Friday, April 22, 2011

Pastikan yang basic dalam tangan baru fikir sambung Master.

www.tips-fb.com

As Salam Readers,







Suatu hari si tempe ( budak local di India) bertanya, ouh yeah tempe cakap bahasa Melayu ok! haha

" So korang nanti kena bekerja dengan kerajaan ke? "

" ye kenapa? "

" berapa tahun?"

" kalau nak bekerja di Malaysia, wajib kerja 3 tahun baru boleh berkerja di Malaysia.. tak kisahlah pelajar tajaan atau pelajar persendirian, tapi disebabkan kami ni pelajar tajaan kerajaan, kami kenalah bekerja 10 tahun sebagai membalas budi baik kerajaan dan rakyat Malaysia"

" oh, so tak boleh sambung master la? Kesiannya korang.. tak macam kat India. right after graduate degree dah boleh siap sedia nak sambung master"

" Boleh je kalau nak sambung master tapi, di Malaysia tak boleh main suka-suka nak sambung master.. biasanya based on seniority, pengalaman, recommendation by professor, your performance sepanjang praktikal etc"

" well, memang di India sesiapa pun boleh sambung master right after degree.tak macam Malaysia.. semuanya have their certain standard. Nak sambung master apa kalau basic pon tak mahir lagi.. Contohnya here, ada yang post graduate pon masih teruk lagi.. even basic pon tak boleh kuasai.. how u wanna become a post graduate student kalau your basic level still low. Sometimes, even final year students much better dari PG students. So just think, let's say the post graduate ni basic thing pon tak tahu.. kan ke malu.. orang akan kecam, benda basic pun tak tahu ada hati nak continue PG"



well, sebab itu Malaysia, walaupun sekadar degree pun mereka sudah punyai dan kuasai perkara yang basic. Bukan itu sahaja.. requirement dan expectation dari orang Malaysia sendiri lagi tinggi.. Kalau silap sikit nak saman. silap sikit nak report.. jadi kalau degree sekadar tercatat di dalam sijil..memamg takkan berguna.. Dentistry ni all about your skill.. your handskill. kalau skill nak mencabut, bagi injection, tampal gigi dah teruk memang susahlah nak praktis. Tak macam sini, nak cabut gigi pun main tibai je. bukan kisah orang sakit menjerit-jerit ke tak. memang jauh dari etika. Mungkin tak semua tapi memang ramai. 


Kadang-kadang aku memang pelik bila tengok orang di sini yang belum pun banyak pengalaman dan sibuk nak apply untuk PG.Tapi memang betul, seorang senior berkata, kalau setakat degree memang susah nak hidup. Gaji mereka paling tinggi setakat RM 700. Sebab itu mereka berlumba-lumba nak tingkatkan pangkat. Baru orang akan pandang.  


Alhamdulillah, walaupun hakikatnya balik nanti akan berkhidmat dengan kerajaan.. sekurang-kurangnya, bersyukur balik-balik Malaysia sudah ada kerja yang menanti.. tak perlu bersusah-payah isi resume, hantar sana-sini menanti panggilan rezeki.. Waktu itulah masa yang ada untuk menimba sebanyak pengalaman sebelum berkhidmat sendiri nanti.InsyaALLAH. Bukan tak boleh nak sambung peringkat lagi tinggi, tapi biarlah sebelum sambung tu, kita pastikan kita sudah mencapai standard tertentu. 


Tapi baru-baru ini, waktu perjumpaan dengan Encik Khai, wakil JPA di India.. beliau ada menyebut.. sekarang ni ada new regulation.. sekiranya para pelajar nak berkhidmat sendiri (buka klinik) selepas beberapa tahun. Tiada bayaran balik dikenakan.. sebab berkhidmat sendiri juga dikira berkhidmat untuk Rakyat MALAYSIA dan untuk kebaikkan negara juga. Lega juga dengar. Bukan bermaksud tak nak berkhidmat dengan kerajaan. Tapi biarlah selepas tempoh tertentu, katakanlah 5 tahun.. mahu juga luaskan pengalaman ke cabang lain yang lebih mencabar. 


p/s: Syukur menjadi anak MALAYSIA.

8 si gojes suke membebel:

adrinaqamarina said... [Reply]

betul! even jpa o mara lain tapi sama je.

erk dah lain tapi sama pulak. hehe.

student final year medic pon tengah pk nak sambung terus juga tapi sama la., tak boleh, kurang3, balik buat HO dulu laaa.

EpoLįƒ¦siKunang2 said... [Reply]

Sebenarnya bertuah kalau dari mula buka langkah yang betul.
Macam Epol, dah tua-tua baru nak merangkak kejar mana yang dah lepas. Goodluck dentist. ^^

Budak Botak said... [Reply]

he3, good luck dalam pengajian...

Entry terbaru GEMPAR - iPhone & iPad Rakam Pergerakan Pengguna... (",)

IntanBerlian said... [Reply]

Adrinaqamarina~


huhu biarlah pengalaman dah meluas, yang basic dah cukup kuat dan kukuh baru boleh sambung lagikan..

IntanBerlian said... [Reply]

Epol~

huhu takpe dalam mencari ilmu ni takde yang belum terlambat =D all the best too.

IntanBerlian said... [Reply]

budak botak~

heee tq!

Faris Adli said... [Reply]

baru bercita2 nak sambung master :-) susah ke nak sambung master?

Intanberlian said... [Reply]

Faris Adli~

huhu belajar semuanya susah. lagi2 peringkat yang lagi tinggi =D

Related Posts with Thumbnails