Wednesday, April 06, 2011

Trip to INDIA : Pengalaman Naik Keretapi 14 jam Menuju ke Goa.

www.tips-fb.com

Salam Readers



Photobucket
penat mencari coach! kesian pelancong ni, sesat hehe. 



Kali ini aku nak sambung balik entri Trip To India Bam2 yang lama tertangguh. Semangat ni nak cerita. haha. Rasa macam nak berjalan-jalan lagi, bosannya duduk Salem ni. Selepas Bam2 tiba di Salem, kami bergerak ke Bangalore keesokkan harinya.. setelah menghabiskan masa di Wonderla Theme Park, keesokkan harinya pula, bermulalah perjalanan nak ke GOA. bukan dekat ni, jauuuuuuhhhhhh! it's freaking 14 hours by train peeps!


Photobucket
on the way ke train station, macam biasa.. orang menjual belah di traffic light.


Awal-awal lagi aku dah emo, call cab nak ke train station.. tak sampai-sampai. then bila call balik selepas setengah jam, the driver said can not pick us up! hah what? dah lambat ni, gelabah gila aku. nasib baik ada Yasmin dengan Suzen. call the same company again. Sangat bernasib baik ada juga cab datang. Nasib baik lagi pakcik driver tu sangat baik lalu shortcut mana-mana celah entah. paling kelakar, sambil drive dia jadi tourist guide tunjuk ouh that building, this building. and ada satu bangunan yang cantik, aku pun keluarkan kamera nak snap. suddenly he stopped. eh? yeah, u can take picture! he said. rasa macam nak tergelak padahal tengah rush ni. lepas snap gambar, terus berdesuuuupppp dia bawa. 


sampai-sampai train station, pakcik siap bagi pesanan, jangan percaya orang-orang sini ( merujuk pada penumpang yang ada ) terus pergi tanya kaunter. Sebab baik hati, bagilah tips lebihhh. hehe. Tapi kaunter bayang orang pun tak ada... ah sudah! tengok board sepatah haram tak faham. Bam2 tanya seorang abang yang pada paras rupanya nampak baik.hehe. ouh rupanya sama keretapi.. Sekarang tengok tiket, tengok coach.. aku blank. lama tak naik keretapi india. mana satu coachnya? macam mana ni? pergi jalan ke depan train, sebab dah blank sangat, tanya seorang gadis ayu yang menawan.. dia jawab, oh ini bukan seat for resevation.. depan sana.. hah depan mana? ini bukan depan ke?



Photobucket
pakcik itu cuba berdansa?


cari lagi, tengok platform, tengok jam. masa dah suntuk. aku tak nak lagi jadi macam dalam kisah Pengalaman Naik Keretapi di India ni.. serik woo. macam cerita hindustan sudah. kami pun berlari-lari anak. JAUHNYA!!! Bila dah dapat naik, lega sangat.


Bila tengok seat, aku punya seat atas sekali, memang payahlah nak lepak.. takkan nak tidur sekarang. awal sangat, Nasib baik seat Bam2 dekat bawah.. boleh duduk-duduk, nak solat pon senang, nak makan pun senang. Alhamdulillah. Borak-borak dengan sepasang suami isteri.. nampak biasa je, rupanya taukeh kedai emas beb! orang India kalau yang naik 1st atau 2nd class keretapi memanglah orang kaya. Anak-anak semua stok belajar oversea.. pakcik tu bawa isterinya pergi honeymoon kot. huhu. best juga borak-borak. Siap dia tanya pakai agent ke datang Goa. huhu tak pakai pakcik. siap buat reseacrh semua ni, pakcik nak tahu apa? cab? bike? hotel? semua dalam kepala.hehe.


Perut kebulur, nasib baik dah tapau baik punya makanan, nasi goreng ada.. tak cukup siap tapau subway seorang satu. haha. pulun makan. Sebenarnya, kalau tak tapau pun tak apa sebab ramai je orang menjual makanan dalam train ni, tea coffee semua ada, cuam berani tak berani jelah.. kalau perut tak biasa tu, baik tak perlulah. ada pula tandas jadi bilik kedua nanti. Keretapi stop sekali. sebab hari masih siang.. keluar kejap ambil angin, snap gambar. macam tak biasa.  Tengah borak-borak dengan Bam2, tiba-tiba terdengar alunan suara yang sangat merdu. tercari-cari juga. Rupanya pakcik tadi tengah tidur atas pangku si isteri sambil si isteri mendodoikan dengan lagu Hindi yang sangat best dan merdu. huhu. Romantik habis pakcik makcik ni! Hari makin gelap, lepas solat makan lagi.. haha asyik nak melantak je kan.


Photobucket
STYLE gila polis tu main tekan manual je nak jaga traffic light



Perjalanan memanglah jauh.. 14jam kot. ni direct train ni. banyak juga pit stop. tempat stop kitorang second last stop. Naik train pukul 3.30 petang dijangka sampai 5.30 pagi. takut juga terlepas. Alhamdulillah nasib baik boleh check online status train tu. so bolehlah tahu bila sampai, sekarang di stesen mana, waktu sampai pun sentiasa di update. Lega. Malam makin larut, mata dah mengantuk. aku pun nak naik tidur. haih atas betul seat.. nak tak nak kenalah panjat. huhu.. nyenyak gila kot tidur.


sedar-sedar dalam pukul 4 pagi. awal gila Bam2 kejut.haha. takut terlepas kot. Nak solat Subuh belum masuk waktu, so decide nak solat dalam kereta nanti.. sampai-sampai station terus nak cari prepaid cab. Macam biasa, muka foreigner kenalah bayar lebih sikit dari biasa. Nasib baik aku dah check rate.. kalau sikit-sikit kena charge lebih takpe lagilah. pagi-pagi buta pun tak ada pilihan lain. naik sajalah.


Layan Gambar jom.



Photobucket
Kepenatan lepas hangkut beg yang berat, haha.



Photobucket
menumpang sebentar dekat seat Bam2. sebab seat den atas bebenar!



Photobucket
Beg bagasi semua letak bawah kerusi.



Photobucket
pasangan suami isteri yang angat sweet dan romantik! huhu
nampak tak dekat tempat penyandar pakcik tu, yang itu ialah bed/seat untuk
orang yang akan duduk tengah-tengah.



Photobucket
ada kain langsir, sebab Bam2 punya seat dekat tempat laluan orang.
Jadi tak adalah orang tu nak mencopet apa-apa kalau Bam2 tidurkan.
sempat lagi tu online facebook! huhu



Photobucket
Tandas Awam jenis Western! lubang terus ke landasan.
masih bersih mungkin perjalanan baru bermula.hehe.



Photobucket
cermin kuning giloss. tak nampak pemandangan luar.



Photobucket
makan weh makan! lapar ni. uih nampak sodap jo.




Photobucket
panjang sangat keretapi ni.




Photobucket
the sunset



Photobucket
makcik dah siap-siap sediakan empat tidur, alas dengan selimut
ada bantal.. seat aku atas seat makcik ni.



Photobucket
Bam2 pun dah get ready nak tidur.



Photobucket
eh eh ada orang tengah berak!



Photobucket
ah silaunya mata hamba!



ok, panjang sudah.. sambung nanti!


p/s: Apa ada di Goa? hehe nantikan seterusnya ye!

14 si gojes suke membebel:

mie said... [Reply]

wow!!
gue ingatkan train india lain skit..
menarik juga ye..
ehehehe

Noor Aqillah Majid =) said... [Reply]

tak sabar nak tggu yg setrusnye ^_^

IntanBerlian said... [Reply]

mie~


hehe india punye train macam tu la =P kene try naik baru rasa pengalamannya.

IntanBerlian said... [Reply]

Aqillah~

huhu nantikan tau.insyaALLAH. nanti akan sambung lagi.

Amirah Adnan said... [Reply]

wow!bestnye..

lotikus disarimankan said... [Reply]

kalo awo la,menangis guling2 ha.xpun blur dekat setengah jam

Nana iidyLL said... [Reply]

hohohoho...
ak xsmpt nk nek itu train..bkn xsempat...xmo pn...

MAPPIAU said... [Reply]

wah!! jauh perjalanan luas permandangan ye dak :))

IntanBerlian said... [Reply]

Amirah Adnan~


hee jomlah datang India !

IntanBerlian said... [Reply]

Lotikus disarimankan~


haha kompem tertinggal keretapi macam tu =P

IntanBerlian said... [Reply]

Nana iidyl~

rugilah wa cakap lu.haha

IntanBerlian said... [Reply]

MAPPIAU~

betul2 huhu poket pon makin nipis.hehe

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said... [Reply]

tq intan 4 sharing
sonok akak baca trip ni
luas jugak neg india ni erk
akak nak follow......

Jeff Lee said... [Reply]

Gambar tandas dalam tren agak jarang dijumpai di Asia Tenggara.

Related Posts with Thumbnails