Sunday, October 17, 2010

Pengalaman kena tipu hidup-hidup dan tips mahu menaiki auto di INDIA.

www.tips-fb.com

Salam Readers,


heh, lama aku tak bercerita tentang india, mood pon di malaysia.. buat apa cerita kisah india. haha. tapi rindu punya pasal kali ni aku nak cerita pengalaman aku naik auto.


ni lah rupa auto naik 3 orang.
kalau tak muat boleh duduk sebelah pakcik tu.
tak muat juga duduk belakanglah tempat letak barang.



nak diikutkan banyak pengalaman naik auto ni. aku paling tak suka naik auto bila nak tawar harga auto. macam malaysia. hmm mana-mana agaknya, meter tu sekadar perhiasan je, kadang-kadang aku rasa nak hempuk meter tu. geram pun ada. tahu nak paw orang je. dah lah aku pun pelajar. agak-agaklah kan. lainlah aku ni cop duit ke, ada kilang duit ke, tiup daun terus jadi duit ke.. ade aku kisah??? kadang-kadang hmm bukan tapi selalu lah. panas je aku ni bila orang auto ni dok tipu aku hidup-hidup. ingat aku baru sebulan dua ke duduk india hah? sedap sekali aku cakap;


" hey anna!! poiiii soladehhhh!!!! "


keluar tamil aku baru terkedu kau!!


lantaklah kalau sebutan aku macam omputih cakap jawa ke kan. janji dia terkedu! haha. maksudnya tadi 



" hey bang!! jangan tipulah!!"


hmm, pengalaman yang aku agak bengang masa aku 3rd year, baru habis 3rd year lah. cuti ada 10 hari. nak balik malaysia rasa tak berbaloi dengan tiket mencecah RM2000 kan. so aku dan seorang kawan lagi berangkat ke BELGIUM eh eh.. jauhnya.. haha.. bukan-bukan ke BELGAUM. belgium versi india. haha. aku tipu.


BELGAUM ni tempat member baik aku si Aimimira. dari salem ke bangalore dah 3 jam setengah. kemudian dari bangalore ke belgaum naik bas 12 jam. aku naik 10 malam sampai 10 pagi. macam tu lah lebih kurang. details tak ingat. lama dah tu kot. aku kan short term memory. naik bas dekat india ok lah, lama-lama pun tak sakit montot. naik bas tidur... heh, hebat tak india? boleh tidur-tidur golek-golek dalam bas..


ok ni kisah selepas aku balik dari belgaum. rumah aimi memang best. rasa macam balik rumah kat malaysia. dengan ada sedikit sedih dan homesick, sampai bangalore pagi-pagi buta, aku dok tahan pakcik autolah. 


sumbat selagi muat.



yang aku geram tu, harga semua 2 kali ganda. rasa macam nak pancung je sekor-sekor tu. tapi aku sabar je. aku tawar lagi, dia tak bagi.. aku cakap pakai meter. diorang tak mahu... sakit hati.. yang sorang tu kata, harga murah lah tu.. kepala hotak dia murah... 2 kali ganda!!! ingat aku ni baru sampai india ke. uish pagi-pagi memang dah uji kesabaran beb. aku dah nak terkucil pagi-pagi tu. nak tinggi suara lebih-lebih pun tak boleh.



tiba-tiba datang seorang pakcik auto tu berhenti depa aku dengan member aku, dia kata, ok dia pakai meter, tapi tambah 20rupee. aku pikir-pikir ok lah dari kena paw sampai 2 kali ganda kan... then masa auto tu jalan, 



aku punya terperanjat tengok auto tu punye laju meter dia!! gila lah. ini dah macam speedy habis meter tu mengalahkan kelajuan auto tu yang sememangnya macam-macam kura-kura sakit kaki.. menguji kesabaran betul ni. aku dah  hangin semacam. member aku pun cakap kenapa lain macam je meter dia ni. aku tak leh nak cakap apa dah. ikutkan hati nak saja aku suruh dia berhenti aku naik auto lain. tapi diikutkan pundi kencing yang dah penuh tinggal nak terkeluar je ni.. aku buat-buat tak nampak meter tu. aku diamkan saja.



sampai destinasi, aku cakap dengan dia, jangan lah tipu customer, aku ni pelajar kot. dia pandang pelik. aku cakap ingat aku  tak tahu dia punye meter tipu macam kepala hotak dia? dia sengih-sengih. ada tak rasa nak sekeh kepala. takpon kalau yang kurang kejam sikit, pancung je!  last sekali jumlah yang aku bayar sama saja dengan harga yang auto 2 kali ganda harganya tu. dasar penipu hidung kembang! adoih. lalu dengan seikhlas hati aku niatkan sedekah.. amiklah pakcik. moge dibukakan hati tu, jangan jadi cacing sudah..amin~ so pengajarannya, meter pun pandai menipu!! berhati-hati dengan si dasar penipu berhidung kembang ni. yang hidung kempis, mancung pun ada... macam-macam ada.




heh, sistem pemparitan dekat india ni sangat teruk, kadang-kadang kalau hujan lebat, jalan banjir gile, dalam sekelip mata dah jadi macam sungai jalan raya tu. aku rasa bukan naik auto dah tapi dah jadi macam AUTOBOT!! hoho.



ANTARA TIPS NAK NAIK AUTO:
1) kenalah tahu harga biasa berapa, maksudnya tanya orang awam. selalunya aku tanya orang-orang india sebelum aku tahan orang auto.. takpon tanya pakcik guard kat shopping complex. kau beragak-agak jangan tanya orang kaya. diorang entah-entah auto pun tak tahu. ok aku tipu, Bila dah tahu harga, tanya dulu pakcik tu sebelum naik... kalau dia cakap melebihi range harga sepatutnya cuba tawar, kalau tak boleh.. kau tinggal kan saja, banyak lagi auto lain. jalan beberapa langkah, buat tak tahu je bila dia panggil.paling tidak pun dia akan panggil kau balik. bagi harga kau nak atau atas sikit harganya... heh. cubalah!



2) bawa biskut supaya kalau ada budak kecik minta sedekah kau boleh bagi biskut tu instead of money. duit tu entah-entah sindiket belum tentu dia dapat. so baik bawa makanan kan.



3) orang india ni, kadang-kadang patutnya naik 3 orang atau 4 orang tapi dia naik sumbat sampai mahu 8 orang kot. berhimpit-himpit. heh, aku pon dah terbiasa kot. tapi yang tak bestnye, dengan foreigner dia nak paw lebih sebab naik ramai.. tapi aku tak layan. bukannya duduk atas pangku dia pun.kite yang berhimpit. so kalau dia nak charge lebih sebab ramai orang jangan layan!!



hehe. naik bas ke auto ke motor ke semua boleh buat macam ni
hebat tak india? sebab tu we called it
INCREDIBLE INDIA!




4) ada yang suka bawa laju. kau sound je dia.laju mengalahkan lipas kudung nak terkencing. kalau yang lembab tu pula mengalahkan kura-kura sakit kaki...tapi biar lambat asal selamat.




5) disebabkan open air, maka bau haruman yang mengenakkan dari hasil air kencing dan berak manusia-manusia yang tak tahu malu ni memang menusuk hidung dan kalbu.. jadi tutup hidung kuat-kuat asalkan kau tak lemas. habuk asap tak perlulah cakapkan.. sampah sarap?? hah lagi tak perlu aku bagitahu. jangan kau tengok selonggok benda ataupun apa-apa dekat pantai atau jalan tu adalah perhiasan mahupun batu atau kerang atau siput comel.. silap besar beb!!! tu taikkk keringggg  manusia tu...hahaha. pernah member aku terpijak taikkkk manusia bila kami dibawa melawat ke pantai yang paling indah di chennai lah kononnye.amik kau!!! euwww.
6) naik auto yang ada kain pelindung tepi supaya bila hujan nanti boleh diturunkan. so tak adalah tempias kena hujan.hehe.silap naik, habislah kau. lecun! lainlah kalau kau kalis air.hehe.



oklah itu saja tips untuk kali ini. 




hadiah kontest aku dah pos. ada antaranya yang dah buat entri hehe
mahu hadiah apa, silalah terjah entri mereka ini ye =D


HASRULHASSAN
 WAKRON


KEMMA
yang lain, MISS MUMUN,AHMAD ZAKI aku tak pos lagi ni sebab aku tak dapat emel diorang lagi time aku pos yang lain-lain..nanti saya akan poskan tau. kak ZAIIKULIM kata, dia tak dapat lagi sebab kedah jumaat kan tutup.huhu.



p/s: Sareee dah habis dijual. Alhamdulillah. terima kasih kepada yang membeli.

22 si gojes suke membebel:

nina suhaina said... [Reply]

haha akak..memang bagus la tips akak ni. kalau macam ni kena fikir banyak kali la kalo nak melancong tengok taj mahal :)

mrnoble said... [Reply]

asal dgr cite org pegi india je, mesti dgr cite yg tak best. tak sanggup la aku pegi india :D

bulatkocik said... [Reply]

rupanya ko fasih gak bbahasa india..tkuujut aku..haha

naik auto nie boleh myelit2 ker..aku tgk citer tamil ngn slamba badak dia myelit2..betui ker tu..mklumlar ko kan dah lama duk sana..hehe

ag 1..klu nak cakap lu kencing tak basuh dlm bhasa india camner yer..hahaha...

Unknown said... [Reply]

tips yg sgt komprehensif...
bagus bagus...

Mr feckry said... [Reply]

kagum gile dengan openning cromony komenwel kat india

Rina Rossoneri said... [Reply]

wahhhhhhhh,tabah sungguh naik auto tuh..

mama affan said... [Reply]

waa..dasatnya..kalau x biasa..mmg asyik kena pau la dok sana ek..semuanya cekik darah..

BUNGA said... [Reply]

bagus tips ni..
tapi ntah bila boleh pakai tips berguna ni..hehehe.
p/s: rasa x sanggup n pergi India.. mesti kotor sgt dkt sana..

cik helena said... [Reply]

biar betul taik org!!hampeh betul.haha

hey anna poy solaadeh.hahah boleh lah..

Unknown said... [Reply]

bagi gak tip kamu ni..nanti boleh di praktikkan..dah habis study ker belum?

nak tanya kalau kamu jual sari kamu beli kain apa yang sesuai dengan cuaca kat malaysia ni.

..dan brp harga..member masak-masak sibuk tanya bila auntie nak jual sari.

IntanBerlian said... [Reply]

@nina~ huhu ala, takpe dik.. dah bagi tips tu kompem boleh pakai.haha.

IntanBerlian said... [Reply]

@Mr. Noble~ haha, next time kalau aku jumpe cite yang best aku cite ek.haha.

IntanBerlian said... [Reply]

@bulatkocik~ haha, konjem2 tamil tariyemmm.. hehe, ala setakat sikit2 boleh lah. hah yang tu aku tak belajar takot kalau aku belajar nanti aku tegor diorang pula.haha

aku pun selambe je himpit2 main sumbat,

IntanBerlian said... [Reply]

@kakyong~ hehe boleh di gunakan kalau kakyong dtg india ni..

IntanBerlian said... [Reply]

@Mr.Feckry~ India ni unpredictable bro.huhu.

IntanBerlian said... [Reply]

@rossoneri~ yep sangat tabah! huhu

IntanBerlian said... [Reply]

@fikaryna~ memang kak. huhu. diorg tengok foreigner lagi mati kene cekik ngn diorang ni. dahsat sangat!

IntanBerlian said... [Reply]

@BUNGA~ huhu betul kak. memang kotor. hmm tahan je la. rasa masuk KLIA tu bahagia gile.haha

IntanBerlian said... [Reply]

@cikhelena~ betul cikhel. geli gila.haha. berak bersepah2.

IntanBerlian said... [Reply]

@kak ina kl~ auntie ina, hmm intan memang pernah jual kain sari yang lembut2 tu. selalu bawa jual dengan kawan2 mama kat sini. cikgu2 suka kain lembut. crepe material mostly. hmm biasanya harga tu range dari rm190-200 lebih tngok jenis kain.. kain ni memang 6 meter. tu mahal sikit,

Anna Boleyn said... [Reply]

heheh tips ni menarik tau lah serba sedikit pasal india. ;)

Chibi Maruko said... [Reply]

i love india, best kalau suka cabaran sbb india memang tempatnya... masuk dua kali jugak ke india.

Related Posts with Thumbnails