Thursday, April 28, 2011

Review: Maharaja Lawak 2011 minggu ke-4, Jambu terbaik weh!

www.tips-fb.com

As Salam Readers,


Yeah seperti biasa, it's time for me to review Maharaja Lawak Minggu yang ke-4. Sorrylah, again lambat lagi. hehe. Minggu ini agak best. Walaupun aku tak tengok semuakan. haha. Malas nak tengok kalau rasa-rasa lepas tengok nanti aku mengeluh, "Baik tak payah tengok!" so awal-awal aku dah reject..


Here we go,


1) JAMBU




haha, entah kenapa lawak si Jambu ni aku suka pula. sangat bersahaja. tak payah banyak dialog.. cukup sekadar body language, mimik muka yang memang rasa nak lempang tu kan. haha. Puas gelak sorang-sorang tengok. Geli geleman pon ada. haha. tapi Taukeh lu memang terbaik yop! Gua respek! ayat yang aku rasa comel.  " Cancel Cendol" . budus. Lakonan lawak yang bersahaja tapi sangat lawak! Teruskan usaha Jambu!






2) SEPAH






Seperti biasa, Sepah tak pernah menghampakan aku dan juga penonton di luar sana. Walaupun kadang-kadang ada yang lagi baik dari Sepah setiap minggu, aku tak pernah rasa Sepah ni tak lawak langsung. Dan yang pasti takkan menyesal nak tengok lawak Sepah. Ada je idea yang menarik, punchline yang best. Betul juga kata Ahmad Idham, kebanyakkannya memang Mamat agak kurang peranan. So biar bagi sama rata. Apa-apa pun chemistry Sepah memang dah terbaik... Paling lawak, nak minta 3 juta supaya adil, sebab sejuta lagi nak bagi pada tebusan.haha. aku pun mahu diculik kalau dapat habuan sekali =P Lepas tu, kalau kene tangkap takpe sebab bapak budak ni ( si tebusan) kan peguam.. dialah bela kita. budus.






3) JOZAN





Jozan pun lawak kali ini memang lain dari yang lain, belum ada orang buat lagi cara macam ni rasanya. Idea menarik. Isi pun lawak. Dan yang pasti tema mereka. Sangat berani untuk mengambil tema ke arah keagamaan. Walau macam mana pun. Jozan pun best this week!






4) NABIL.



Kalau ada Anugerah Lawak Paling Kreatif, Nabil sangat sesuailah nak julang Anugerah ni. Yang pasti setiap minggu Nabil punya lawak sentiasa kreatif. Tapi minggu ni walaupun kurang lawak.. Tapi kira oklah bagi aku. Bak kata Abang Mamat Khalid.." weird ". Pemikiran Nabil mencari idea yang pelik dan kreatiflah yang menonjolkan Nabil lain daripada peserta ML yang lain. Setiap minggu pasti penonton ternanti-nanti apakah idea kreatif yang bakal dipersembahkan di pentas Maharaja Lawak. well, ini seolah-olah satu zon lain daripada tipikal lawak. Keep it up Nabil! 









AMIR, haha entah kenapa aku rasa Amir minggu ni ada juga lawaknya. hehe. tang kenekan Mamat Khalid, Idham dengan Apek.haha. comel juga rupanya lawak si Amir. 






MAN, bagi aku hm tak berapa bestlah minggu ni bro.



BALAS, aku pun tak tahu apa dah jadi dengan Balas. Macam dah takde idea dan semangat. R2 better kot! sayangnya R2 dah terkeluar.



p/s: lambat gila aku post review ni.

1 si gojes suke membebel:

sabree hussin said... [Reply]

tak keluar pun video dia

Related Posts with Thumbnails