Monday, April 04, 2011

Maharaja Lawak 2011 episod 1 tidak menghampakan kecuali JOZAN. frust weh!

www.tips-fb.com

Salam Readers,


Photobucket



Maharaja Lawak! aku sangat teruja nak tengok ML ni. sebab dulu time Raja Lawak pun aku memang layan, yang best je aku tengok. tak dapatlah nak tengok live. itu pun tengok atas dasar ihsan orang yang upload dekat youtube. cayalah siapa yang upload dekat youtube tu. I heart you bebeh! 


Nasib baik Maharaja Lawak ni cepat juga orang upload di youtube tak adalah basi sangat nak tengok episod pertama kena tunggu seminggu lepas tayangankan? well, terbaik juga rancangan ini, sebab menampilkan bekas-bekas pemenang dan peserta Raja Lawak yang lepas-lepas. bertanding antara yang hebat-hebat baru kita tahu siapa yang terhebat. baru keluar semua taringnyakan? haha. iyelah ada yang lepas Raja Lawak terus senyap sepi melainkan si Nabil dan Jozan tu kan.  Oh my Faveret JOZAN dan Nabil! hehe. 


Photobucket



Tapikan lepas tengok episod pertama, aku sangat-sangat kecewa dengan penampilan JOZAN. memang aku sangat high expectation ni dekat Jozan. sebab diorang memang antara yang terbaik.. kalau tengok Raja Lawak tu, kalau lawak sekor-sekor macam haram je, aku dok gelak sakan tengok si JOZAN je. diorang jadi host macam diorang pula yang punya gelanggang tu. chemistry diorang memang tak boleh blah. mantap habis.haha. rasa nak guling-guling tengok si Jozan.


Walaupun aku minat si Jozan dan Nabil, aku tak berat sebelahlah.. aku nak listkan peserta yang agak hebat dan lawak ikut akal. bukan ikut hati macam sesetengah orang tu. si Amir tu, lawak macam bodoh. macam haram still orang nk vote. pakailah logik akal sikitkan. adeh.susah betul orang yang ikutkan hati dan perasaan ni. tak kelakarlah weh. ni gelanggang Maharaja Lawak! 


1) JAMBU.


Photobucket


haha sumpah aku gelak guling-guling tengok Yus dengan Tauke. tagline tak boleh blah.. " Muka Legend Tapi Hati Kiut" huhu. comel gilakan. tapi lawak diorang memang agak bersahaja. hmm bak kata juri lawak matang.  setiap lawak diorang memang sampailah, dari start masuk.. sampai ke akhir memang best. chemistry sudah ada. menantikan pula minggu depan.




2) R2


Photobucket


huhu, lawak diorang kemas dan tersusun. senang nak faham.. tapi memang lawaklah. kisah budak sekolah dengan si cikgu.

" apasal ujian matematik ni kosong?" 
" saya tak datang cikgu" 
" kau jangan nak tipu, aku tengok kedatangan kau datang je"
" eh saya datang cikgu, Hassan je yang tak datang" 
" apa kaitan kau, Hassan dengan ujian ni pula?"
" sebab saya tiru Hasaan cikgu!"





budus.haha. walaupun seorang je yang memang pandai melawak, yang sorang lagi blurrr... tapi yang bagusnya sebab diorang ada chemistry. orang kata saling memerlukan, mungkin kalau si abang je yang pandai melawak tu melawak sorang-sorang belum tentu hebat macam ni kot. bak kata Ahmad Idham, gaya dah macam 2 tahun pengalaman. walaupun ramai yang cakap lawak cedok Mastika, lantaklah! janji mereka menghiburkan orang lain! kan?


3) Nabil


Nabil kalau cukup masa pasti best punya. sebab tak cukup masa pun dah best. si Nabil ni, harap-harap dengan ML n dia bolehlah bersihkan balik nama dia yang terlalu banyak snagat kontroversi tu. sudah-sudahlah tu konroversi bang, kasi bersih sikit nama macam ZIZAN tu eh? baru nak naik, nama jangan kasi busuk. tapi Lawak Nabil tu memang jujur habislah. haha. masa RL dulu dia dah memang terbaik. 






4) MAN

huhu man ni best. tapi hm, kawan aku cakap lawak dia agak kasar. sebab lu gua bro kot. haha. tapi bolehlah layan. not that bad. kita tunggu je next episod ye.


5) BALAS


Photobucket


oklah si Balas ni.. agak lawak cuma aku tak sukalah lawak-lawak lucah atau double meaning tu. sekali sekala tu orang bolehlah terima bro. masuk banyak kali agak meluat di situ. tapi lawak korang dah best. muka pon sekor-sekor poyokan.


6) JOZAN


oh mai. Jozan kecewa den ok? takpe orang cakap Hero selalu tunjuk kehebatan dia last-last. haha aku tetap akan sokong kau Jozan! dekat mana-mana Jozan hebat apa, takkan dekat Maharaja Lawak nervous kot. huhu tak pernah aku tak gelak guling-guling ok dengan si Jozan ni.. mungkin betul kata juri, jangan sampai overconfident. kena banyakkan lagi persiapan dan persediaan. penyokong dah ramai tu, jadi jangan hampakan mereka termasuk aku! so tunggu sahaja next week ye. selamba si JOZAN tu yang memang tak boleh nak blah! terbaik wok. 




lawak terbaiklah JOZAN. haha. Ziffi baik punya~



7) SEPAH


Photobucket


Sepah ni patutnya best. tapi malam hari tu lawak dia agak kureng sikit. tak sampai sangat. takpe boleh lagi diteruskan ni.Nasib baik sudah tak ada lawak double meaning tu.



takde tempat,

XN3- tak berapa nak best. tapi boleh tahan lagilah 

AMIR- tolonglah, aku sangat tak berkenan. bukan sebab apa.. sebab tak lawaklah weh. tapi vote tetap antara yang tertinggi.

WAI- paling memalukan si WAN tu, kalau si Idlan tu terlupa tak payahlah kantoikan.. sepatutnya sebagai pelawak yang professional jadikan itu sebagai lawak, coverline. kan bagus. ini adakah patut pergi marah si Idlan tu depan-depan juri. nampak sangat tak pro. bukankah memalukan kumpulan sendiri. kesian gak aku pada si idlan tu.. main-main tolak kepala pula, tak sopan.. nampak kurang ajar di situ. yang tengok rancangan ni bukan ke segenap lapisan masyarakat. budak-budak kecik lagi. aiseh. kesimpulannya, agak memalukanlah. Lu pikirlah sendiri WAI.






ALEX dan JIHAN sorrylah aku tak sempat nak tengok.


huih banyak kot kalau menang ni,  

Hadiah
Juara – Wang tunai RM300,000
Naib Juara – Wang tunai RM200,000
Tempat Ketiga – Wang tunai RM100,000


berkata dengan pengacara pula, er siapa setuju dengan AC MIZAL? sorry sangat bro, aku rasa kurang best sikitlah bila AC jadi host. hmm mungkin kalau PAKNIL mesti best ek? tapi layan sahajalahkan.


kedudukan terkini selepas episod 1


Photobucket



apa-apapun ini hanyalah sekadar pendapat aku, sebab setiap orang mempunyai citarasa berbeza, sebab itu orang kata subjektif =D Semoga berjaya  kepada semua peserta!


sumber gambar dari BLOG HANS.


p/s: tak sabar nak tunggu episod seterusnya pula.

4 si gojes suke membebel:

Unknown said... [Reply]

best2...
neway, jozan tu dah mmg menyengat evn lawak dorg dlm maharaj lawak so so... dorg etap ramai org sukaa.
hihi

Hakeem Yusof said... [Reply]

jozan2 . sepah tetap best .

Admin said... [Reply]

Assalamualaikum...

Terima kasih la atas kerajinan awak memaparkan cerita, gambar dan video setiap peserta Maharaja Lawak dalam artikel kali ini. Ini memudahkan peminat Raja Lawak memantau perkembangan tiap peserta.



~p/s: tali pinggang tu masih lg sy pakai..elok lagi.. :-)


Artikel terkini:

http://smskey.blogspot.com/2011/04/segmen-satu-gambar-bercerita-kasut.html

Affieza said... [Reply]

Setuju ngn Intan..best kn Jozan ni???time Raja Lawak mmg kelakar hbs pgacara dua org ni...hehe

Related Posts with Thumbnails