salam semua,
aku dikejutkan oleh berita yang agak hangat.
err tak sangka ramai orang disekeliling aku sudi baca blog picisan ku. tulisan murahan ku.. terima kasih, aku ikhlas menulis kau sudi membaca. kau suka baca aku gembira.. kau tak suka ada aku kisah? ye aku kisah sebenarnya.. aku tersalah kata, aku mohon maaf.. tapi apa aku tulis tetap hak aku. kau tak bisa menegur kalau itu luahan aku. aku harap kau mengerti. andai ia tiada kaitan dengan kau, usah kau terasa. aku punya perasaan.. kalau bukan pada kau dan kau tempat aku nak luah. tak salah bukan hanya blog picisan ini landasannya.
sila tutup mata keraskan hati andai kau tidak mahu terasa.
sebab aku bukan spesifiklannya pada kau.
melainkan kau makan cili rasa manisnya...
aku sering tertanya,
apa?
andai dia orang penting bagi kau.usah dikira keluarga mahupun sahabat handai.. sekiranya dia melakukan kesalahan yang sudah terang tak perlu bersuluh.. adakah aku sepatutnya menegur.
argh mungkin sekadar tegur melalui gurauan.
dia akan faham ke gurauan aku.
" weh minah, cun doh skirt kau. agak2 kalau kena tiup angin, sedap je..sejuk weh.. angin masuk!!" hahaha aku gelak dengan gaya plastik.
atau aku patut menyindir. sarcasm?
orang layan ke?
" weh minah, kau beli kat bahagian baby ke skirt kau ni? "
ke tegur secara berhemah.
" minah alangkah sopan dan ayunya kalau skirt tu kau labuhkan lagi sampai ke buku lali"
argh aku kompiuslah..
tak2 yang atas tu aku cakap sebagai contoh sahaja. bukan ini yang aku nak tegur.tapi hal lain..
bukan senang dan mudah nak menegur orang apatah lagi menyedari diri ini 1001 kekurangannya. aku jua manusia lemah, tapi kadang-kadang aku mempunyai perasaan apakah salahnya kita saling menegur demi kebaikkan bersama..
mana mungkin manusia itu sedar yang dia kelihatan hodoh ber'mini skirt dengan betisnya yang lebar, capuk di sana sini.. melainkan ada manusia lain yang memberitahu.. ataukah dia buat-buat tak tahu? argh itu parah.. sebab yang melihat menanggungnya..tanggung apa? pikir sendiri maa.
then, aku terpkir lagi.
kalau aku, kawan aku begitu. bolehkah aku menegur? argh susah-susah.. bukan senang.. memanglah senang aku membebel mahupun menulis dalam blog picisan ni tapi sumpah nak melaksanakannya bukannye mudah.. kerap kali aku berada dalam situasi ini, dan akhirnya. langkah bacul diambil.. hanya mendiamkan diri kerana takutkan persahabatan terputus di tengah jalan..
baculkah aku?
kalau aku sayangkan dia. yang buruk aku tegur. walaupun aku tak berapa nak baik.. aku tegur dia. dia tegur aku balik.. lebih bermakna.. sama-sama sedar.
so patutkah aku lupakan
"if you want to point your finger to others, make sure your finger is clean! "
kau rasa?
bagaimana pula jika aku?
aku nak kah ditegur oleh sang sahabat tingkah aku yang kurang menyenangkan?
memang agak pahit menerima teguran. tapi yang pahit itulah akan membawa aku ke jalan kebaikkan. bukankah itu manis di akhirnya nanti?
kalau ada sesiapa nak menegur aku, tegurlah aku secara berhemah. aku tak nak faham sindiran. sebab aku tak nak faham double meaning.. buang masa! aku juga tak mahu faham gurauan.. bagi aku. kau nak tegur, tegur dengan elok. aku terima, walau muka aku kedut beribu.. masam mencuka.. itu luaran semata. dalam hati aku syukur. kau masih sayangkan aku..
terima kasih aku dahulukan buat sang sahabat sebegitu,
aku sayang kau macam kau sayang aku.
tetapi jangan sesekali aku dapat tahu kau mengata aku.. aku tak tahu tak mengapa.. hak kau. mulut kau. dosa pun kau.bukan aku.. kan lagi bagus kau tegur aku didepan dari dok ngata aku dibelakang. walau aku malas nak tutup mulut orang, tapi aku manusia biasa..punyai amarah dan emosi.
argh, monolog dalaman memang hebat.
sudahlah. apa-apa mahu kau tegur?
apa-apa mahu kau kongsi?
aku tadahkan telinga.
p/s: sekian.selamat malam. mohon maaf aku tak sempat blogwalking. aku masih penat melayan department periodontics aku.. sayang dari aku.
8 si gojes suke membebel:
melodi nada yang agak serius? ^^"
ehem.. mungkin.=D
ok...cik nie sdg dlm situasi angin ributnyer...
huhuhuhu
ak pn lg suke if org tegur ak bdpn even rs cm mkn buah gajus yg muda..
tp if utk kbaikkn,ak ok jer after dat..org dh tegur,trima dgn ht tbuka..
bl dok ngata blkg..mmg pns beb..tp dlm hati still ckp alhamdulillah..org dh ngata..bkn kt dpt dosa..dpt pahala lg..
agk2 dh xley sbr,sound tepek jer..
e2 gunenyer dlm bkwn..bkn smuenyer akn mmuaskn ht..if syg pshbtn..org 2 akn ok..if x..fhm2 sdri la..
kalo aku tegur direct la kat kawan rapat. kalo yg jauh tu, dah x leh buat apa la. kang dari x rapat, terus x kawan plak. so kutuk dlm hati dah. selemah2 iman. @_@
gue suka teguran yg menyindir....
heheheee
iidyll~
aku paling tak sukalah orang ngata belakang aku.dan kantoi plak tu.bukannya ape.hilang sikit rasa nak respek dan kawan. sebab trust tu dah mula hilang..
mie~
haha, telinga aku tak tebal nak thn sindiranlah.
enjelinA~
weh lama tak jenguk aku.hehe. hmm aku rasa aku memang agak payah sikit nak menegur org.yang rapat tu la payah weh.
Post a Comment