Sunday, August 01, 2010

Bila naik keretapi di India. Aku tak pernahkan bagitahu rahsia ni?

www.tips-fb.com

Salam semua,



aku rasa aku tak pernah cerita satu benda ni kat korang



haha nak tahu apa?



meh teruskan membaca...



jeng jeng jeng



korang pernah ada pengalaman naik keretapi tak?



eh kalau setakat KTM, monorail, komuter, dan segala macam jadah kat malaysia tu.. aku pun pernah deyh.. tapi kalau keretapi kat INDIA.... hah korang pernah? hah tak pernah kan.hehe


nak dijadikan cerita,



suatu ketika dulu, dulu sebab sekarang aku naik bas je. jarang dah naik keretapi. leceh sangat. banyak kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan menyebabkan aku lupakan hasrat nak naik keretapi ni.



pernah satu ketika,



baru balik malaysia ni, aku ingat lagi masa tu cuti summer (ceh summer,macam negara omputih) bulan 5, masa tu.. aku paling benci bulan 5 sebab masa tu dah dekat sangat nak final exam.. so bila balik india macam balik nurrakaaaa gitu ( tipu aku ni.exaggerate takleh blah kan) hmm tu lah, tak rasa so korang tak leh judge aku ok.. nak rasa.. moh lah datang duk india.. tak lama.. aku bagi masa seminggu je.. boleh? hehe. kalau boleh aku kasi TABIK SPRING!!




masa tu, dari airport direct ke stesen keretapi. malam sampai..lebih kurang pukul 10.30 malam waktu india.. pakcik yang uruskan tiket keretapi dan tiket flight ni ada bagitahu.. ada stesen baru yang lebih dekat dari airport berbanding CHENNAI JUNCTION (stesen keretapi utama). kitorang memang nak cepat.. so tak pikir panjang.. setuju je..





dah ada lagi dekat kan.cepat sikit sampai.. tapi tak pernah ni ada pengalaman guna stesen baru. rupa macam mana pon tak tahu..





yang kitorang tahu, cakap dengan drebar teksi nak pergi stesen sekian dan sekian.. janji sampai.. sekali sampai.. aku BLANK..rupanye stesen kecik je hah.. tak de satu pon keretapi kat situ.. tanggaaaaa diaaaa makkkk aiii punyalah banyakk.. yang paling tak best takde KULI!!! ( pakcik yang selalu offer angkat bag dinasour kepunyaan kitorang) bayangkanlah kitorang heret beg-beg tu.. masyaAllah memang tak terkata apa lah.. aku rasa macam nak campak je tolak berguling-guling beg tu.. mahu 30kg lebih ada kot. sampaikan beg kawan aku tergolek.. terus patah handle.. TERBAIK.. handle patah.. lagilah menambah penyeksaan. nak putus segala tendon dan ligamen aku ni hah tolong angkat..



ok dah sampai stesen.. tunggu lagi si keretapi. kitorang dah ingat salah stesen dah tu.. sunyi sepi macam dalam hutan.. gerun pon ada..



tiba-tiba setelah puas menunggu, bunyi keretapi.. ponn ponnn ponnn



tanda keretapi dah sampai.



terkial-kial cari gerabak keretapi ikut nombor.. dengan heret dinasour sekali.



disebabkan nombor seat lain-lain. jauh pula tu.lain-lain gerabak.. so masalah sikitlah nak mencarinya.




then bila jumpa, kitorang tolong sama-sama angkat bag.. masa tu memang melambak lagi bag kat bawah.


TIBA-TIBA



ponnnn ponnn ponnnn



petanda dia nak gerak.gila ke apa?? baru 10 minit kot!



aku cuak gila, tapi dalam hati.. takkan lah keretapi ni nak gerak. pakcik guard yang pegang wisel tu nampak kot aku dengan kawan-kawan tengah terkial-kial nak angkat beg ni.


dang!!!


 keretapi bergerak, 2 orang member yang dah naik (lelaki) turun, tolong campakkan beg dalam keretapi.. keretapi makin laju bergerak.. aku sempat naik walaupun dah bergerak..sebab ada orang india tolong tarik... aku rasa berderau gila darah masa tu sebab sorang lagi kawan pompuan aku A ada kat bawah.. sebak gila bila aku tengok A terkejar-kejar keretapi yang dah mula laju.. laju A lari.. aku hulur tangan.. tapi terlepas.. sorang pakcik India tolak aku kebelakang.. dia hulur tangan dan akhirnya grab A naik.. A terhantuk kat dinding pintu keretapi... YAAllah.. dahsatnya dugaan. masa tu. meluncur air mata aku dan A... sumpah tak permah alami macam ni..




rupa-rupanya, 2 kawan lelaki kami tu tak sempat naik.. diorang naik teksi balik Salem yang sejauh 9 jam.. sedihkan.. masa tu kawan-kawan kat gerabak lain semua datang, diorang kata.. memang sebak tengok kitorang.. tak dapat nak tolong macam mana. sebab gerabak lain.. tak sempat pon nak tolong..




Sumpah macam drama hindi.. takpon filem tamil.. yaAllah.. masa tu aku memang nekad gila tak nak naik lagi keretapi.. dan akhirnya. aku tak naik.. hoho. pengalaman yang cukuplah aku alami sekali.. bayangkan kalau masa tu aku dan A terselit atau terjatuh kat landasan masa cuba naik keretapi yang bergerak tu..




bodoh gila. memang aku menyumpah-nyumpah guard kat situ. sikit tak tolong.. sikit pon buat tak tahu. ya memang.. aku yang tak patut menyumpah sebab semuanya tu adat diorang.lari kejar turun train.. dah biasa. aku dan kawan je yang tak biasa.. dengan beg seberat dinasour. memang. CUKUPLAH!




itukah rahsia yang aku nak sampaikan?



TAKK..HEHE



rahsia sebenarnya,



ada suatu ketika, aku nak buang air kecik kat toilet.. makkk aiii bau tak yah cakaplah kan.



tengah aku nak cangkung tu.. aik???? pelik gila..



ape yang PELIK?



lubang tandas dia tembus bawah.



terus tak jadi aku nak membuang.hoho.



selama ni, orang kencing berak.. semuanya jatuh atas landasan.. haha.. gila pengotor.. masyaAllah teruk benar tamadun mereka ni.. tak paham aku kenapa dan mengapa.. mencemarkan bau betul.. patutlah setiap kali aku kononnya nak amik angin.. buka tingkap dengan angin sepoi sepoi bahasa.. perrrrkhhhh bau semerbak menusuk jiwa raga yang mampu menggugurkan jantung aku.. gila hancing busukk...



adoihhh cukuplah 5 tahun kat india.. tak sanggup nak tambah lagi walau sehari,




sekian terima kasih.




p/s: bersyukurlah dengan udara nyaman di malaysia.sebab ada yang lagi terukkkkk!!

26 si gojes suke membebel:

DreamLogic said... [Reply]

sadisnye T__T

mmg pengotoq gile india nih.
kalo kt ibu ngr diorg cmni gak ke?

alinac lover said... [Reply]

tudia...penuh emosi da saya baca..

sudah 5 tahun ya??so skg umur kamu???

IntanBerlian said... [Reply]

hmm india ni kat mana2 pon sama je.. tak kira lah ibu negara ke negeri kecik.. pergilah delhi, mumbai negara-negara besar sama je... hoho

LaYLadaMaTaTakBoOLaT said... [Reply]

muahahahha...
geli scary marry..
nasib tuhan nk pnjgkn nyawa k..
ape2 pon..dh nk hbs pon kan...
selamat maju jaya..
selamat menjadik dentist..hehehe..
btol, ke dentist??
klu btol..nk mintka advice ckit..heheh..baca ni...
http://laylamatatakboolat.blogspot.com/2010/07/i-need-to-see-dentist.html

fazRul said... [Reply]

uit..ko dah balik msia yer...leyh jumpa ko ngn bam2..boleh2 lar...hehe


takpelar..biler ag nk kejar train kan..pasni tgal kenangan jela leyh citer dekat ank ko n bam2..hohoho...;)

tp bab tndaS 2 mmg tbek lar..jimat cost nk buat smbungan paip pbentung..hahaha

[[iidyLL_iceneSS]] said... [Reply]

dear.....
ak xmo p india!!!!!!!!!!!!!!!!!!
wa.........shari pn ak xmo.....
cmne nie!!!!!!!!!!!!!!!!

Isa said... [Reply]

IntanBerlian,

Selamat bertapa di India dan semoga berjaya. Maaf gua cilok n3 lu tanpa izin buat info kepada pembaca.

Life kat India...??? Sabar jelah dik oooiii... yang penting matlamat lu di sana tercapai.

Semoga berjaya...

k.i.w.i said... [Reply]

ahahaha.gela la tan.

Sky8Men said... [Reply]

mcm bez...hehe ^_^

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

hohoho.

sebbaik msia xcamtu.

faramira said... [Reply]

hahaha.. mcm filem hindi la kak~~ haha

nabil_potter said... [Reply]

pengalaman menarik..
kereta api kat sana memang padat kan?rrrr...xnak naik la...huh
kalau tak tahan, terpaksa jugak la melepas..heheh

ciK LyndaWawa igUana said... [Reply]

belikan shawl dari india untuk saya...
hehehe

fikaryna said... [Reply]

mmg dasat..2 dah macam cite tamil 2..nasib baik selamat walau sgt tragis..oh, indahnya bumi malaysia!

zella y said... [Reply]

mcm filem tamil da....
hehehhehe

pengotor r india ni....

tp bahaya nya situasi u tu...
klu jd ape2 kan susah...
main tolak2 main campak2 plak erk...

pasni sure taubat dh kan hehehhe...
xpela..pengalaman...tp zella tringin nak gi india tau...

fndrocka said... [Reply]

kalau camtu..rela bayar teksi lebih skit utk keselesaan dan keselamatan..iye dak.kat mesia ni pun komuter atau lrt kadang meyesakkan..kadang naik teksi pun lg selmt.tp teksi pun kadang caj melampau.soo...yg kat negara org tu lagilh kena berhati2..

yg tandas tembus ke tanah tu pernah tgk dalam citer slumdog millionaire.

cik helena said... [Reply]

intannnnnnnnnnnnn!lama tak dtg tuka layout sudahh!rindulah!heheeh

dah balik malaysia ke?

cerita nih buat cikhel takut lah..nasib baik kamu n kawan2 tade pape tau!

IntanBerlian said... [Reply]

@Alinac Lover~ huhu baru 4 tahun.ade stahun lagi.hee.. skrg 23..=P



@Laylamataboolat~ huhu terima kasih dear,insyAllah...



faZrul~ hahaha. boleh2. mahu belanja kah? tahu takpe kenangan tu kot.


@Isa~ huhu takpe2.tq sangat2 bro =D


@iidyll~ huhu eleh sehari pun tak mo ke syg...


@kiwi~ berat mata membaca.. berat lagi aku yang merasa.hehe



@sky8men~ hehe jempotlah datang india.

IntanBerlian said... [Reply]

@miss lolly~ huhu nasibbbbb sangat2.


@faramira~ akaklah heroinnya.


@nabil_potter~ bukan setakat train.bas lagilllahhhhh... macam sardin!



@fikaryna~ kak ryna yep.. sangat2.huhu.memang msia lah yang terindah kak.


@ciklyndawawa iguana~ hehe.. rasanya shawl msia lagi cantik2 dik..




@zella~ huhu, jempotlah ke india zella,intan bawa g lawat rasa suasana india yang penuh pengalaman ni.hehe



@fndrocka~ betol pon.memang melampau kene caj.tapi itulah.nak keselesaan..naiklah teksi terus sampai hostel.


@cikhelena~ cikhel.heee rindu. lama ke tak update blog cikhel. hmm belum balik lagilah..kene final exam dulu.heeee.

nadirah_nor said... [Reply]

urghhh
sgt dramalahh kak
patot waktu tuh ada background muzik sedey sedey sikit..

IntanBerlian said... [Reply]

@nadirah nor~

haha. adoih tak reti lah nak wat background sodih2 ni..

nina said... [Reply]

tak pernah lagi naik keretapi..
tp mcm tak sanggup lak nak naik kat india..hihi.

[[iidyLL_iceneSS]] said... [Reply]

sehari pn ak dh cuak ler bell.....
aiyooooo

lotikus disarimankan said... [Reply]

gila kental ah ko.kalau aku,dah lama bukak kasut baling dekat guard.kayu betul.bukan nak tolong

nur said... [Reply]

berlinang airmata..

ALL IN ONE

Chibi Maruko said... [Reply]

nak buat camana, indiakan negara miskin, kalau nak buat train canggih manggih, hanya menambahkan kos, sudahkan yang miskin tak merasa naik terus train, walau sekotor india pun, i love india, the only place in the planet yang cabaran travel, tak terkata, pada orang suka cabaran, indialah tempatnya...

Related Posts with Thumbnails