salam semua,
1) PEMAKANAN
pemakanan mesti dijaga, kalau boleh kurangkan makanan yang agak sticky sebab mestilah ada yang melekat si celah-celah gigi.. aku tak kata JANGAN.. aku kata KURANGKAN.. contohnya: coklat dan apa-apa sahaja yang sticky.. yang kalau lepas makan tu korang tercungkil-cungkil gigi guna lidah ye.
kurangkan juga makan between meals... atau kurangkan craving. ada orang dia tak suka makan nasi tapi suka makan coklat lah. biskutlah.. dan entah apa lagi. kawal sikit nafsu nak mengunyah walaupun aku pun susah nak kawal.haha. ialah bagi chance mulut tu berehat... mulut kalau boleh cakap, dia kata.. asik bekerja je aku 24-7..
seeloknya, minum air putih dan berkumur-kumur setiap kali lepas makan. ini dikatakan penjagaan atau pembersihan gigi sementara.
2) BERUS GIGI
berus gigi selalu untuk gigi yang sihat. kalau boleh berus gigi setiap kali lepas makan macam aku.. haha. tak kisahlah orang nak kata aku freak ke weird ke ape. but thats better.. aku rasa fresh dan bersih mulut setiap kali lepas gosok gigi..
atau Rasulullah pernah katakan..bersugi setiap kali nak bersolat.. lebih baik. kita ngadap Allah macam kita nak mengadap boifren lah.. ada korang jumpa boyfren tak gosok gigi. hah ada ke ek?
atau kalau kurang juga rajin sekurang-kurangnya 3 kali sehari.. pagi, tengah hari dan sebelum tidur.
atau kalau malas sangat 2 kali sehari.. bangun pagi dan sebelum tidur. janganlah sekali sehari je.. teruk sangat tu. seeloknya sebelum tidur pun kena gosok gigi sebab, sisa-sisa makanan yang berbaki dapat dibuang.. jadi takdelah bakteria sempat nak cilok lalu terjadinya karies di situ.
menggosok gigi penting sebab ia menjaga kesihatan gigi dan gusi.
cara yang betul?
seeloknya gunakan vertical technique. gosok ke atas dan ke bawah. atau lebih tepat membulat. (circular motion) hah boleh tak bayangkan macam mana? sekaligus dapat mengurut gusi-gusi sekali. urutan pada gusi penting sebab boleh stimulate blood flow sekaligus menyihatkan gusi.
bukannya horizontally.sebab boleh menyebabkan:
i) lapisan enamel pada gigi terhakis ( abrasion )
ii) the bristles can get into the tiny gap between the teeth and gums.
jangan gosok terlalu kuat. gosok dengan sederhana. supaya tidak melukakan gusi dan menyebabkan lapisan enamel pada gigi terhakis.
bila nak beli berus gigi,
pilih bristles ( bulu2 tu ) yang lembut, nylon dan round-ended supaya tak akan scratch and irritate gigi dan merosakkan gusi.
duration?
20-30 saat untuk setiap seksyen.
gosok juga lidah kamu sebab nanti boleh menyahkan bakteria yang ada pada lidah yang boleh menyebabkan plaque dan calculus serta mulut berbau..
3) FLOSS DAN INTERDENTAL TOOTHBRUSH
dental floss cara terbaik nak keluarkan sisa makanan yang tersekat di antara gigi. juga boleh digunakan untuk membuang plaque yang terbentuk.
begitu juga dengan penggunaan interdental tooth brush.
4) FLUORIDE MOUTHWASH @ MOUTHRINSE
gunakan paling kurang sekali sebelum tidur.. tapi mesti digunakan selepas beberapa minit berus gigi. bukan sebaik sahaja selepas berus gigi.. kerana boleh menyebabkan reaction antara mouthwash and toothpaste.
30minit sebelum dan selepas menggunakan mouthwash ni, jangan makan ok!
seeloknya juga,gunakan yang tiada kandungan alkohol sebab untuk yang sensitive boleh menyebabkan ulcer. aku pernah terkena.. aku tak boleh guna listerine.huhu
5) ELAKKAN MINUM SODA DAN BERGAS
sebab mengandungi acids seperti citric acis dan phosphoric acid.
asid-asid ini akan slowly react dengan gigi dan hakis permukaan gigi. (corrosive effect on teeth)
banyakkan minum susu, air putih dan jus.
susu = boleh menguatkan jaw anda * apa jaw dalam bm ek?*
air putih = pure dan takde microorganism *kecuali air putih tepi jalan dan tak masak le*
jus = takyah lah banyak2.. manis tu.
6) ELAKKAN MEROKOK DAN TOBACCO CHEWING
antara penyebab utama gigi dan other oral tissue damage.
boleh menyebabkan stains *euww* dan melemahkan gigi so gigi mudah rapuh dan reput.hoho.
paling dahsyat boleh menyebabkan oral cancerdan precancerous lesion.
leukoplakia, squamous cell carcinoma dan pelbagai lagi.
7) CHEWABLE GUMS
ada chewing gums yang tidak mengandungi gula yang sesuai digunakan untuk dikunyah setiap kali selepas makan untuk membersihkan gigi kamu!
8) ELAKKAN PENGAMBILAN ALKOHOL
sebab alkohol boleh menyebabkan irritation pada gusi, lidah dan soft tissues.
heavy alcohol intake can cause oral cancer.
9) BUAT CHECK-UP 6 BULAN SEKALI @ 2 KALI SETAHUN
ini yang terbaik. sebab bolehlah buat scaling ( cleanning of the teeth ).. buang segala plaque and
calculus.. tampal gigi mana yang berlubang.
kenapa kena scaling?
sebab bila scaling boleh membuang segala plaque dan calculus yang terkumpul pada gigi.. nak tahu apa itu calculus? tengok cermin.. ada tak benda keras kaler putih atau kuning atau dah teruk sangat tu kaler hitam pada gigi.. paling biasa di bahagian belakang gigi depan bawah. kalau tak buang boleh menyebabkan gingival recession dan periodontal disease.. so nanti elok2 kene scaling jem kena buat root planning , curretage, mucogingival surgery... err scary kan?
calculus
heavy calculus
recession ( exposed the root part )
recession
mucogingival flap surgery to correct recession
kenapa kena tampal gigi?
sebab kalau tak tampal, akan worsen the condition, caries akan spread ke pulp menjadi pulpitis ----> apical periodontitis ----> periapical abscess ( ada nanah ) atau periapical granuloma ----> periodontal cyst ----> osteomyelitis (bila dah involve bone )----> Periostitis ----> cellulitis ( dah masuk spaces between soft tissue )
hmm ingat caries boleh amik remeh saje?
petanda kau kena lawat dentist!
sakit of kos.
bila kau gosok gigi, start berdarah.. maka, gusi kau tak sihat.. sila jumpa dentist dan buang segala calculus yang berkumpul dalam mulut tu.. jangan di ternak banyak2 weh.. kalau nak gak, cuba kau bau mulut kau sendiri..
p/s: okay tak ni cikhel? huhu