Monday, October 04, 2010

Resepi Sedap Lasagna si Anak Dara. mari cuba.heeee. dah makan nak lagi!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



semalam aku ada buat lasagna yang sedappp!. hmm second time buat.hehe. i likeee. makanan menggemukkan ni memang i like.. habis licin ok.haha.so aku nak berkongsi resepi ni.


BAHAN-BAHANNYA:

Untuk lapisan:

Kepingan lasagna ( beberapa keping ikut lapis dan besar bekas kamu ye)
1 sudu besar marjerin/butter
sedikit garam


Untuk Sos Putih

3 sudu tepung gandum
2 sudu marjerin atau butter
setengah cawan susu segar / susu cair/ atau bancuh sahaja dengan susu tepung.
air ikut kepekatan dan banyak mana yang anda mahukan.( setengah cawan pun boleh)
1 kiub maggi ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada putih / lada hitam
sedikit cheddar cheese yang diparut
mozarella cheese diparut.

untuk Sos Daging:

2 biji bawang besar ( saiz sederhana)
3 ulas bawang putih
sedikit halia
sedikit cili kering 
sos prego ( kuantiti ikut banyak mana yang anda nak buat, aku guna 2 tin )
sayur-sayuran seperti capsicum, lobak, cendawan butang, kacang buncis, tomato yang dipotong dadu.
daging kisar
sedikit serbuk oregano







CARA MENYEDIAKAN KEPINGAN LASAGNA:

1) Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan 1 sudu besar marjerin/butter dan sedikit garam.
2) masukkan satu persatu, jangan sampai melekat sesama sendiri..
3) rebus kepingan tadi tapi jangan sampai terlalu lembik.nanti terkoyak.
4) angkat dan toskan atas penapis.
5) masukkan ke dalam sebekas air biasa.

CARA MEMBUAT SOS PUTIH:

1) masukkan 2 sudu besar marjerin.
2) masukkan setengah cawan susu segar
3)masukkan tepung gandum yang telah dikacau dengan air dengan kepekatan pes.
3) kacau.. dan sambil itu masukkan sedikit garam, serbuk lada putih/hitam dan kiub pati ayam.
4) kacau sehingga likat.


CARA MEMBUAT SOS DAGING:

1) blend bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering
2) tumis bahan-bahan yang dah dikisar tadi sampai cili masak. ( tambah cili kering sebab aku tak suka rasa tomato semata, nanti muak.. biar rasa pedas cili sikit baru sedap)
3) masukkan daging kisar sehingga masak.
4) masukkan prego.. tambah air ikut kepekatan.
5) tambah garam dan gula secukup rasa.
6) masukkan sayur-sayur yang telah dipotong dadu.
7) tambah sedikit serbuk oregano.
8) tunggu hingga masak atau mendidih.pastikan tak terlalu cair kuah tersebut.





PENYEDIAAN TERAKHIR:

1) sapukan marjerin pada bekas atau loyang.
2) letakkan kepingan lasagna tadi menutupi ruangan loyang.
3) letak sos daging dan ratakan.
4) letakkan sos putih. ratakan.
5) letakkan lagi kepingan lasagna
6) letakkan sos daging. dan ratakan.
7) ulangi langkah tadi sehingga loyang agak penuh.ketebalan lapisan terpulang kepada anda.. aku pula, sampai kali kedua letak sos daging dah hampir penuh.. sebab agak tebal setiap lapisan tu.. kalau anda nak buat beberapa lapis.. bila letak sos daging tu..letak sikit sahaja..
8) pastikan diakhiri dengan sos daging. 
9) taburkan mozarella cheese yang dah diparut. pastikan menutupi setiap permukaan tadi. lagi banyak lagi sedap... haha. tapi kolesterol tinggi weh.
10) masak dalam oven dengan kepanasan 180 degree selama 40 minit sampai chesee berwarna perang kekuningan.


heh, dah siap. nanti dah sejuk sikit.bolehlah potong dan ngappp.makan! sodap ni.tapi AWAS untuk orang diet. sangat tak sesuai untuk kamu.


hmm baru lepas keluarkan satu lagi lasagna dari oven tadi.sebab semalam ada orang yang tak dapat.hehe.



aku dapat resepi ni dari blog pepelungu. tapi banyak gak aku modify. hmm yang sos daging tu aku tak ikut. aku gunakan resepi yang selalu aku guna kalau masak spagetti atau pasta.. so sesiapa yang nak buat spagetti atau masak pasta.. boleh je gunakan resepi di atas. nak lagi sedap blender kan sekali cili kering dengan sedikit ikan bilis. memang sedap!



SELAMAT MENCUBA!


p/s: lepas ni kalau si jelinajolie tau mesti dia kata, hari tu jadi klinik gigi, pastu blogshop sekarang buku resepi? haha. nak buat cam mana aku dah kata kan ni multipurpose blog. hmmm pasni nak try buat cheese cake pula.

16 si gojes suke membebel:

Hazzy Ishak said... [Reply]

fuhh kecur air liur,
hazzy buat pizza kat umah.heee

biskut chipmore said... [Reply]

sedapnya..mau sket

SYAFIQAHSALEH said... [Reply]

gle suka lasagna (!) :)

mrnoble said... [Reply]

pehh!! lasagna, dah lama tak makan! :D

nina suhaina said... [Reply]

akakkkk..nak add ke? add la kat fb bru senang nak bagi address..apa fb akak?haha..

Nekmo said... [Reply]

berseleranyee tgk..mcm susah je sis..adoila..

Azuan said... [Reply]

lasagna ni mkanan barat kan?? x pernah try lag benda ni...huhuu

Amni said... [Reply]

Sedap! fav ni.. harus ku cuba.. salin ek resepi.. hehe... tq

iidyll iceness said... [Reply]

tgk sodap jer...but bl tgk daging....cissss...tepuk dahi....waaaaaaaaaaa

Unknown said... [Reply]

byk nyer bahan..mula da pening.hahhaa

JelinaJoli said... [Reply]

ada balance lg x? gua nak setengah

Mrs Nurul said... [Reply]

kakak aku pon suke wat mende alah ni memang sedapp ;)

cik helena said... [Reply]

LAPAR!

luvpinkja said... [Reply]

wah. sedap nya lasagna..!

haritu buat dah. tapi part sos putih tak berapa nak jadi lah. jadi macam ketul2 n rasa tepung lebih. biasa makan kat kedai kan sos putih tu macam cair kan. how ek..?

then, nak tanya apa beza cheddar cheese dgn mozarella cheese? memang tabur cheese kat atas sekali eh?

sorry byk tanya. thanks..! :)

-atiQah- said... [Reply]

terima kasih linkkan blog kitee.. :) nanti kite nak cuba resepi awak pulak lah... :D

Amir-IsOkay said... [Reply]

Waa~How nice

Kena cuba nih =9

I love anything related to pasta

Related Posts with Thumbnails