Saturday, July 17, 2010

Doktor juga hanyalah seorang manusia biasa.

www.tips-fb.com

Salam readers,


bila aku ada baca satu entri oleh Nabil Poter di SINI, dan kemudian aku baca pula pasal komen dari anon yang gila panjang lebar. di SINI aku rasa agak tersentap.



ia berkaitan tentang doktor di hospital kerajaan. sememangnya kerapkali yang aku dengar doktor dari hospital kerajaan ni takde manisnya. asik masam mencuka je. atleast senyumlah kan. ni senyum pun nak tak nak je.



dulu, bila mak aku g klinik gigi kerajaan, mak aku kata tak nak la.doktor kasar.. senyum pun tak.sakit lah itulah.. aku pon sama dok kutuk.. tak pernah aku sangka..aku lah yang bakal berada di klinik dan hospital kerajaan lebih kurang setahun lebih je lagi selepas aku tamat belajar kat india ni.


mak aku pesan, nanti kalau along kerja hospital kerajaan jangan selekeh2.. elok2 kemas-kemas sikit baju tu.. pastu senyum dekat pesakit.. dah lah pesakit ni datang sebab sakit, bukannya nak sangat pun pergi hospital, kalau dah masam.. lagilah murung pesakit tu.. aku angguk je..



tapi bila aku dah praktikal kat sini.. yaAllah penatnya Allah je yang tahu. apa lagi nak menghadapi kerenah pesakit yang bermacam ragam.. memang terlalu mencabar.. dengan kepenatan dan konsentrasi nak merawat pesakit lagi.. memang di luar dugaan.


kalau ada yang cakap, doktor tu tahu nak duit je, kerja buat sambil lewa tak ikhlas.. gaji tak cukup ke? kalau setakat gaji yang seberapa tu memang tak tertanding dengan kerja doktor ni.. memang awal-awal lagi aku pernah diingatkan.. bila pilih profession sebagai doktor, kena ingat bukan sebab duit semata tetapi kerana tanggungjawab dan niat mahu membantu orang.. memang betul semua tu.. gaji ini sebagai ganjaran atas penat lelah para doktor yang berusaha tungkus lumus tanpa kira erti penat dan lelah..



bila pesakit datang berjumpa doktor, harapan mereka tinggi iaitu pulihkan sakit.. walaupon hakikatnya doktor itu manusia biasa je.. mereka berusaha tapi Allah juga yang menentukan.. lagi-lagi bila ahli keluarga berkumpul menunggu pesakit dengan muka sayu hiba dan penuh harapan.. cuba lah bayangkan doktor di dalam semestinye sarat dengan tanggungjawab cuba melakukan yang terbaik dan termampu yang mungkin. 



kadang-kadang kaki yang patah juga belum tentu akan pulih sepenuhnya walaupon dirawat.. ia bergantung pada pesakit tu sendiri untuk melakukan fisioterapi dan semestinya kuasa Allah jua.




sekiranya ada para doktor yang tak tersenyum bila berselisih maafkanlah mereka, sebab bukan mereka tak nak. kadang-kadang kepenatan dan keletihan menyebabkan mereka ni alpa dan lupa nak beramah mesra.. walaupon senyum sekilas.. mereka tetap cuba tersenyum. lagi-lagi bila ada yang shift malam ke pagi, oncall bersengkang mata cuba menyelamat dan merawat pesakit... maafkanlah mereka..jika mereka berpakaian selekeh pun maafkanlah mereka.. kesibukkan mereka menyebabkan mereka lupa nak jaga penampilan diri.. ialah tak kesemuanya begitu bukan?




tetapi seharusnya, lebih elok penampilan dan ketrampilan diri sebagai seorang doktor boleh dijaga supaya pesakit pun rasa selesa nak dirawat oleh mereka ni.




nak melayan kerenah pesakit pelbagai ragam bukannya mudah. memang mereka dibayar. memang mereka diberi gaji.. tapi itulah hakikatnya manusia biasa yang juga mempunyai emosi. kadang-kadang ada juga tergelincir emosi dari landasannya.. dan terlepas.. bukan niat mahu berkasar tetapi di luar kawalan sebab terlalu keletihan.. tapi percayalah jauh disudut hati memang untuk membantu dan merawat pesakit sebaik mungkin.. kadangkala, bila dah jadi pesakit.. mereka menganggap pesakit ni macam ahli keluarga sendiri.. ikut perkembangan mereka sehingga ke akhirnya.




doktor juga manusia biasa yang melakukan kesalahan.. kadang-kadang nak di blame doktor atas segala kesilapan pun tak boleh juga. mungkin atas kelalaian doktor dan kekurangan skill menyebabkan mereka tersilap langkah.. mereka juga cuba menjadi yang terbaik.. takkan mahu bermain dengan nyawa manusia lain sesuka hati.. takde doktor yang mahu melihat kecuaian sendiri menjadi sebab kematian pesakit mereka.. percayalah.. itu adalah satu trauma besar bagi mereka sekiranya ia berlaku..




contohnya aku sebagai doktor gigi ni, satu hari entah berapa ramai pesakit yang akan datang untuk mendapatkan rawatan... dari pagi ke petang tak de henti.. jadi jangan kerana sekali tak tersenyum selamanya mereka dikecam..




doktor kurang kualiti, memang ada segelintir yang sebegitu.. tetapi tak semua. lagi-lagi doktor pelatih mereka itu baru sahaja bertatih untuk menjadi yang lebih baik.. sedangkan kerana teori pun sudah ramai yang berada di wad psikiatrik inikan pula klinikal nya. memang semua pun tahu akademik, teori sesiapa yang baca mereka dan faham boleh menjadi seorang doktor.. tapi nak praktikkan bukan senang, kena ada banyak pengalaman. dan pengalaman lah menagajar mereka menjadi seorang yang penuh skill dan hebat. yang hebat tak semestinya terus hebat.. mereka juga pasti dah ada pengalaman yang banyak.



dan sebenarnya rata-rata doktor swasta ni adalah dari golongan mereka yang dah lebih senior dan semestinya mereka dah meraih pengalaman yang cukup banyak sewaktu berkhidmat dengan kerajaan selama 3 tahun ( yang diwajibkan) suatu ketika dulu...




kesimpulannya, semua kerja memerlukan tanggungjawab masing-masing. tak kira doktor, cikgu, pegawai mahupun petani.. mereka ada peranan masing-masing yang hidup saling memerlukan. tanpa satu tak lengkaplah kehidupan kita.




akhir sekali, aku juga cuba memperbaiki diri agar bila berkhidmat di Malaysia kelak orang tak kecam aku dengan berkata

ahhh nama nya belajar kat india.. tapi hampeh..! tak berguna betull.. itu pun tak tahu? baik belajar dalam malaysia je.. membazir je duit kerajaan.



insyaAllah aku cuba yang terbaik dan termampu mungkin.




senyum lega.



p/s: bacalah entri Nabil tu. dan komen anon.. sangat-sangat bermanfaat =D

26 si gojes suke membebel:

1Malaysia Online 2014 said... [Reply]

Berbeza doktor swasta dengan doktor kerajaan. Rasanya doktor kerajaan kena jaga ramai pesakit kalau nak di bandingkan dengan doktor swasta ni. Kalau ikut nisbah pulak tak pasti. Yang pasti memang jauh berbeza.

deqyalalink in-situ said... [Reply]

halamak ni yg takut nak jadi dokterrr nih..tapi kan, deqya baru je masuk 3rd yer dah rase cuak nak treat patient...wiuuuuu

Unknown said... [Reply]

da jadi doctor saya nk p buat treatment bole ka??

tp malu nk tunjuk gigi~ haha

sanusi said... [Reply]

Tak paham rakyat Malaysia, suka sangat mengkritik, bukan yg membina, kbnykan nya atas dasar untuk menghukum dan menghancurkan, korang ingat jadi doktor senang? korang cakap senang la, meh sni dok sni baca buku2 ni sampai muntah! aku balik msia insyaallah nak berkhidmat tok korang, tpi kalo aku balik korang nk mengeji dan mengutuk keje2 aku, bek xyah balik keje luar negara je senang. time tu baru korang paham knapa diorg xnk balik mesia kan?? mula la ni aku nk emo.

bulatkocik said... [Reply]

wahh..pjg giler..hehe

agpun..mnsia nie slalu jer ader perasaan tak penah rasa puas..msti ader jer silap salah..kat cni lar..situ lar..biler suh buat baru tau..

tp ader sorg jer dOc 2 mmg jaat giler..the house..haha..


pssstt..aku mula ttarik ngn blog ko..suka gaya pnulisan ko..buat aku nk ag baca wpun pjg..i loike..

ciK LyndaWawa said... [Reply]

kamu jadi doktor ya....=)

Anonymous said... [Reply]

heh.
aku rse cuak pulak.
aku pon nak jadik doktor.

mak aku doktor.
uish.
penat die jgn ckp lah.
kdg2 orang ni xphm kn.
ish.,mak aku slalu kte.
sabar jela..
org tuh sakit.,tu yg emo tuh.
(:

zella y said... [Reply]

skrg ni doktor kerajaan kat byk tmpt dh ok dh... dulu org ckp doktor kerajaan xbagus tp skrg dh ok dh..ms dh berubah...

tp wlu macane pun,ade lg manusia yg suka byk komplain....

mama affan said... [Reply]

intan..bagus niat mahu jadi doc yg baik..sekurang2nya apa yg diberi nanti adalah yg paling baik dan mestilah ikut keadaan sbb mmg doc 2 pun manusia biasa kan..ada letihnya ada emosinya..

yg pntg..tau etika kerja..akak doakan intan berjaya jadi doc yg sebaik mungkin..

Bintang said... [Reply]

disebab-kan aku pun isallah next yr jadi HO kat hosptl kerajaan, jadi rasa terpanggil dengan kritikan dan mungkin keluhan xsengaja oleh komuniti sekeliling kita.

seingat aku, kakak2 aku selalu gak komen pasal service yg hosp kerajaan bg. tapi yg selalu kena hentam nurse drg. kakak aku selalu kata doktor baik, senyum je tapi bila misi mak aih, bkn saja patient kena tengking, dgn doktor2 skali.

sebagai student yg dah hampir 3tahun ikut ward round kat hosp uni tu, aku rasa bermacam2 jenis doktor ada. sama gak dengan perangai manusia yg bermacam2. tp apa yg aku tgk, doktor yg tinggi2 jwtn mmg baik dgn patient. doktor yg pgkt HO yg selalu masam muka. kenapa? mcam kau cakap, penat extravaganza.

derang mandi tapi xtukar baju pun, tidur dalam wad sama-sama dgn patient. rambut serabai, dahlah xtido, esok pagi2 dah kena blood taking, kena present dgn bos utk review patients.

jadi, semua tu menyebab-kan drg xmampu nk senyum dah. dan aku xsuka bila org kata gaji doktor lumayan. pale senget hape. suruh meke bljr plus oncol ganti tmpt mahu?

semua kerja pun burden. dan bnde ni xkan stop sebab mulut manusia ttp mahu berckp.

well, doktor2 sekalian.. berusaha!

ftrhd said... [Reply]

doktor kalau pakai mask bleh nampak ke senyumannya? hehe

apapun, saya tau doktor memang busy. tak kisah lah dia nak senyum or tak. tapi make sure tugas dia untuk rawat pesakit tu selesai...

kalau takde doktor memang susah orang malaysia ni nak sihat..

IntanBerlian said... [Reply]

Nescafe Ais~

hmm bro memang sangat2 setuju part ni.

IntanBerlian said... [Reply]

deqyalalink~

deq, memule memang sangat2 cuak.tapikan. nanti da biasa.huhu.. cam akak ni muka tak malu lagi nak cari patient.

IntanBerlian said... [Reply]

alinac lover~


bolehhhhhhlah boleh... boleh sangat.hehe. takyah nak malu. tunjuk kat dr.gg je pon.hehe

IntanBerlian said... [Reply]

sanusi~


betol di.betol sangat. tengoklah kita ni.dihantar tempat sebegini. bukan nye honeymoon pon kat india. dan scholar pon tolak itu ini bapa kerat je tinggal.. dgn beljar yang susah. condition sini yang slalu menyirap darah je kan..

IntanBerlian said... [Reply]

fazRul~

huhu hiuse tu memang kejam tapi nasib baik dia tu berbaloi lah jugakan..

hehe maceh fazrul sudi jengah sini ye... =D terharu ni.

IntanBerlian said... [Reply]

cik lyndawawa iguana~


hmm huhu insyaAllah bakal dr gg.=D

IntanBerlian said... [Reply]

adilla adnan~

hey future doc huhu. memang penat. kdg2 menguji kesabaran dan jiwa raga. tapi iyela.merekakan sakit sememangnya emosi sgt terlebih2.

IntanBerlian said... [Reply]

zella~

mulot orang memang lah begitu.. sebelum ckp pape cube letakkan diri kita dekat tempat mereka.

IntanBerlian said... [Reply]

kak ryna~


tq kak. insyAllah intan cuba yang terbaik... =D

IntanBerlian said... [Reply]

bintang~


wah nak jadi HO da next year.sgt hebat.heee.. hmm waktu HO memang lah semuanya sangat busy dan memenatkan.. sebab tu la nak tersenyum pon tak larat. sampai ada yang slah paham kata sombong.. sebelum ckp p;ape kite kene pikir dulu keadaan para doktor tu kan..

berusaha!!!! =D

IntanBerlian said... [Reply]

FITRIHADI~

huhu kalau tak pakai mask la.. even pakai mask pon stil boleh tgk melalui mata kan.=D

hakimfaridzul said... [Reply]

hohohoho, betul2, doktor kerajaan hampeh,

but bukan semua....

anda boleh ubah persepsi itu!

good luck!

IntanBerlian said... [Reply]

hakimfaridzul~


heh. insyaAllah... =D
tq

syahirah mahu jadi doc! said... [Reply]

walaupun orang banyak kutuk kita,
tapi kita kena ikhlas untuk apa-apa pun. yang pasti,Allah tahu niat ikhlas kita. kalau takat permasalah senyum jadi perbahasan....buat dono je...kalau kita senyum memanjang tyme org sakit pun buad pesakit tension gak..mcm orang gila lah pule,,tapi yang pasti next year insyaallah saya nk amek sains tulen di tingkatan 4,,doakan saya 8a Pmr ye...bole saya jadi doktor mcm akak ni...saya nk jadi anak sulung yg bergelar doktor juga...anything for government..;)doktor kerajaan the best!

apislerr said... [Reply]

doktor swasta lagi mesra;)

apisv2.com [visit me back]

Related Posts with Thumbnails