Monday, April 12, 2010

Euro trip vs malaysia ; masih dalam dilema.

www.tips-fb.com

salam semua,



hmm sebenarnya aku dalam dilema ni..aku pening fikir-fikirkan apa yang patut aku pilih.


aku ada cuti lepas final exam awal oktober ni. aku pun tak pasti lagi apa keputusan aku sebenarnya.


1) EURO TRIP

kawan-kawan aku.ada 6 orang (kalau termasuk aku) tengah plan nak pergi europe selama 2 minggu kalau oktober ni.. tempat utama adalah switzerland sebab ada seorang pakcik kepada kawan aku,nina duduk si sana.. then kami akan ke Amsterdam, German, Italy,France (Paris) dan last sekali London.


Eiffel Tower


di malam hari. romantiknya~
Kena honeymoon di sini.



bestkan.. aku memang dah lama teringin nak ke europe sana. lagi-lagi nak pergi ke Madame Tussauds di London, gi tengok Eiffel Tower kat Paris.. pergi Disneyland..huhu,bestnya.



wax house.



Lady Diana


huhu. nampak real.


maybe impian kawan aku nak ke 4 stadium utama English teams.. Liverpool, Arsenal, Manchester United dan Chelsea.. huhu aku bukan kaki bola.tak adalah eager sangat tu.tapi kalau dah jejak sana.. seronok je lah.. 




 Disneyland di malam hari.


 London Dungeon


 Bigbang.


 di malam hari

aku nak sangat tengok bunga-bunga tulip yang cantik-cantik di Amsterdam. tapi malangnya, Keukenhof garden tu hanya dibuka dari March-May.. dah bulan oktober tu dah awal winter season kan? 

aku pun rajin-rajin google, cari madame tussauds.. aku jumpe pakej menarik.. 

Madame Tussauds + Eye of London + London Dungeon + Sealife London Aquarium

total semua tu: £55.69 (kalau book online) £83.42 ( kalau beli hari yang sama)

aku tetibe rasa excited nak g london dungeon tu.lol. tah-tah nanti aku yang jerit sakan kan.hehe. teringin nak rasa omputih buat rumah hantu macam mana.


Istana Buckingham.tengok dari luar pun jadi.


pak guard hensem.


ouh tulips kesayangan.


Kenkohof Garden.
cantiknya.
nak pergi sini dengan future hubby lah.



hmm pasal budget, itulah dia.. besar betul lah hai budget nye. hmm tiket saje ke switz pergi balik dah RM4k plus.. hmm tak masuk yang lain-lain lagi.. maybe total budget dalam RM12k.. errr bukan sedikit tu. aku pikir-pikir ni, mungkin cukup duit tu.. tapi lepas tu balik india..ade yang makan pasir nanti plak ni.  hmm dengan souvenir je lagi.. banyak tu..  orang kata makan susah. tapi itu belakang kira. megi banyak.bukan aku tak biasa.huhu..


hmm aku pun tak ada bagpack besar.ingat kalau jalan tak nak lah bawa luggage besar.susah nak bergerak. aku nak jadi macam orang putih tu.. jalan bawa satu beg je.huhu.
passport aku pun nak tamat tempoh dah ni.nak kene renew passport lagi..err duit lagi.. aigoh.

aku dah dapat greenlight dari ma, ayah dengan bam2.. aku boleh pergi walaupun bam2 agak kecewa sikit sebab aku dah janji nak balik pas final ni.. hmm then tetibe nak g jalan pula.huhu .

tapi at last dia kata.. ok takpe..dia tak kisah.heee.. tapi nak jersi sehelai..*uih*

mama pula kata, ada duitnya jalanlah..mama tak kisah.. mama doakan along selamat pergi dan balik je..


ok tapi sekarang ni kenapa aku macam berat hati nak pergi.. sebab duit ke? ke sebab aku takut aku homesick nanti? huhu.. ni lah last aku nak balik malaysia.sebab sepanjang internship next year selama setahun tak kan ada cuti..dan takkan boleh balik..sanggup ke aku yang muka-selalu-balik-malaysia ni tak balik untuk 2 tahun.. adoih... solat istikharah lah cmni.


2) MALAYSIA

kalau balik malaysia, jimat duit.. boleh jumpa ma,ayah keluarga dan bam2.spend masa dengan diorang semua.. huhu.. memang lah bahagia bila berasa di Malaysia nanti.. adik aku pun suruh balik ni.hee. entahlah.aku masih 50-50.. adoih. mendera perasaan betullah..

ma cakap simpan duit buat kahwin.huhu..banyak tu kalau 12k.. kahwin.simpan duit pi honeymoon dengan bam2 g europe.. ma aku kata camtu.hahaha.. terbaik punye planning.

aku dah kerja nanti confirm lah buzy.. dengan bam2 lagi. dahlah dia housemanship 2 tahun. doktor bukan boleh cuti lama-lama.. 

uih jauhnya aku pikir.stop-stop sampai sini.


3. JEPUN
wahhh jepun. dah kenapa aku nak ke sana.
tak tipu-tipu. sape nak tunggu aku kat sana.

huhu sebenarnya ada je kawan yang offer pergi jepun ni.
nak tak nak je aku ni.
yang penting ada duitnya kan.



ok korang nak nasihatkan aku?
aku berlapang dada menerima..



p/s: semua gambar sumbangan pakcik gugel. kalau aku pergi.aku letak gambar aku pula ek.huhu.

25 si gojes suke membebel:

shiedahkamil said... [Reply]

pergi je..bile g peluang nk g ngn kwn²..sye pergi bln 6 nt..ngeh3

zulaikhaablah said... [Reply]

mula2 tgk tjuk td, mmg dgn azam yg tggi ika nk suh gi melancong.
tp bila dh bc bebelan ini, ika pon mula dilema. huhu..
ntah la, blk mesia ke gi europe r? (mmg x mbntu, siap tlg bg konpius lg ada r!)

IntanBerlian said... [Reply]

uniqika~


haha adik.ceh. tak membantu langsung ni..aduhai. konfius2.huhu

IntanBerlian said... [Reply]

shiedahkamil~


wah dia pergi dulu.jeles2.huhu

mie said... [Reply]

pergi sementara ada peluang!!
duit blakang kira...
yg penting dapat merasa...
gue cadangkan pergi euro trip!!
memang best..

zella y said... [Reply]

wah... nak gi melancong ye.... best tu...

zella teringin nak gi Eiffel tower... ngeh3....

♥♥ eija ♥♥ said... [Reply]

bagi akak,
akak syor kan adik jalan2 dulu bila ada peluang...
mane tahu nanti adik dah kawin + keje dah banyak komitmen..
tempat2 macam tuuu bukan selalu kita dapat g kan??
bila ada peluang jer...
akak dapat peluang bulan 6 nie sebab akak nak melawat adik akak di Ireland. tak de sebab mustahil kita g kan?? hehe

Ahn said... [Reply]

euro trip!!!
wakakaka.
but if fam or ur bam2 soh balik mesia,explain la elok2.
let them think u shud go trip
but prepare as well la kan.
=)

bulatkocik said... [Reply]

mula2 skali..tyme muda lar kena njoy..jadi pegi jer mn2 dlu..2 pdapat aku lar..nnt dah kawen susah ckit..;)

yg kdua plak tmbh ag sorg boleh ker..nak ikut..plzz..plzzz..kamoo jgn nakal..hahaha

cik helena said... [Reply]

saya nasihatkan anda ke malaysia.boleh kite barjumpe.anda betulkan gigi saya./hahaha

intan..bestkan dpt peluang merantau belajar kat negara orang..syoknyeeeee

teringin sangat nak keluar negara.tah bile nak dpt..duet nan ado!

Aus MeLankoLik said... [Reply]

kalau parents kaui dah izinkan ,
kau pegila bercuti , bukan senang nk pegi lagi nnt saat2 indah ngn kawan2..
bg aku la , ok ! hehehe .

::smaku:: said... [Reply]

aku sokong euro trippppp!!! haha.
oh aku pon bercita2 nak gi jepun tp hmm, nanti la bile ade rezeki. lol.

ala malaysia tanah tumpah darah nanti balik gak. tapayah2. pegi jalan2 dulu.

btw bukan BIG BANG la. tu gp korea yg famous ataupon teori kewujudan alam semesta. haha. BIG BEN kan bangunan tu.

Hazzy Ishak said... [Reply]

jelesnye....
kalau ada duit nak pegi mana pun tak kisah

heee

Atiqah Jani said... [Reply]

aiseh ,
nampak gayenyer yg duk komen kasi jwpn bg persoalan dilemma ni macam dah sehati sejiwa dan berkomplot je . heee .

so malas nak cakap ape dah ,
ape dorg cakap sume ade betulnyer .
ape pun ,
kalau dah guna akal fikiran cm tak membantu sgt ,
ikut gerak hati yea akak ku..

pssttt.. Solat Istikharah ? sokong2 ! (:

Semoga ketemu jawapan yang dicari .
Semoga ketidaksedapan hati itu punyai hikmah tersendiri .
Semoga segalanya baik2 saja .

Akmad Toshiro said... [Reply]

sila lah anda berEuroTrip...peluang tu bukan selalu, nnti kalo dah balik malaysia, susah nak keluar taw...

Azrul Hisham said... [Reply]

salam ziarah....saya dah letak awk punya blog badge yg Azfar90 buat kat blog saya...sama2 promote blog awk kepada other readers...happy blogging :)

Fazira said... [Reply]

jika ada peluang, waktu dan duit...
teruskan impian utk ke Europe Trip tu.It worth it!..

Tapi jangan pergi just 1 negara.
Take about 2-3 weeks off then pergi few negara. Kalau dari London ke Paris tu..kadang2 boleh dapat £10 return. Kena pandai cari.

Suggestion:
London,
Paris,
Barcelona
and Italy.

Wish you enjoy the trip!.

ftrhd said... [Reply]

i prefer eurotrip..hehe rugi a kalau tak gi..bukan selalu ada peluang ke OC.. :) eh ada rahsia nak bagitau..klik link bawah ni!

Rahsia Besau!

zunitaramli said... [Reply]

haha.tan,kalau kau tanye aku,konfem ah aku ckp jepun!!seriyes best dowhhh!!hihi. aku g 3 weeks pon, rs cm xpuas jeee..naek shinkansen (bullet train) mmg mantap habis! kalau ko g shinjuku (the busiest junction in the world) mmg ko akan terpegun gile. aku mmg respect bab hygiene ah, and public transport super efficient! for more:http://zunitaseriously.blogspot.com/2010/01/japan-trip-overall-update.html

oh yes, xlupe gak bajet ah..aku g aritu, 3 weeks, cover from tokyo to hiroshima (south japan) sume2 dlm RM 10k xkurang ah.but sgt puas ati!:)

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

Mase nilah kite nak melanc0ng.

disneyland hebat :)

tuan director said... [Reply]

tak silap aku belanda adalah negara pengeluar bunga utama dunia.betul x?
semua tempat bestt...
tp bila la aku nak ke luar negara

Aqma Nazri said... [Reply]

intan~~
nak itut.. huhuhu...

zz said... [Reply]

eurotrip! enough said..huhu.

faramira said... [Reply]

huhu... sy vote 4 euro trip sbb:

1) bile lagi nk g sane dgn kwn2.. nnt honeymoon tu laen cte lak..(duit boley carik lg.. mse keje nnt)

2) akak dh final year dh... nnt mmg akak balik msia dh smpi bile2 kn?

3)sume org pon dh restu gi euro.. why not kan?

4) oh.. tiade yg keempat...

hehehe.. itu pendapat sy la~

IntanBerlian said... [Reply]

ouh sayang-sayang sekalian.. terima kasih atas cadangan dan nasihat, gila lah. tak sangka aku ramai respons.

aku teruja gila nak pergi europe lepas baca komen kamu-kamu sekalian.

tapi keputusannya telah dibuat.

aku balik malaysia.walaupun agak mendukacitakan.

tapi ayah aku suruh balik pula. ayah aku suruh balik bercuti dengan family.. aku terima sajalah tanpa membantah.huhu.

maceh sayang-sayang sekalian.

Related Posts with Thumbnails