Wednesday, April 20, 2011

Resepi Ayam @ Ikan Masak Percik yang paling mudah dan sedap!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


ayam masak percik my faveret.


Ikan pon sodap!


Kali ini aku nak berkongsi satu resepi masakan pula. tak pernah ni kongsi.. sebab rasa macam tak adalah hebat mana.hehe. Resepi ni aku suka sangat..! Ayam @ Ikan Masak Percik.. Boleh gunakan ayam atau ikan. dua-dua aku pernah buat. Terima Kasih roomate tersayang sebab perkenalkan Resepi ni. hehe sebab sedap sangat dan sudah menjadi faveret aku, maka aku pun belajar dengan sungguh-sungguh ni. Hasilnya masa Bam2 datang India aku masakkan untuk Bam2. hehe Bam2 cakap first time dia makan masakan ni.. memang sedap *puji ni* hehe.


Here we go..


BAHAN-BAHANNYA

Ayam (terpulanglah banyak mana, selalu aku masak untuk 2 orang sahaja dalam 500gm ada rasanya)
atau Ikan ( 2 ekor ikan kembung)
serbuk kunyit untuk menggoreng ayam @ ikan
2 batang serai
1/2 labu bawang besar ( bawang besar tak perlu banyak-banyak, separuh sudah cukup)
5 ulas bawang putih
2cm halia
5 helai cili kering
santan
asam keping ( sebab aku punya asam memang masam, so sekeping sahaja aku letak)
garam dan gula secukup rasa.


CARA-CARANYA:

1) lumur ayam atau ikan dengan serbuk kunyit dan garam ( garam lebih sikit ), dan goreng. Kalau nak bakar pon lagi sedap.

2) cili kering dipotong, kemudian blenderkan cili kering, bawang besar, bawang putih dan halia tadi.

3) tumbuk sedikit hujung serai.

4) Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang sudah diblender tadi sampai garing.

5) Masukkan sedikit santan, serai dan asam keping. Tambah air ikut kepekatan yang dimahukan.

6) Masukkan garam dan gula secukup rasa.

7) Masukkan ikan atau ayam yang sudah digoreng @ dibakar tadi. 

8) yeah siap! Boleh dimakan. hmm sedapnya. kecur dah air liur.hehe


p/s: Selamat mencuba ye! Kalau sedap tell me ok!

4 si gojes suke membebel:

zella y said... [Reply]

ni boleh test ni....
hehheh

Firdaus Kasim said... [Reply]

wow.. mcm best.. hehe.. tp mls nk buat.. huhu

awk, sy dah masukkan blog awk dalam bloglist saya.. thanks

Entri paling hot :
Blogger Popular Sombong?"

Nava Krishnan said... [Reply]

Anything spicy is my fav, plenty of chillies inside.

Anonymous said... [Reply]

ak nk msk ni nnti x jd siap.

Related Posts with Thumbnails