannya.. seluruh alam menangisi pemergian Ramadhan untuk tahun ini.. tapi aku? bukan sebab berakhirnya Ramadhan.. tetapi hanya kerana tak dapat beraya bersama keluarga? lantas aku fikirkan.. masihkah sempat aku bertemu kamu wahai Ramadhan di tahun hadapan.


Wallahu'alam.




sekian, salam lebaran semua =D

8 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

selamat hari raya akak. maaf juga atas segala kekhilafan yang dilakukan.

nina suhaina said... [Reply]

sis..selamat ari raya..maaaf zahir dan batin..
tahniah da nak abes belajar. pasni bleh la akak beraya ngan family :)

abigemok said... [Reply]

hidup dah mmg mcm ni. apakn daya, terimalah keadaan seadanya pastinya suatu hari nanti akan kita terima segala sesuatu yg terbaik utk kita..
Slmt hari raya, maafi segala kesilapan..

ikhlas;
kyuubi

cik Syafiqah said... [Reply]

ala,yang~ sayu baca cerita kamu... buat saya mahu juga post satu cerita berkenaan kenangan raya ini... huhuhu

IntanBerlian said... [Reply]

rina~

huhu selamat hari raya rina

IntanBerlian said... [Reply]

nina~ selamat hari raya dear..

IntanBerlian said... [Reply]

kyuubi_85~

insyaAllah.. selamat hari raya =D

IntanBerlian said... [Reply]

cik Syafiqah~

huhu sayu memang sayu.. hmm buatlah hee.. leh kite lak baca.weee

Related Posts with Thumbnails