salam semua~
pernah tak korang semua terfikir pasal perkahwinan yang dirancang oleh keluarga.. aku pernah di tanya oleh seorang kawan India aku di sini.
yes dapat gak aku minah ni.
Mereka tanya aku, nanti aku nak kahwin bila.. kahwin dengan siapa. aku katalah aku kahwin lama lagi lah lepas habis belajar nak kena kerja dulu, kumpul duit baru boleh settle down. dan insyAllah dengan bf aku lah.
then mereka pandang aku pelik. kau akan kahwin dengan bf kau? parents kau tahu ke intan? aku katalah iya mereka tahu.. mak ayah aku mestilah nak kenal dengan siapa aku berkawan..so mestilah mereka tahu pasal ni..
kawan aku ni kata, di India kalau kahwin umur 23/24 tahun tu dah kira lewat sangatlah.. aku kata di Malaysia sekarang kalau umur begitu kira awal tu.. iyelah bila aku buka facebook aku nampak invitation majlis perkahwinan dari kawan-kawan aku, ouh man, aku rasa awalnya diorang kahwin. ke aku yang tak sedar diri dah tua..haha..
erkk apa dalam ni bang?
i naive plus sangat innocent.
agaknya.. ceh agaknya, memang pun lah. aku je yang perasan muda.kau dah tua lah intan..hoho..memang zaman orang umur aku ni kahwin kot..sana sini orang kahwin..dan paling baru aku tengok status kawan aku perutnya dah berisi..dan aku masih membujang..haha.. terasa diri ni macam muda pulak. adeh.. belum sampai seru..lagipun banyak sangat komitmen lain kan.. belajar kena diutamakan dulu. duit rakyat ni tan oii..huhu. ye-ye aku tahu..aku akan belajar sungguh-sungguh.. nanti gigi korang juga yang aku nak cabul.haha.
ok berbalik kisah kawan aku tadi, aku tanya kawan aku..nama dia Aaliya..seorang muslimah.huhu aaliya kata ouh mereka tak boleh ada bf. kalau habis belajar.. hmm tak habis belajar pun lagi. mak ayah dah siap2 kan gambar suruh pilih jadi suami.. hah kalau boleh pilih.. kalau tak diorang terus decide.. " nah ini gambar suami kau ok, pasni kahwin dengan dia" makkk aiii gerun seh aku dengar..huhu. tak kenal siapa orang tu.. tetiba kena kahwin dengan dia..
atleast kalau di Malaysia, mak ayah kalau pilihkankan pun.. siap bagi masa.. kenal-kenal dulu.. tunang. kalau tak serasi ok takpe belum akad nikah lagi pun kan.. tapi ini.. kau kena kahwin camne pun. bayangkanlah.. hmm tak dapat dibayangkan..
nanti dah settle u kejut i ek.
i ngantuklah u..
bukan itu sahaja, ada juga yang tak kenal rupa bakal suami.. tahu-tahu masa kahwin je nanti.. itulah first time baru nampak muka bakal suami..erkkss camne kalau muka macam alien.huhu. tapi yelah perangai kene baik.. rupe tak penting.. yeke? huhu atleast yep atleast sedaplah mata memandang kan.. kemas bukan selekeh bagai.
dan nak dijadikan kisah,ada seorang batchmate aku ni, dah siap-siap beli barang perkahwinan.padahal final exam belum lagi.. huhu bila di tanya pasal bakal suami. dia tunjuk gambar.. gambar memang macam nak hantar portfolio modeling.hehe.. posing tak leh blah.. agaknya itulah gambar mak ayah si lelaki bagi..
oiii kain aku lah weh.
dem! i tak nak lah kahwin.
sambung esok..
kotor dah ni u..
pakcik botak tu pijak!!!
benci i.
hmm, kebanyakkan orang-orang india di kolej aku, yang aku perasan lah.. diorang semua akan ber'couple'. couple tak ingat dunia.. flirting around.. tapi bila kahwin.,tup tup tup dengan orang lain.. dan aku dengar ada yang pernah kata.. ala suka-suka sahaja sebelum kahwin.. ceh bermain-main dengan hati parah woo.. tak takut sakit ke nanti..
tapi itulah maybe mereka dah tahu.. at the end camne sayang pun dengan kekasih.. tetap kahwin pilihan mak ayah.. lagi-lagi mereka sangat mementingkan kasta, darjat dan kelas..
yang perempuan pula, almost all of them, selepas kahwin.. migrate pergi oevrsea. US la, UK la. hm ramai sangat yang NRI (non residential india.. errk betul ke ni).
dan sebenarnya mereka tak perlu risau nak cari pasangan hidup sebab mak ayah mesti dah tentukan buat mereka ni kan.. kita pula. kalau dah umur lanjut sikit takde pasangan.. mula lah orang kata ANDARTU.. lagi-lagi yang berkerjaya.. hmm orang takut nak dekatlah.. hantaran kahwin mahallah..
sebenarnya aku nak berkongsi satu cerita yang aku baca dalam majalah hmm tak ingat namanya.. kisah seorang wanita dari India ni meluahkan perasaan pasal perkahwinan yang ditetapkan oleh kedua ibu dan bapanya.. katalah namanya Neeta. Neeta ni tak pernah lihat muka bakal suaminya sampailah hari perkahwinan dia.. orang India ni, kalau dia kahwin.. segala dirinya diserahkan sepenuhnya kepada si suami dan keluarga.. maksudnya kena duduk rumah keluarga lelaki..
dan selepas berkahwin, dia dilayan macam pembantu rumah.. dicaci cerca oleh mak mertua.. tiada perasaan cinta dan kasih dari sang suami.. dia hanyalah seorang isteri kepada suami bukannya teman mahupun kekasih.. dia menderita.. katanya, waktu melakukan seks. suaminya akan meminimumkan sentuhan sekadar tuttt sahaja..tiada belaian kasih sayang walau sedikit pun. dan selebihnya hanya seorang hamba mahupun pembantu rumah kepada tuannya.
pernah satu ketika, beberapa hari selepas melahirkan anak.. lepas melahirkan anak ok. suami dia paksa melakukan hubungan seks.. dia kata tak nak sakit..tak larat.. suami dia paksa dan boleh dikatakan dirogol oleh suami.. pernah dia mengadu dengan mak ayah dia.. mak ayah neeta ni kata, tak! suami dia orang baik-baik.. jangan buat cerita. bayangkanlah.pada siapa lagi dia nak mengadu nasib. sampailah satu hari.. dia tak tahan dah.. neeta pun larikan diri. sehelai sepinggang..sang suami cuba jejak dia dan mengugut macam-macam.. akhirnya di bawa diri ke luar negara. dan berjumpa seorang lelaki.. dan sekarang dia gembira sebab dah menemui cinta sebenarnya. *tipikal ke? tapi ni real ni*
argh aku baca kisah ni.aku gerun dengan perkahwinan sebegini.
tapikan.. tak semua yang teruk. ada yang bahagia hingga kini.
semuanya terpulang pada diri sendiri dan pasangan.kalau serasi Alhamdulillah..
orang pernah kata, bercinta selepas kahwin itu lebih indah bukan.
tapi mungkin sepatutnya kita kenal hati budi dan paling kurang latar belakang sang lelaki.. bukan dengan sekadar mak ayah je yang ambil tahu..sebab kita yang nak kahwin bukan..selidik-selidik sikit..
ada kebaikan ada keburukan.. pandai-pandai nilai sendiri..
iyelah kawin ni hal besar, bukan main main.. bukan nak deal sehari dua tapi seumur hidup..
last but not least.
makcik sedara aku kahwin.. cunkan dia.
huhu aku suka la tengok make up yang simple.
baju pun simple..
rasa macam tengok artis plak.huhu.
hmm baju, pelamin dari man kajang.
make up tak pasti.
kalau tengok pelamin pun simple but nice.
sekian.
*gambar-gambar ihsan pakcik google kecuali yang gambar makcik aku tu la*
p/s: moga apa yang dirancang menjadi kenyataan.amin~
8 si gojes suke membebel:
ermmmm....
mane-mane pun sama janji mak ayah kita dah berkenan dan restu...
kalau mak ayah berkenanan tapi kita tak pun tak boleh jugak... kalau boleh cuba kenal dulu hati budi.. nak kawin selamanya bukan untuk shari dua :)
ya ya
baru semalam aku ckap kat member
kan best kalau bercinta lepas kwin
tapi bila dipikirkan balik byk pula risikonya
ada betul jugak yang intan ckp, at least kita kena tahu jugak bakal suami kita sebelum kawin. Sedangkan yang kenal bertahun pun perangai macam hantu inikan pula parents yg aturkan
serammm!
ape pun i wish you all the best
erm..sumtimes pilihan mak dan ayah adalah yang terbaik....
kadang2 pilihan sendiri lebih baik....
ikut individu....kita bukan mcm org dulu dah.....
Hazzy Ishak~
sangat menggerunkan.tapi ade juga kebaikkan lepas kahwin ni.kurangkan maksiat.huhu.adeh.
tapi kalau boleh selidik lah latar belakang dulu..
kak eja~
betul2..nak kawen seumur hidup.bikan segari dua.kene pkir banyak2 kali kan kak..
hmm mak ayah kene restu.tu paling penting..
kak Farah~
hmm betul.sebenarnya sume ni subjektif kan. jadi diri sendiri kena pandai menilaikannya.
xkira pilihan sendri atau mk ayh..yg penting skali minx petunjuk dgn istikharah....huhu
salam ziarah...hehe
erm..
takutnya kawen ngn pilihan mak ayah..bukan takut ape..tkt x serasi je..huhu
Post a Comment