Friday, April 09, 2010

Kenapa Aku Nak Belajar di India?

www.tips-fb.com

kenapa aku nak belajar dentistry di india dan bukannya tempat lain seperti di eropah.

soalan terbaik aku dapat dalam formspring aku.huhu.


JPA tak bagi pilih-pilih,jangan nak banyak songeh.
1) sugar daddy aku kata, ehem encik JPA.. kau tu aku taja, jangan nak dok pilih-pilih tempat eh.. pergi je mana-mana aku hantar. dah lah aku ada raamaaaiiii anak gula-gula ni nak ditaja.. maka dengan itu aku pun terus menerima sebulat suara sebab dia nak taja kan.. hoho, syukur syukur dengan apa yang ada.. maceh sugar daddy.




err nampak tak yang hijau tu mayat.masa anatomi ni.
dan yang arrow merah tu skeleton betul tau.bukan plastik2.huhu.




yang ni lah hmm mayat @ cadaver yang aku belajar
masa 1st year dulu..




Kos hidup agak murah so tak adelah kerajaan nak keluar banyak duit hantar pi europe.
2) murah. apa yang murah di sini? ouh alat-alat dental memang murah kalau dibandingkan dengan malaysia of course. tapi still biasiswa kurang mencukupi. sebab kolej aku tak sediakan instrument walau penunu bunsen. argh bayangkan itu pun kene beli. terus teranglah dengan glove, patient apron, facemask, trace sheet.. hari-hari kena beli.. boleh bangkrup aku.

kami dah buat proposal untuk naikkan biasiswa..dah 3-4 kali hantar, dah dapat sokongan dari Consulate General Malaysia dan wakil JPA di Chennai serta wakil kementerian kesihatan Tan Sri Ismail Merican. masih lagi sangkut dekat kementerian kewangan.. 

adoih.. susahlah macam ni, orang yang duduk india je faham kesusahan di sini. Memanglah kos hidup murah tapi tak semua benda pun, kalau nak makan capati, tosei hari-hari bolehlah murah pakcik. mana larat nak telan capati hari-hari. err.

barang-barang dental pun bukan murah pakcik.

lagi-lagi kalau masuk Prosthodontics department:
Impression compound = RM 10 ( boleh pakai 2 kali)
Greenstick compound = RM 2  sebatang, kalau 1 patient lebih kurang 4batang kalau tak jadi2 lah.
ZOE paste = RM 40 ( bolehlah pakai untuk 3 kali)
dental stone = RM 8 sekilo
coldcure acrylic resin = RM 13
wax sheet = RM 6

hantar buat teeth setting + fabrication kat budak Dental Mechanic sebab aku takde masa nak buat sendiri dah RM 40. arghh parah2.. mahalnya.

tak masuk lagi yang cikai macam facemask, glove and bla3. (bangkrup ke ni)




 hm this is my babe.
air rotor yang berharga RM 250
harga sebenar RM 500 tapi dapat murahlah
itu pun sebab tak de waranty,hoho.





ini lah namanya impression compound,
aku gunakan untuk record mulut atuk nenek
yang dah tak ada gigi.
so diorang nak buat gigi palsu.
err yang ni bukan yang betul punye. ini masa aku
1st year dulu kena buat master cast.
kalau letak kat mulut pesakit kene pakai tray.
susah tak?
err memang susahlah. lagi-lagi dapat pesakit macam
aku dapat hari tu, mulut kecik, ridge dah resorp,
lidah besar..severe gag reflex
sungguh mencabar keperempuanan aku.




err.. yang pink kaler atas cast tu ialah
cold cure resin.aku gunakan untuk fabricate.
tapi as a temporary base atau special tray je.
sebab ini carcinogenic.
leh sebabkan kanser.
so untuk elakkan kenalah gunakan
yang heatcure punye.huhu.
tak paham? takpe buat-buat paham ye.
yang cecair pink tu namanye cold mold seal.act
sebagai separator..
gambar tu aku tengah buat hawley's appliance
untuk pesakit pedo (kanak-kanak) as a treatment
untuk tongue thrusting habit.


satu patient dah bape dah tu.. hah tak masuk department lain lagi ni.. itu tak campur lagi kene pow dengan pakcik-pakcik auto. bribery dari pihak-pihak tertentu..ala tahulah india semua pun nak rasuah.parah.

so kos hidup murah ke tu ?

hmm maybe murah bagi kerajaan sebab tak perlu bayar mahal-mahal macam di eropah sana. so boleh lah bagi scholar pun tak perlu mahal-mahal.


Masa dengan Malaysia tak adelah beza sangat
3) perbezaan masa tak ketara sangat.tak adalah tetibe pukul 4-5 pagi aku kejut mak aku ke bam2 ke kalau nak call kan.huhu.



Tiket Balik Malaysia Murah.
4) argh yang ni reason paling best sekali. selepas aku kumpul duit-duit aku selalulah aku balik Malaysia.huhu. iyelah muka aku ni muka selalu balik Malaysia lagi masa 1st degan 2nd year.. sekarang dah jarang dah.aku busy lah.. kalau tak orang kampung asik cakap..aik muka kau lagi intan? wahhh macam KL-MELAKA lah ek..  bila aku lama tak balik..hah baru tertanya-tanya kenapa aku tak balik.haha..



Ramai Pesakit yang sudi menjadi pesakit
5) Sumpah ini memang terbaik punya. sebab aku boleh praktis betul-betul.nanti kat malaysia kira aku dah expert sikitlah.hehe.. iyelah, mana nak cari pakcik makcik abang kakak yang sudi dicabul mulutnya oleh pelajar-pelajar tahun 3 dan 4 macam aku ni..

err mak aku, intern buat pun dah tak nak..ini student tak grad lagi? sape nak? aku pun tak nak.hehe.

so satu kelebihan hantar pelajar ke india ni ye.. tapi jangan buat nak tak nak.sian pesakit tu..tanpa mereka siapalah aku. aku berterima kasih pada diorang.sebab diorang aku bakal jadi dentist nanti.hee. besar sangat-sangat jasa mereka ni.. maceh patti (nenek dalam tamil) dan tata (atuk dalam tamil).


Tak Jauh Beza Dengan Malaysia
6) dari segi makanan yess. so tak adelah aku kena makan sushi mentah 24 jam ke, tak jumpa cili kering ke.. sambal berapi-api ke.semua ada.. cuma serai, lengkuas daun limau aku tak jumpa.selalu tapau bila balik dari Malaysia.




makanan india yang sudah menjadi
kebiasaan.huhu



hah amik itu.nama yang atas tu masala dosa.
yang bawah tu pani puri.huhu sedap2.



kalau pi kedai-kedai kat town tu boleh lah makan lagi.tak ada lah makan capati tosei je.. banyak lagi yang best-best tau.. tandoori roti dan pelbagai makanan india yang boleh dan sedap ditelan.

dari segi cuaca pun tak adelah beza mana.kalau india sekarang tengah panas,aku pasti malaysia pun tengah panas.huhu.. ada sekali tu time winter vacation.india ni sejuk lah sikit.. aku balik msia.. makkk aiii panasnya.huhu.demam aku.



p/s: incredible india. i did resisting india before.but once i gave in.things became much better.

27 si gojes suke membebel:

ed shahir said... [Reply]

wahhh..anda memang kreatif...tersenyum baca entry nie..
baru terpikir pasal nie semua :)

fatt said... [Reply]

intan, owg okey je kalau nk jadi patient intan even tak grad lg. tp klu pape jd owg cucuk gigi intan balik. hahaha. scalling satu! huuu sedap tu makanan diee (tgk org laaa) hahaha. tekak makan mamak je. haih. intan, bawak balik la tosai ngan pani puri tuu. heee. biasa dgr dlm cite industan je pani puri tu. hihi. ayam tandoori pun best gak. haha. okeh dah membebel dah. hihi. take care ntan~!

cik helena said... [Reply]

laa intan kat india ke?syok tak???

err nak ole oleeeee//hhahaha

ღKekunangpelangiღ said... [Reply]

Seperti menakutkan bila melibatkan prosedur potong memotong daging yang masih hidup. ^^"

IntanBerlian said... [Reply]

Ed's photography~


huhu. Mehla datang india.tgh panas ni rasakan heat yang macam disalai. Org hot suka heatt.hehe

IntanBerlian said... [Reply]

fatt~


hahaha.alahai fatt oii. Nanti aku balik msia. Ko jadi 1st patient aku boleh. Nak try test power hehe. Hmm grilled chicken sini sgt2 best.huhu.. Chicken butter masala.. Ouh man sedap sgt. Teringin nak belajar.huhu.. Hmm ok syg. Pani puri memang sgt femes.. Paratha pun femes.hehe jempu ke india aku bawa round mkn best2.kompem naik 4-5 kg.haha. Mmuahhh3 syg

IntanBerlian said... [Reply]

helena's~

huhu cikhel ni.ak tahu best ke x kenelah rasa.hehe..

Nak ole2 boleh2.haha.nak mamat industan ke.hee.

IntanBerlian said... [Reply]

sesayang_andox~


huhu mule2 menggelikan lama2 dah lali.heehe

Akmad Toshiro said... [Reply]

hohohoho...dah mcm bengkel aku tengok perkakas ko tu sumer, siap nk kena beli sndirik plak tuh, kompom tak lepas SIRIM sumer...hahaha, study elok2, nnti bleh buat gigi untuk aku balik malaysia nnti..hehehe

Akmad Toshiro said... [Reply]

penah dgr gak psl corps (mayat) kat india tu..yg dijual beli dgn murah..mang betul lah kan..senang student medic belek2 isi mayat tuh (ngeriii owhhhh dgr prktaan mayat)...

zulaikhaablah said... [Reply]

mmg r.. student medik ngan dental dri india akan bgus dri segi praktikal. JPA xsudi taja i.... huhu. cedey T_T

-C.Gad!s- said... [Reply]

oh oh...

rugi aku tak tunggu ko grad tok pasang braces..

kalo tak mesti ko bg murah kan???hahaha..tak kire!<-- tetibe..kekeke

fazreen said... [Reply]

eh intan..bds xpegang kn mayat2 neh :P

deqyalalink in-situ said... [Reply]

huhuuu best bace ! rase mcm nak g india tanye mcm2 kat akak..

nak komen panjang ni..compare ukm dental ngn india heheh........

pasal cadavar tu kat ukm banyak jugak busuk and bila kluar dari dissection hall mesti pening pening andtidur tak sedar2..bau dia massyyaarrakatt..tp bestla deqya suke anatomi!

ya tuhann..handpice pun kene beli sndri ke? kedekut gila india uhuukk..kitorang kat sini memang byk sgt handpiece tapi x ley bawak balik la..kalau kat simulation clinic memang ade handpiece on each phantom head. kalau kat klinik lagi byk and sterile :)

wah? acrylic segala pun kene beli ke? sgt sedih huhukkk..kat ukm memang sgt byk terlebih2 and boleh mintak byk kali, rasenye mcm takde kot yng beli sendri..brg2 prosto sume dah sediakan, tinggal mintak and pakai. tapi kalau brg2 hilang cnthnye wax knife ke, lecron ke, articulator ke, jangan harap la dapat lg skali..kene beli T_T

ohh mahal ekk bnde2 tu..lepasni kene jimat la bila nak pakai..kene ingat student2 kat india ni hehe..

kalau patient lak memang byk tapi kdg2 bhgian prosto tak byk, tapi satu taun each student kene buat 2 denture,kdg2 dgn FTA nye, meamng kencang ahh.tak cukup requirement takley amek exam..takut la kat sini..kat sini byk waiting list tapi bile kol sume takley nak bg komitmen. biasela kite student lagi, buat keje lambat, nak kene ppnggil dokter lagi ..hmmm


jpa kitorang satu sem 6+++, kak intan dapat brape ye? deqya pun jarang balik sbb bz gila la :(

panjangnye komen ! takpe, kite bersussah2 dulu senang2 kmudiann :)

bye sayanG!

miss lolly a.k.a luvfareda said... [Reply]

nanti bawak balik pakwe seiras2 shahid kapoor tau?

IntanBerlian said... [Reply]

akey87~


huhu menjadi seorang dentist macam menjadi seorang pelukis,penuh kesenian.. kerja2 yang aku rasa mcm kerja bertukang pun ade.huhu.

ye cuba belajar sungguh2.nanti nak cabul gigi kamu dan kamu semua.haha.

hmm aku pegang mayat masa 1st year je dulu.huhu..

IntanBerlian said... [Reply]

uniqika~


huhu.jpa ni kedekut sikit.lol

IntanBerlian said... [Reply]

C.Gadis~


haha.alahai kalau nak pakaikan braces kene amik master dlm orthodontics dulu.kalau cmtu boleh je.sanggup ke nak tnggu lagi 10 tahun.hahaha..

IntanBerlian said... [Reply]

fazreen~


hoi bu.buuuhuu.. aku tau kau ni kan.
emm masa 1st year dulu aku pegang lah bu.walaupun sekadar pegang bahagian head n neck je.huhu

IntanBerlian said... [Reply]

deqyalalink~



hey syg, wah bestnye semua ukm dah sediakan,ini yang jeles ni..err parah lah sini.semua pun kene beli sendiri.dah la mahal.tak masuk lagi yang asik ilang orang dok curik.. memang bangkrup la jadi dental student kat india ni..err.

hmm sampai terlebih2 ni..adoih tak acinye..

pesakit Complete Denture tak delah ramai sebab skrg tgh musim panas.jrg org dtg kolej.. hmm tapi Alhamdulillah setakat ni dah siapkan sampai 4 kes.. patutnya kene buat 5.. Tapi kalau Removal Partial Denture plak kene buat 10 kes masa 3rd year..


JPA bagi lebih kurang RM 1500 sebulan..tpi jpa bagi 3 bulan sekali lah.. hmm hostel sini mahal dik.. tu yang rasa tak cukup duit..

satu bilik kecik je yang ada 2 orang dah RM 700.. kalau kat msia dah leh dpt apartment besar.huhu. letrik plak dah ikut industrial rate.. err sekarang musim panas.. lagilah parah..

ok syg.mmuahh.

IntanBerlian said... [Reply]

miss lolly~


huhu tak sangke,kau peminat syahid.err aku bawa yang gelap boleh?haha.

Unknown said... [Reply]

mencabar sungguh nak jadi dentist.. tapi ramai yg suka buat medc kat india sebab buleh buat surgeon kat mayat.. kan? =P

IntanBerlian said... [Reply]

huhu kak wawan.betul2.. kalau di india melambak mayat.. tinggal pilih je nak yang mane.huhu

Syukie said... [Reply]

Sangat best entri ni :P
best nye g blaja kat sana, walaupun negara yg aku rasa mcm x berapa nak best :P

hannahsahimi said... [Reply]

hey! i was blog hopping and kita ada persamaan. which is, dentistry! hehe.. i am a 4th year dentistry student, studying in Egypt and yeah we here buy the dental instruments ourselves! mmg pokai la hari2 pon keluar duit beli instruments eventhough living cost quite murah! igtkan kat egypt je, rupanya kat india pon sama! hee.. rasa best pulak ada geng! :D

IntanBerlian said... [Reply]

Syukie~!


huhu dekat mana-mana tempat pun ada kekurangan dan kelebihannya =D

IntanBerlian said... [Reply]

hannahsahimi~


huhu wah serious dear? kat egypt. salam kenal. huhu. seronok sangat dapat jumpe kawan-kawan satu kos tapi lain2 tempat. sebab memang teringin sangat nak tengok suasana belajar dekat sana. hee.. memang pon living kos agak rendah tapi instrumentnya mak aiiii mahal gila!

Related Posts with Thumbnails