Thursday, April 07, 2011

Trip to INDIA : Day 1 in Goa!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Photobucket
Margoan Train Station


nak sambung entri melancong ke GOA. Ada yang tak tahu di manakah Goa? Goa terletak di Negeri Karnataka. memang tepi pantai, sebab itu Goa terkenal dengan Pantainya yang cantik, sports game dan tourism. Memang ramai gila pelancong. Goa ni salah satu negeri yang memang berbeza dengan negeri-negeri dalam India yang lain mungkin Goa ni peninggalan Portugis tu yang dah memang banyak pengaruh Portugis tu kot.. yang bestnya, dekat Goa ni ramai orang yang tahu berbahasa Inggeris. so memang agak senanglah terutama buat pelancong yang tak tahu berbahasa mereka. Orang-orang Goa semuanya memang peramah, kalau nak tahu apa-apa tanya je orang-orang tepi jalan.


Photobucket
Peta yang kitorang dah siap print out.hehe. yang dalam peta tu semua nama 
hotel dan resort. banyakkan?



Photobucket
Dari luar Angelina Beach Resort



Nak pergi Goa boleh menaiki bas, keretapi dan kapal terbang domestik. disebabkan harga domestic flight agak costly so, aku dan bam2 decide nak naik keretapi. direct train dari Bangalore ni tak banyak pun, kalau nak book kena book awal-awal.. contohnya aku pergi early February 2011, middle of December 2010 book train pon dah almost full. sebab seminggu hanya ada 2 kali sahaja direct train 14 hours ni, hari Selasa dengan Jumaat atau Khamis. lupa. Kalau nak naik train dari tempat aku Salem, tak ada direct.. kene pusing Mangalore bagai so adalah 18 jam. lama.. huhu. best sebenarnya naik train sebab boleh tengok pemandangan.. kalau beli tiket 1st or 2nd class AC memang ok. tak adalah macam cerita hindustan tu bersempit-sempit. harga pun berpatutan. aku beli 2nd class AC 3 tier untuk 2 orang baru Rs1500 ( RM100) kalau tak silaplah. Kalau naik bas tu, patut dielakkan sebab jalan yang tak berapa elok.



ok sambung balik cerita lepas, Dari Margoan train station nak ke Baga Beach boleh tahan jauh juga, lebih kurang 20 minit. disebabkan pagi maybe tu yang cepat sampai sebab tak ada traffic jam. dekat Goa ada banyak pantai yang cantik-cantik, aku pilih nak pergi BAGA, CALANGUTE dan ANJUNA beach sebab saling berdekatan je.



sebelum ni, aku pernah pergi dengan kawan aku ke Goa, kami stay di Baga Beach. memang cantik pantainya. tapi masa tu musim hujan jadi pantai pun memang kosong je, kalau pergi time peak season memang melambak-lambak orang putih. dah macam Miami Beach, cuma tak ada topless ke nude je. huhu yang berbikini tak payah cakaplahkan.  Di Baga Beach, aku ada cari banyak resort, survey nak tengok harga. Disebabkan Februari tu still peak season, so harga resort banyak yang mahal. kena pandai survey dan baca review orang. Nak lagi best walking distance dengan pantai.



Sebelum ni aku pernah stay dengan kawan dekat ANGELINA BEACH RESORT, harga pun murah je. satu bilik Rs 500 ( RM 35) bilik pun kemas dan cantik, siap ada balkoni lagi. so bila sudah tak jumpa resort lain, aku decide nak book situ, bila book harga dah naik sebab peak season. Akhirnya dapatlah harga sebilik Rs 700 ( RM 49) walaupun bilik tu kita nak 2 single rooms dia tetap akan bagi double bedroom sebab memang ada double bedroom je. Bilik ni kemas dan selesa, Angelina ni diusahakan oleh sebuah keluarga. besar jugalah. dekat area-area beach tu memang banyak sangat rumah tumpangan, hotel dan resort. boleh pilih sahaja, tapi lagi bagus dapat booklah.  Bilik aku book tu tak ada TV, kalau nak TV kena ambil bilik besar sikit dan bayar lebih sikit, Rs 1000 ( RM70).


Photobucket
Siap ada balkoni



Photobucket
yang ni bilik kecil sikit


Photobucket
kalau yang ini siap ada tv dan peti ais. charge lebih sebab bilik pun lagi besar.


So, pagi tu sampai Angelina lebih kurang pukul 6 pagi, hari pun dah cerah. Settlekan semua bayaran, mereka perlukan passport untuk dibuat salinan fotokopi. Siap dapat brochure Goa lagi.hee. Pagi-pagi masuk bilik siap salin baju, unpack sikit ,terus janji dengan Bam2 nak pergi tengok sunrise. sambil bawa bekalan nak buat breakfast tepi pantai.



Turun-turun bilik, owner Angelina tanya.. nak sewa skooter? kitorang memang plan nak sewa pon. Murah je sewa, tak mahal mana.. dekat Goa hampir kesemua pelancong tak kira warna kulit hitam ke putih ke kuning ke gebuss ke semua main sewa bike je. ada macam-macam jenis, ada motor berkuasa tinggi, skooter, vespa. u name it! nak motor besar harga pon besarlah. kitorang sewa skooter sudey. sehari Rs 250 ( RM 18) kalau bukan peak season boleh dapat Rs 150 ( RM 10 ) sahaja sehari. omputih yang kaya raya tu naik Harley Davidson tu.haha, terliur je Bam2 tengok. nak jugalah tu. Pasal Petrol pula tak payah susah-susah.. minyak petrol jual tepi jalan je macam orang jual air. Tak kisahlah kedai runcit ke, kedai baju ke, rumah orang ke.. mesti ada je dekat mana-mana. Ada sekali tu, tengah-tengah panas ada satu kerusi makcik jual minyak petrol semata. so tak payah takutlah kalau tengah-tengah jalan minyak dah nak merah. sebotol 1 liter Rs 70 ( RM 5)  well, India minyak memang mahal.hehe.



Photobucket
minyak yang dijual di rata-rata temoat.



Padahal Baga Beach tu dekat gila kot, jalan kaki tak sampai 5 minit.. hehe, tapi sebab dah sewa skooter. rempit juga ke pantai.. dapatlah aku bawa sekejap. kedekut gila Bam2 tak bagi aku bawa. ceh. mentang-mentang dia yang bayarkan. kemut! sampai pantai, udara segarnya. huhu.. tengok sunrise.. ambil angin indah sambil makan bekalan breakfast.. Kebetulan ada budak-budak main bola, Bam2 pon join. pastu pancit.haha. Kami siap bawa peta, hee senang nak naik skooter. takut sesat barat. Sekaligus pergi cari Brittos ( kedai makan yang makanannya memang superb! harga pun superb.haha). Pusing-pusing area Baga. Balik bilik, tidur.



Sedar-sedar dah tengah hari, perut lapar gila... Siap-siap ajak Bam2 pergi makan dekat Brittos. Brittos ni tepi pantai, memang bestlah, lantai pun pasir je.haha. kalau datang malam-malam lagi romantik ok, takde lampu.. pakai lilin atas meja.. makan-makan sambil dengar bunyi air laut, tak ke klasik dan romantik gitu? hehe.. Banyak juga kitorang order. kebulurlah katakan..


Nasi putih 1 mangkuk ( portion banyak yang boleh 2 orang makan )
Goa Fish Curry ( orang melayu makan kena ada kuah) tapi curry Goa memang best gila, tak macam kari Malaysia tak juga macam kari tipikal orang India. memang sedap!
Butter Garlic Prawns with chip and salad ( a must order menu!!! superb gila. fav aku dan Bam2, malah member-member lain yang pernah jejak BRITTOS.
omellete ( Aku dah cakap tak payah, Bam2 degil. nak juga.. amik kau omelete je RM 6 kot )
jus mix fruit pe jadah entah namanya.




Photobucket
Brittos terbaik!



Photobucket
hmm nak makan apa ye?



Photobucket
lazatnya. argh meleleh air liur tengok.



Photobucket
cepatlah den kebulur ni.
kataku sambil tersenyum.


Sedap makan sampai tak ingat, sekali bil datang! hah nah rasakan Rs 800 ( RM 56) untuk 2 orang. lepas sudah isi perut, pergi round dekat ANJUNA beach, Anjuna memang agak jauh sikit.. tak tahu jalan tapi main redah je, agak-agak nak sesat berhenti tanya orang. huhu.. pemandangan boleh tahan cantik.. banyak orang jual barang-barang seperti flipflop, seluar pendek hawai, baju atau dress tepi pantai macam dekat hawai tu, souvenirs seperti keychain dan tshirt Goa. etc.



Balik resort, hari dah lewat.. malam kebulur dah ni, pergi makan dekat Infantria Cafe.. tak order berat-berat setakat beli muffin, tart dan pastries. hehe. memang menggemukkan pun. waktu malam dekat area beach tu memang happening habis, kalau pagi-pagi malap je.. sebab Goa meriah start pukul 6 petang.. ramai pelancong berliburkan.. dengan pub yang melambak-lambak.. bagusnya Goa ni. mabuk mana pun diorang bukan jenis yang kacau orang.. setakat yang aku laluilah.hehe. Malam masih muda lagi, kami pergi jalan-jalan dekat area resort.. ada banyak kedai-kedai menjual bajulah, beg, flipflop dan macam-macam lagi. Harga memang murah. tapi sebelum tawar memang tinggi melangitlah. syarat nak shopping.. tawar harga mesti at least 50% dari harga asal ok? Kalau diorang tak nak jual jangan risau.. blah je, kompem diorang panggil balik. hehe. kalau tak panggil.. bukan satu kedai kat situ.. melambak-lambak. pasti jumpa yang lain. kalau tak jumpa juga, maknanya TAKDE REZEKI.



Terjumpa 1 beg yang aku beli di Banglore dengan harga Rs 200 ( RM 14). sebijik! kebetulan aku memang pakai beg tu.


haha. terus tanya makcik tu, berapa harga beg ni?

makcik tu tengok beg yang tergantung, tengok beg aku pakai.

dia senyum, berapa awak beli beg tu? katanya.

aku degil, berkeras juga tanya berapa harga beg ni?

dia pasrah, oh harganya Rs 450 (RM 32) , tapi kalau adik nak saya bagi Rs 300 (RM 21) sahaja.

haha kelakar, aku cakap takpelah. bukan nak beli.. saja test harga pun.

dia panggil, adik nak berapa? ambillah beg ni.

takpe makcik..ni saya dah ada.. saya beli Rs150 sahaja dekat Bangalore. takpelah. hehe aku sahaja tipu kurang harga dari yang aku beli tu, nak test lagi.

takpe takpe, ambil ni.makcik jual Rs150 sahaja. kalau tak nak sama, ambillah yang lain.


wah ! hah seeeeee. aku dah cakapkan nak tawar kena pandai agak harga. jangan tertipu. tapi last-last aku tak beli pun sebab dah banyak beg, bak kata Bam2 murah-murah pun kalau dah banyak still tak payah. buat apa membazir. berlalulah aku dengan senyuman pasrah. Baik sayang! Sudah penat berjalan, lepak Coffee day minum malam.hehe. sambil memerhatikan suasana malam dekat Baga tu yang sememangnya happening. aku tengok dah tak macam India.. macam duduk dekat negara omputih. dengan Mat dan Minah Saleh yang melambak-lambak. Haih malam-malam pun pakai bikini ke kak? Lupa bawa baju agaknya. Maka tamatlah hari pertama di Goa. hehe.


layankan gambar sahaja pula ok?


BAGA BEACH.



Photobucket
ni dah penghujung Baga Beach.


Photobucket
menunggu sunrise.



Photobucket
oh lah sunrise belah belakanglah. pusing-pusing cepat!



Photobucket
tu dia sunrise



Photobucket
Ramai pelancong mengambil udara segar.



Photobucket
ye Bam2 cuba melompat lebih tinggi untuk terbang.
misi: tak tercapai



Photobucket
Rescue habislah ni.hehe.
gaya sudah ada.


Photobucket
Bermesra-mesra alam dengan kanak-kanak tempatan sambil main bola.



Photobucket
Membawa diri sebab tak cukup kenyang makan breakfast tadi.
share 2 orang mana cukupkan.haha



Photobucket
dia bawa diri, I pon nak bawa dirilah.huhu



Photobucket
Perkampungan nelayan.
gigih pakcik dan abang-abang bekerja



ANJUNA BEACH



Photobucket
Minta ihsan pakcik ambilkan gambar berdua.



Photobucket
Membeli-belah sambil tawar-menawar.
sambil buat muka macho.



Photobucket
uih cantiknya pemandangan ni.



Photobucket
Gaya cover album.



Photobucket
ouh cuba menjadi sweet gitu.



Photobucket
Muka tercomel antarabangsa.



Photobucket
cuba berlagak model
misi: hampir berjaya



Photobucket
Menanti si dia.



Photobucket
Will I marry you.
eh silap
Will u marry me darling?
jawapannyaaaaaa
*cepat darling, lutut I dah sakit ni*


nantikan tahun depan.hehe



SEKITAR BAGA BEACH

Photobucket
Ramai orang menjual, ramai juga yang membeli.
ramai lagi pelancong asing.
Baik-baik kena tipu ye.



Photobucket
tengok! ada lagi



Photobucket
kedai-kedai.



gambar yang takda nama aku, credit dari google.

p/s: oklah panjang gila dah ni. mencecah lantai. haha. sambung next day lain kali. tata titi tutu.

10 si gojes suke membebel:

Abang Long said... [Reply]

Salam...wow! entry dia..panjang dan leh buat buku..ape2 pun very interesting to read and see all those pictures..Bila la nak ke sana yer?...hmmmm

cik ubi said... [Reply]

suhu cane?..same nga negara kita kot lebih kurang?..

memg panjg entri ko, tapi best tgk gambar bagai..huhu

♥♥ eija ♥♥ said... [Reply]

hehe...
cantik laa gambar adik hehe....
suka akak tengok....

haa jangan lupa singgah blog baru akak...

http://ejasukaphoto.blogspot.com/

Affieza said... [Reply]

Mmg pjg pn tp sy baca smpai hbs taw...hehe

btw nice view of your pics..

IntanBerlian said... [Reply]

Abang Long~

hehe u must come someday, quite a nice place. sorrylah entri panjang berjela =P tq singgah!

IntanBerlian said... [Reply]

cik ubi~


hmm takadalah sama sangat, nam pon incredible india. banyak bezanya.huhu. sini arak berleluasa. eh ke malaysia pon sama. =P

IntanBerlian said... [Reply]

kak eija~

wah ada blog baru.photos pula tu. i likeeee!

IntanBerlian said... [Reply]

Affieza~


hehe tq so much dear. saja bagi orang pening mabuk baca sampai habis.haha

kumfye said... [Reply]

baga beach seems like a nice beach from the photo...

thefye.com feel free to visit me....

IntanBerlian said... [Reply]

kumfye~

huhu the beach is really nice!! very clean!

Related Posts with Thumbnails