Friday, April 01, 2011

Bila tempe tanya : Kenapa Kau Pakai Tudung?

www.tips-fb.com

Photobucket



Seorang rakan bertanya, siapalah lagi kalau bukan si tempe (gelaran buat si local).


" kenapa kau pakai scarf (tudung) ni? " sambil menunjuk-nunjuk ke arah tudung aku. 


" ouh yang ini, aku kena tutup rambut aku, sebagai seorang Muslim, Islam memang menyuruh kami menutup aurat."


" kenapa kau pakai tudung? wajib untuk semua orang?"


" macam inilah, rambut ini sebahagian daripada aurat.. ye semua orang wajib pakai, tiada yang terkecuali. rambut sendiri boleh menjadikan seorang perempuan itu cantik dan menyebabkan orang lain tertarik. jadi apa sahaja yang boleh menarik perhatian lelaki perlu dielakkan."


" tak panas ke?"


" tak adalah. lagi best pakai.. kalau aku tak pakai, aku rasa bogel, aku malu!"


" tapi kenapa ye dia tu tak pakai pun scarf macam kau pakai? dia MUSLIM jugakan? tak dosa ke?"


" ouh, menutup aurat dan memakai tudung itu adalah wajib, it's a rule in ISLAM. semua agama ada rules, tapi tak semua orang akan ikut that rules walaupun ia wajib! sifat semulajadi manusia apa yang disuruh tak nak buat, yang dilarang nak buat. yang dah tahu salah pun tetap buat! ada orang yang akan mengikut atau melanggarnya. kalau patuh pada tuntutan agama dapat pahala, kalau langgar dapatlah dosa. but.. yeah there is a BUT! sebagai hamba kita tak layak untuk judge orang sama ada dia dapat dosa ke, dia dapat pahala ke.. itu semua urusan Allah "


" siapa je yang boleh tengok rambut kau semua tu? "


" ouh kawan-kawan perempuan sesama ISLAM, keluarga, seseorang yang muhrim bagi aku termasuklah suami aku nanti "


lagi seorang bertanya,


" suami? kalau macam tu, aku nak kahwin dengan kaulah.. lepas kahwin aku tengok rambut kau.. lepas tu divorce lah balik ! hah boleh? " sambil senyum senget. budus! 


lagi seorang menyampuk,


" err kau ni ada rambut ke?"


" tak! aku BOTAK! "


terbeliak semua mata pandang aku.


p/s: duduk dengan tempe memang macam-macam soalan yang keluar! 

17 si gojes suke membebel:

Aqillah Majid =) said... [Reply]

alahaiiiiiii si tempe!!
dakwah2 la siket kak kat indian tu. ahahaha

EpoLღKunang2 said... [Reply]

Botak pulak dia.. hehe. ^^

norina hakimi said... [Reply]

Nina suka jawapan2 yg intan bagi kat tempe ni..dulu ajitha mem pun penah tanya soalan mcm ni..tapi nina tak terfikir nak jawab mcm intan..nina jawab ala kadar je,acuh tak acuh..sbb malas nak layan mem tu...len kali boleh jawab mcm intan..jwpn yg bernas:)

zunitaramli said... [Reply]

tan..nape ko panggil derang tempe?derang suke makan tempe ke tan..?ke muke derang cm tempe? ke derang ade keturunan ala2 jawa sikit tan?

adrinaqamarina said... [Reply]

sini, kurang soalan macam tu sebab diorang muslim tapi cara diorang pakai tudung pulak yang tak sama dengan kte. theheh.

Syuk Ry said... [Reply]

nice entry..

mie said... [Reply]

fuh!!
gue pun xtau nak kata pe..
eheheee

hakeem kira said... [Reply]

tapi kan..

" ouh kawan-kawan perempuan sesama ISLAM, keluarga, seseorang yang muhrim bagi aku termasuklah suami aku nanti "

bukan ke perempuan dengan perempuan sebenarnya aurat dia seluruh tubuh badan kecuali muka dan telapak tangan . cuba try tanya sapa2 yang lebih arif sbb risau kalau salah .

IntanBerlian said... [Reply]

Aqillah Majid~ huhu insyaALLAH. diorang ni bukannya apa, pegangan diorang memang kuat.

IntanBerlian said... [Reply]

zunitaramli~
huhu entahlah ta, aku pon tak tahu kenapa panggil tempe, sebab memang dah turun termurun panggil diorang ni tempe.haha. memang tak dekaitan langsung dengan tempe orang jawa tu beb.

IntanBerlian said... [Reply]

adrinaqamarina~

huhu macam orang indialah.diorang pakai semua kaler hitam. kadang2 just selendang letakkan kat kepala je.. takde pon pakai spin2 macam kite. tapi yang pasti memang kaler hitamla..

IntanBerlian said... [Reply]

Syuk Ry~ thank u =D

IntanBerlian said... [Reply]

mie~

huhu, tahu takpe =P

IntanBerlian said... [Reply]

hakeem kira~

sebenarnya memang yakin dengan apa yang aku tulis, tapi sebab kamu dah cakap macam tu.. maka aku pon google. dan sememangnya,

" Di hadapan sesama wanita muslim, aurat perempuan ialah di antara pusat hingga lutut."

"Aurat di hadapan sesama wanita bukan Islam menjadi perdebatan. Sesetengah ilmuwan menyatakan wajib menutup seluruh anggota badan kecuali muka dan pergelangan tangan. Sementara, sesetengah ilmuwan lain berpendapat aurat perempuan muslim kepada bukan wanita bukan Islam ialah sama ketika mana mereka berada dengan sesama wanita Islam."


"Aurat antara muslimat dan bukan muslimat."

Khilaf ulama' dalam mentafsirkan kalimah `auNisaa' ihinna' dalam ayat 31 surah anNuur (24).
Menurut Tafsir Fakhrur_Razi, Jld 23, ms 207 menyatakan jumhur ulama' mentafsir kalimah itu sebagai wanita-wanita Islam sahaja. Dari tafsir Qurthubi (Jld 12, ms 233) juga mentafsirkan kalimah "aunisaa'ihinna" itu sebagai wanita muslimah sahaja.

Ini bermakna aurat wanita dihadapan wanita bukan Islam ialah muka dan dua tapak tangan. Imam Qurthubi membawa hujah perintah Umar alKhattab RA kepada Gabnurnya, Abu Ubaidah alJarrah supaya tidak membenarkan wanita Islam mandi
bersama wanita ahli Zimmah di permandian awam.

Pandangan yang agak berlainan dari pandangan jumhur ialah pendapat Ibn Arabi (Ahkamul Qur'an, Jld 3, ms 326)
beliau berpendapat maksud `aunisaa'ihinna' (wanita mereka) itu bermaksud semua wanita yang baik akhlaqnya dan baik hubungannya dengan wanita muslimah. Ini bermakna wanita Islam boleh membuka auratnya kepada wanita yang baik akhlaknya dan menjalin hubunan baik dengan mereka. Ia termasuk wanita bukan Islam. Jika wanita itu buruk akhlaknya termasuk wanita Islam sendiri, maka wanita Islam tidak boleh membuka auratnya. Syaikh Ali Asyhabuni (mufassir baru dari Saudi (Tafsir Asyabuni) menyokong pendapat Ibn Arabi.

boleh rujuk link sini:

http://www.angelfire.com/journal/suluk/aurat.html

https://www.facebook.com/note.php?note_id=187113651300828

banyak lagi link, tapi aku raa dua ni pon memadai..

terima kasih hakeem atas keperihatinan.. sebab bab2 Islam ini memang kta rujuk sesuatu, takut tersalah menyampaikan.. =D

HAKMI said... [Reply]

botak is sexy...kahkahkah

HAKMI said... [Reply]

dalam islam, perselisihan pendapat antara ulamak adalah satu rahmat

スライス~ said... [Reply]

Dialog yg terbaik ...

Related Posts with Thumbnails