Sunday, April 03, 2011

Projek Mega Jualan Nasi Lemak dan Nasi minyak, inilah jadinya kalau sudah tak ada kerja time intern!

www.tips-fb.com

Salam Readers,



Photobucket
ikan bilis takde, ganti kentang gorenglah ye.


sejak jadi intern dekat INDIA, hidup dilanda kebosanan sebab tak ada exam. bila tak ada exam, mood study terus melayang. huhu. jadi bila dah bosan menyelongkar semua series omputih, korea, jepun. movie pon dah khatam empatplohempat kalikan.. jadi nak mengisi kebosanan yang melanda, kepala hotak aku rancak nak buat bisnes. haha. Bam2 cakap pantang ada peluang nak berbisnes. ala, bukannya apa.. sebenarnya lebih kepada nak mengisi masa lapang, kebosanan yang melanda.. nak ronda-ronda pun apalah sangat yang ada dekat Salem ni, kecik je pun.. terlajak sikit depan masuk Pakistan, terlajak sikit belakang boleh sampai Sri Lanka. haha. 


Projek bisnes dah lama bergerak, bukan setiap minggu ke setiap hari.. tapi bila ada mood. hehe. nama pun buat suka-suka. Projek menjual nasi lemak! Al-maklumlah duduk negara orang, celah mana nak dapat makanan Malaysia kecuali masak sendiri. disebabkan malas masak semua pun nak orderkan? haha. terima kasih support gua beb! setakat ini adalah lebih kurang 4 kali jual nasi lemak ni.. sekali jual nasi minyak dengan ayam masak merah. huhu. sumpah tak nak buat lagi nasi minyak tu, gila penat... saja nak try kemampuan diri. ternyata gua tak mampu beb. hampir pengsan. untung? memang takde pon. tak kisah pasal untung sangat sebab suka-suka je. tapi tu lah ayam kat sini.. umang aiiii mahai bebenar!. lagipun sangat lecehlah, dapur setakat pakai dapur karen (hotplate) yang kecil tu, berzaman nak tunggu ayam garing. tak payahlah dalam mimpi. bayangkan dari pukul 4 petang sampai 2 pagi nak buat 16kg ayam masak merah. cabaran. tapi bila dah terjual 65 bungkus rasa puas hati. walaupun penat. =P



ada yang request buat lagi nasi minyak dan ayam masak merah. maaaaafffff sangat-sangat, gua dan rakan seangkatan ternyata tak mampu. kudrat tak cukup.huhu. siapa nak makan, masak sendiri ok? aku bagi resepi. hehe, macam bagus je nak bagi resepi. ala kau goooooogle jee! senang.


hari ini setelah sekian lama, projek menjual nasi lomak kembali lagi, kebetulan isnin cuti, ada hari rehat. macam biasa kami trio hehe. siapa lagi kalau bukan Casio & Nj kan teruskan projek. semalam pukul 8 dah start rebus telur, potong bawang, blender apa yang patut.. masak 3 kuali sederhana sambal, siap goreng kacang. Alhamdulillah tak seperti dulu-dulu pukul 2 pagi baru habis, semalam pukul 12 tengah malam dah settle. pagi tadi start masak nasi sampai 5 periuk 10L tu. huhu. banyakkan. 



dulu-dulu kalau orang order. yep pre-order ok! adalah dalam 35 bungkus, kali kedua naik sikit 45 kot, kali ke 3 naik lagi 55.. last sekali hari ini 70 bungkus. haih. maaf sangat siapa yang order lagi last minit memang tak dapat dipenuhi. sebab memang limited telur tu. cukup-cukup 70 biji. next time ok? next time tu belum lagi tahu bila. ikut mooooood.  =P haih entah sodap ke tidak den pon tak tahu. kalau order makin  bertambah bukan bermaksud sodap ke? haha. *lempang* perasan sangat!  mesti atuk nenek den bangga, ada juga cucu mewarisi jual nasi lemak. terbaikkan? ada ke patut orang panggil NASI LEMAK KAK INTAN. ceh. tak komersial laaaa.. tukar-tukar. tak nak!


Projek Nasi Lemak


Photobucket
daun pisang minta sikit dekat makcik guard hostel.
melambak-lambak kot pokok pisang dekat luar bilik ni. hoho.



Photobucket
sebelum membungkus!



Photobucket
gigih nak bungkus ni.



Photobucket
hah, nampak sodap kan?



Photobucket
hehe tadaaa. siap!



Projek Nasi Minyak + Ayam Masak Merah


Photobucket
tumis bahan-bahan nak buat nasi minyak.



Photobucket
Nasi Minyak!



Photobucket
Ayam Masak Merah



Photobucket
Acar timun dan nanas.



Photobucket
siap bagi peket kecil-kecil.


Amacam? ada gaya boleh buat bisnes tak? agak-agak kalau buka restoran dekat sebelah klinik gigi aku nanti laku tak? haha, harapan tinggi menggunung ek? Siapa nak order? hah lambat. dah habis. haha.


p/s: nak bagi credit pada follower yang ke-500. mari kita klik ye. hee trimas follow gue.

NO NICKNAME


Photobucket


Photobucket
huhu tertarik pula pada entri ni, zaman kanak-kanak ribena suka chatting-chattting dekat mIRC. sebab blog kau best, aku follow! =D

11 si gojes suke membebel:

aishalala said... [Reply]

haha...huik,,doktor nie otak bisnes betul la

IntanBerlian said... [Reply]

hehe bukan selalu =P

Asz Miza said... [Reply]

nampak pun dah terliur da ni..banyak gile dapat jual kan..confirm sedap!!

aishalala said... [Reply]

haha..sis,,saya da cuba wat cheese cake 2..sedapppp!!ummpphh..hahaha
pasneh update byk lagi resepi k..:)
skrg law bkl mak mertua rq nak mkn cheese cake da bole buat..xya susa2 mlabur kat secret recipe kn..hahaha

kumfye said... [Reply]

personally still think that ikan bilis still the best match with nasi lemak...french fries...nah...better with hamburger...

thefye.com

Miss Volvo said... [Reply]

Fuhh terliur tgk nasi lemak tu

nabilah_2908 said... [Reply]

kalau dah banyk permintaan tu...sedap la nasi lemak itu.. hehe.. :)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
REQUEST SI DD

IntanBerlian said... [Reply]

Asz Miza~

hehe sedap ke tak tu kene tanya orang yang makanlah.hehe

IntanBerlian said... [Reply]

aishalala~

huhu serious? hehe sedapkan dik! hmm insyaALLAH sekarang tengah on diet. hehe. kalau ada mencuba sesuatu pasyi update punye. hehe. lepas ni leh masak tuk mak mertua pula =P

IntanBerlian said... [Reply]

kumfye~

yep totally agree with u. but in india. it's hard to find the ikan bilis.thats why we replace it with french fries =D

Miza Yusof said... [Reply]

sedapnya nasi lemak. nyum nyum :)

Related Posts with Thumbnails